Home » , » Petua Melangsingkan Tubuh Badan

Petua Melangsingkan Tubuh Badan

Cara Traditional Melangsingkan Tubuh Badan Tanpa Ubatan


Petua melangsingkan tubuh badan


Tubuh badan yang langsing adalah idaman setiap wanita tidak kira yang belum berumah tangga mahupun yang sudah berumah tangga. Pengambilan ubat ubatan pelansing badan yang sering dan berlebihan di khuatiri memberi kesan jangka panjang terhadap tubuh badan kerana ubat ubatan
moden terkandung bahan bahan kimia yang tidak diketahui. Pengambilan ubat pelansing badan pula sebahagiannya mungkin hanya memberi kesan sementara dan terpaksa bergantung terhadap pengambilan ubat ubatan pelansingan badan ini.

Disini admin nak kongsi sedikit petua traditional bagaimana cara untuk melangsing dan mengekalkan bentuk tubuh badan yang cantik dan langsing walaupun sudah berumah tangga dan bergelar ibu dengan berasaskan bahan bahan alam semula jadi. Petua ini di amalkan oleh ramai wanita di Indonesia, iaitu jamu kunyit asam. Bukan jamu mak dara.. hehe


Meminum jamu kunyit asam dipercayai berkesan menurunkan berat badan selain daripada membuang angin dalam badan, melancarkan proses metabolisme tubuh, peredaran darah, membakar lemak terbuang, maka oksigen segar mudah mengalir dalam darah, sehingga mampu mengatur keseimbangan berat badan.
 
Walau bagaimanapun, jus kunyit asam ini tidak sesuai diambil setiap hari.
Maka di syorkan minum jus ini 2 kali seminggu

Di bawah adalah cara cara menyediakan jamu kunyit asam untuk pelangsingan badan.

1. Sediakan bahan bahan seperti di dalam gambar





2. Hiris Halia, kunyit dan manjakani dan masukkan ke dalam periuk dan isikan dengan 2 gelas air




3. Rebus bahan bahan yang berisi air tadi.




4. Stelah siap direbus, kisar menggunakan blender atau penghalus bersama sama dengan air rebusan


5. Saring bahan bahan yang dikisar tadi untuk mendapatkan airnya sahaja




6. Air yang telah di saring tadi di masukkansemula ke dalam periuk dan masukkan ketulan gula melaka dan air asam jawa. Masak untuk beberapa minit sehingga gula merah sebati dengan air saringan tadi.


7. Setelah masak, bolehlah diminum dan rasakan perubahan pada badan anda. Untuk jangka pendek, badan akan terasa lebih ringan dan bertenaga.




Selamat mencuba..

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment