Home » , , , » Tips Mendapatkan Tiket Penerbangan Murah

Tips Mendapatkan Tiket Penerbangan Murah

Tips Mendapatkan Tiket Penerbangan Murah

Tips Mendapatkan Tiket Penerbangan Murah

Anda kaki melancong dan sering melancong ke luar negara menggunakan kapal terbang?
(Melancog luar negara tentulah naik kapal terbang kan, naik kapal berapa abad nak sampai tempat tujuan, huhu)
Atau anda orang semenanjung atau sabah sarawak yang memerlukan anda menaiki kapal terbang untuk pulang ke kampung?

Tiket kapal terbang bukan murah walaupun penerabangan domestik atau dalam negara, makan modal juga tu. Bila bercakap cara untuk mendapatkan tiket penerbangan murah, mesti ramai yang terfikir tempah tiket awal dari tarikh penerbangan dan jangan tempoah dekat dekat cuti atau hari hari perayaan. Waktu waktu macam ni, memang harga kapal terbang cekik darah. Sebab permintaan tinggi, harga pun melambung. 

Sebenarnya untuk mendapatkan tiket penerbangan murah, bukan cuma 2 itu sahaja. Ada beberapa lagi tips dan panduan untuk mendapatkan tiket penerbangan murah ni.

7 panduan dan tips untuk mendapatkan tiket penerbangan murah yang ramai orang tak tahu.

1. Buat tempahan tiket pada hari selasa dan Rabu.
Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam.

Ini kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

2. Tempah Tiket Lebih Awal
Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh.

Jadi dalam sistem tersebut sudah di tetapkan kuota tertentu tiket tiket penerbangan yang dapat di jual pada harga yang murah. Contoh penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal yang akan mendapat tiket pada harga yang murah, 200 penumpang yang seterusnya pada harga medium dan penumpang yang seterusnya pada harga yang lebih mahal.


3. Pilih Hari Terbang Yang Sesuai.
Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Jadi harga tiket penerbangan untuk hari tersebut lebih murah berbanding hari lain.

4. Cari Best Deal Untuk Penerbangan Antarabangsa
Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa yang di jadualkan. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil
Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan lapangan terbang utama. Kebiasaannya turun di lapangan terbang yang lebih kecil ini lebih murah sebab tak ramai yang turun di situ.

6. Buang ‘Cookies’ Pada Web Browser
Tips mendapatkan penerbangan murah yang 1 ni mesti ramai tak tahu, iaitu clearkan 'Cookies' pada web browser.
Sila buang cookies pada web browser sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu.
Ini kerana, melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan mengandaikan yang korang da berulang kali masuk ke web mereka untuk melihat harga tiket penerbangan.
Kalau tak clear Cookies, sepatutnya boleh dapat harga rendah, tetap dapat harga tinggi sebab sistem tadi.

7 Bandingkan Harga Tiket Penerbangan
Tak semestinya harga tiket penerbangan sama di semua tempat walaupun dari syarikat penerbangan yang sama. Ini sebab agent mark-up harga.
Di bawah beberapa platform yang boleh anda gunakan untuk membuat perbandingan harga penerbangan untuk mendapatkan tiket penerbangan murah.

1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software

Sumber Tips dan panduan mendapatkan Tiket penerbangan Murah : Mat Travel

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment