Home » » Remaja Thailand Terperangkap Dalam Gua

Remaja Thailand Terperangkap Dalam Gua

Kronologi 12 Remaja Thailand Terperangkap Dalam Gua
Tham Luang Nam Ning, Thailand

Agak viral kejadian 12 orang kumpulan bola sepak remaja Wild Boars F.C dan seorang jurulatih mereka terperangkap di dalam Gua Tham Luang Nam Ning, di Chiang Rai, Utara Thailand berdekatan Myanmar sewaktu berlatih sehingga mendapat perhatian dan bantuan dari pelbagai pihak dalam dan luar negara termasuk Malaysia.

Ini kronologi 12 remaja terperangkap dalam Gua Tham Luang Nam Ning


Pada hari Sabtu 23 Jun lepas, sepasukan team bola bernama Wild Boars F.C terdiri dari 12 remaja berumur dari 11 – 16 tahun beserta coach mereka jalani latihan biasa. Selepas latihan, mereka merancang memasuki gua Tham Luang Nam Ning di Chiang Rai, utara Thailand berdekatan Myanmar. Mereka pernah masuk gua ini sebelum ini tetapi hanya sekerat jalan. Kali ini mereka hendak pergi lebih jauh kedalam dengan hasrat hendak menulis nama mereka di dinding sebagai kenangan.

Masa masuk, hampir tiada air sepanjang laluan mereka hingga membawa mereka ke penghujung gua. Seolah2 mereka berjaya mencapai ke puncak gunung. Jika anda pernah masuk ke Gua Kelam atau Gua Tempurung, anda boleh bayangkan berjalan di atas tanah gua tanpa air dan kemudian air naik.

Setelah mereka tiba di hujung gua, mereka perlu patah balik ikut jalan yang sama untuk keluar. Perjalanan sejauh lebih kurang 3km. Bagi remaja apatah lagi aktif bermain bola, ia tak lah jauh malah satu latihan yang baik untuk kecergasan selagi berjalan diatas tanah dan celah2 batu.

Tetapi, ketika mereka didalam, hujan telah turun dengan lebatnya dan agak lama. Oleh kerana hujan, sambil berteduh mereka terus ke hujung gua. Bila tiba di hujung gua, air mula masuk kedalam gua dan lama kelamaan menjadi banjir. Nasib baik dihujung gua ada sebuah batu yang tidak ditenggelamkan air kerana kedudukanya agak tinggi. Oleh kerana batu tu tinggi maka keadaan agak sempit tapi muat utk 13 orang itu duduk tunggu air surut.

Kronologi 12 Remaja Thailand Terperangkap Dalam Gua Tham Luang Nam Ning, Thailand

Tetapi setelah 10 hari tunggu masih tak surut hinggalah mereka dijumpai oleh penyelam British. Sebelum itu, usaha mencari oleh pasukan SEAL Thailand bermula apabila mendapat laporan kehilangan mereka dan mengesyakki merek berada didalam gua.

Apabila cuba masuk, rupanya gua itu tidak lagi boleh masuk dgn cara berjalan kerana keadaanya tidak rata dan air bertakung sana sini. Ada tempat yang sangat dalam hingga perlukan penyelaman, ada tempat pula agak sempit utk penyelam yang membawa tangki oksigen melepasinya dan ada yang teruk berlumpur dan sangat gelap hingga sukarkan pandangan ketika menyelam.

Kronologi 12 Remaja Thailand Terperangkap Dalam Gua Tham Luang Nam Ning, Thailand


Kronologi 12 Remaja Thailand Terperangkap Dalam Gua Tham Luang Nam Ning, Thailand


Antara pasukan yang datang termasuklah dari US, England, Australia, Myanmar, Laos, Japan, China serta Royal Thai Navy. Usaha menyelamat diketuai oleh British Cave Rescue Council.

Pelbagai usaha sudah dan sedang dilakukan. Namun, mereka perlu laksanakan seberapa segera kerana ramalan metrerologi menunjukkan hujan akan turun Ahad ini dan jika ia sangat lebat, air akan bertambah. Dikhuatiri air akan membanjiri gua dan menenggelamkan batu tempat remaja ini selamatkan diri.

Jika ini berlaku, nasib dan nyawa mereka dalam risiko tinggi. Untuk membawa mereka keluar berenang, kesemua mereka tidak pandai berenang. Untuk berenang atau menyelam dari pintu gua ke lokasi ia ambil masa 5 jam oleh penyelam professional. Untuk menyelam, remaja ini tidak terlatih menyelam dengan tangki untuk selaman lebih dari 5 jam melalui kawasan yang dalam, gelap dan berlumpur. Juga kemungkinan oksigen tak mencukupi utk penyelaman yang begitu lama.

Pasukan penyelamat mempunyai 4 cara penyelamatan setakat ini:

1. Mengepam keluar air dari dalam gua hingga kering utk mudahkan remaja ini berjalan keluar sepertimana mereka masuk 15 hari lepas. Banyak pam2 industri telah dibawa ke lokasi tapi setakat ini hanya mampu mengepam 40% sahaja air keluar

2. Membiarkan mereka didalam sehingga air surut utk mrk berjalan keluar. Tetapi hujan diramalkan turun kerana sekarang kawasan iti dilanda monsun. Hanya Oktober sahaja monsun akan berakhir.

3. Membawa keluar dengan menyelam. Mereka tidak pandai berenang. Menyelam pula perlukan kepakaran apatah lagi utk menyelam selama 5 jam. Ditambah pula keadaan fizikal mereka yang sangat lemah tanpa makan dan minum yg cukup walau mereka kelihatan ceria dan mampu tersenyum. Bagaimana remaja tidak pandai berenang, lemah badan, hendak menyelam dgn begitu lama? Lagi2 dengan kematian penyelam professional di pertengahan jalan akibat kekurangan oksigen.

4. Menebuk lubang dari atas gua dan menarik mereka keluar. Usaha ini agak rumit kerana perlu membuat jalan dihutan yang tebal untuk membawa masuk jentera boring. Juga sulit untuk mengesan dengan tepat lokasi remaja ini dari atas gua. Khuatir juga jika kerja penebukan akan mebyebabkan ranah dibawah runtuh lalu menimbus mereka.



Beberapa pemain bolasepak terkenal serata dunia telah memberikan kata2 semangat kepada pemain2 remaja ini seperti lagenda Brazil & Real Madrid Ronaldo dan pemain Leicester City dari Austria, Christian Fucs dan beberapa lagi. Malah mereka masih sempat bertanyakan keputusan perlawanan Piala Dunia kepada rescue team.

Seluruh pasukan Piala Dunia Jepun turut sampaikan mesej semangat dlm bahasa Inggeris dan Thai yang berbunyi “Tunggu, sabar, seluruh keluarga bolasepak dunia bersama anda”. Mesej ini disampaikan sebaik selepas kekalahan mereka ditangan Belgium dan tersingkir. Presiden JFA turut sampaikan mesej “saya bersama semua disini mendoakan kesemua mereka diselamatkan”.

Semoga kesemua mereka berjaya dibawa keluar secepat mungkin dan mendoakan keadaan mereka selamat dan diberi kekuatan untuk terus hidup hingga dibawa keluar. All the best rescue teams.


Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment