Home » , , » Viral Murid Darjah 6 Ponteng Sekolah 53 Hari Sehingga Jadi Kes Polis

Viral Murid Darjah 6 Ponteng Sekolah 53 Hari Sehingga Jadi Kes Polis

Gila kau tak viral, kes rare kot polis datang rumah semata mata nak jemput pergi sekolah. Huhuhu...
Kes murid sekolah di jemput polis dirumah untuk ke sekolah akibat ponteng selama 53 hari menjadi viral apabila...

Viral Murid Darjah 6 Ponteng Sekolah 53 Hari Sehingga Jadi Kes Polis

Gila kau tak viral, kes rare kot polis datang rumah semata mata nak jemput pergi sekolah. Huhuhu...
Kes murid sekolah di jemput polis dirumah untuk ke sekolah akibat ponteng selama 53 hari menjadi viral apabila gambar murid sekolah tersebut bersama anggota polis lengkap berpakaian seragam di dalam group group Whatsapp dan Telegram. Terdapat juga gambar murid sekolah tersebut di bilik tidur nya seolah olah baru bangun tidur yang mana turut ada anggota polis di dalam bilik tersebut.

Viral Murid Darjah 6 Ponteng Sekolah 53 Hari Sehingga Jadi Kes Polis

Bersama dengan gambar murid sekolah yang di jemput polis akibat ponteng sekolah itu adalah post di bawah

Assalam, Pihak sek mengambil tindakan meminta pihak polis menjemput murid thn 6 yang telah 53 hari x hadir ke sek setelah pelbagai usaha mengikut SOP telah di jalankan. Saya sendiri telah ke rumah murid tersebut sebelum ini. Murid ini x boleh bangun pagi kerana bermain game pd waktu mlm. Ibu bapa pula x sampai hati nak kejut anak bangun pagi. Semoga murid ini berubah dan berjaya dlm kehidupan
#biar anak menangis hari ini jgn kita menangis dikemudian hari

Murid sekolah yang menjadi viral tersebut di katakan murid darjah 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Keramat, Kuala Lumpur kerana post berkenaan murid ini di post di group telegram SK Lembah Keramat.

JANA PENDAPATAN TIAP HARI DENGAN HANYA BERMODALKAN RM40. KLIK SINI

Viral Murid Darjah 6 Ponteng Sekolah 53 Hari Sehingga Jadi Kes Polis

Bagaimanapun seorang guru, Maryumi Abdul Razak menafikan kejadian tersebut berlaku di sekolah berkenaan.

Jelasnya, wujud salah faham mengenai maklumat yang mengaitkan murid berkenaan bersekolah di SK Lembah Keramat kerana post tersebut turut di viralkan di group Telegram Sekolah tersebut.

“Sebenarnya info mengenai murid ini kami perolehi di grup WhatsApp guru-guru.

“Namun, apabila ada pihak yang mengongsikannya ke aplikasi pesanan Telegram dan tertera nama sekolah kami, ia telah menyebabkan kekeliruan berlaku,”.

“Apa yang saya boleh katakan, kejadian seperti ini tidak mustahil berlaku. Memang ada murid yang tidak hadir ke sekolah sehingga lebih 50 hari.

********************************************************

Banyak perkata rare yang berlaku dalam kejadian budak sekolah ponteng 53 hari sehingga di jemput polis untuk datang ke sekolah ni... Dulu waktu admin sekolah, memang ramai pun yang ponteng, tapi ponteng sebab main game ni yang rare, zaman sekarang kan... Bapak budak pun boleh obses dengan game layan sampai ke pagi.. Adoi....

Perkara rare yang kedua.... Mak ayah budak tu boleh pula tak sampai hati nak bangunkan anak tu pergi sekolah... Bukannya nak control anak tu dari terlalu banyak main game. Ni kes tak sampai hati atau tak ambil tau?? Sekarang banyak kes dua dua mak ayah kerja sampai tak ada masa nak ambil tahu hal anak.

Perkara rare yang ketiga, baru admin polis boleh datang jemput ke sekolah sebab terlalu lama ponteng. Ingatkan kes jenayah je polis datang.. huhuhu...

Kepada mak ayah yang ada anak gila sangat dengan game game tu, pantau pantau la ye, jangan sampai jadi macam kes murid ni... Jem palo..

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment