Home » , , » Pokemon Go Di Fatwakan Haram

Pokemon Go Di Fatwakan Haram

Pokemon Go Di Fatwakan Haram

Pokemon Go Haram DI mainkan oleh orang Islam


Permainan Pokemon Go telah disahkan haram untuk dimainkan oleh umat Islam seperti diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.

Game Pokemon Go boleh mendatangkan Bahaya

Mufti Wilayah Persekutuan berkata larangan itu diputuskan Isnin lalu selepas satu perbincangan bersama ahli jawatankuasa diadakan. Katanya, keputusan tersebut juga dibuat berdasarkan nas dan faktor maslahah serta kemudaratan yang berlaku.

Permainan itu seperti mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, selain boleh membawa kepada perjudian.

Ini komen Mufti, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:

 “Justeru, masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan diharap tidak terbabit dalam aplikasi permainan berkenaan.

    “Selepas meneliti pendapat ulama dan fatwa dikeluarkan (di luar negara), kami berpendapat fatwa dikemukakan ada asas dan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri perlu dijauhkan jika ia membawa mudarat,”

    “Kami berpendapat hujah yang dikemukakan mengenai hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes lalu, membawa bahaya dari segi pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, kemalangan serta kelalaian,”
Sumber : Muftiwp.gov.my

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment