Penyewa Rumah Tinggalkan Tunggakan Bil Eletrik? Baca Sini

Panduan Dan Tips Cara Elak Penyewa Rumah Tinggalkan Tunggakan Bil Eletrik Yang Tinggi Sewaktu Tinggalkan Rumah

cara elak penyewa rumah tinggalkan tunggakan bil eletrik yang tinggi kepada tuan rumah


Anda pemilik rumah? Anda sewakan rumah anda kepada penyewa? Pernah tak anda dengar atau alami sendiri pemilik rumah terpaksa tanggung bebanan tunggakan bil eletrik yang tinggi yang ditinggalkan oleh penyewa?

Sebelum ini mungkin ada pemilik yang meminta deposit untuk bil elektrik dari penyewa sebelum rumah di sewakan sebagai langkah berjaga jaga sekiranya penyewa berpindah dan meninggalkan tunggakan bil eletrik yang tinggi.

Sebenarnya anda tidak perlu minta deposit bil eletrik dari penyewa kerana takut penyewa tersebut lari meninggalkan tunggakan bil eletrik rumah anda kerana ada cara bagaimana supaya bil bil eletrik tersebut di letakkan di atas nama si penyewa. Bukan atas nama pemilik.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkenalkan Skim Penukaran Penghuni Sementara untuk keadilan Tuan Rumah.

Skim ini membolehkan nama Penyewa didaftarkan dalam Bil bulanan TNB menggantikan nama Tuan Rumah berikutan kes penyewa rumah meninggalkan tunggakan bil eletrik yang tinggi yang makin kerap berlaku kini.

Panduan Menggantikan Nama Pemilik Rumah Kepada Penyewa Rumah Di Dalam Bil Eletrik Menggunakan Skim Penukaran Penghuni Sementara TNB

1. Tamatkan Bil TNB atas nama Tuan Rumah.
Keperluan adalah sesalinan MyKad dan Surat Pengesahan No Akaun Bank Tuan Rumah bagi tujuan pemulangan deposit yang sedia ada oleh TNB.

2. Tukar Bil TNB atas nama Penyewa.
Keperluan:
A. Isi Borang Penukaran Penghuni Sementara yang boleh didapati di Kios TNB. Tn Rumah boleh mohon Penyewa isi Borang berkenaan semasa proses tandatangan Surat Perjanjian Sewaan. Tuan Rumah boleh mewakili Penyewa untuk tujuan hantar ke Kios TNB semula. Tidak perlu penyewa menghantar borang tersebut
B. Sesalinan MyKad Penyewa.
C. Salinan Surat Perjanjian Sewaan yang telah dimatikan setem LHDN.
D. Surat Pengesahan dan Kebenaran Tuan Rumah.
E. Jumlah deposit yang diperlukan oleh TNB. Jika perlu letak RM300.00. Tak boleh lebih atau kurang.

Melalui cara ini Penyewa juga tidak perlu membuat bayaran Cagaran Deposit yang tinggi seperti 1/2 bulan atau 1 bulan yang diamalkan di Malaysia.

3. No Akaun Baru TNB atas nama Penyewa.
Selepas ini semua Bil Bulanan TNB akan di Alamatkan terus ke nama Penyewa.

4. Penyewa berkenaan berpindah keluar.
Mohon Penyewa untuk ke Kios TNB berdekatan untuk tujuan penamatan dan proses penerimaan semula Deposit daripada TNB.
Jika ada tunggakan, mereka perlu selesaikan disebabkan ia atas nama sendiri.

Melalui cara ini, nombor akaun Penyewa adalah berasingan antara Penyewa Lain dan Tuan Rumah.

Jika tunggakan tidak diselesaikan oleh Penyewa Lama, TNB sendiri akan mengambil tindakan mahkamah ke atas mereka.

Jika penyewa lama sudah berpindah dan ada penyewa baru yang ingin menyewa rumah anda. Langkah yang sama perlu di lakukan untuk mengelakkan penyewa meninggalkan rumah dengan tunggalkan Bil Eletrik yang tinggi kepada tuan rumah. :)

Penyewa Rumah Tinggalkan Tunggakan Bil Eletrik? Baca Sini Penyewa Rumah Tinggalkan Tunggakan Bil Eletrik? Baca Sini Reviewed by Mr.K.A on 1:40 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.