Anda pernah mendengar lagu Ulek Mayang?
Pernah mendengar atau melihat orang ramai di rasuk sewaktu persembahan Ulek Mayang?
Benarkah lagu Ulek Mayang mampu memanggil semangat atau roh makhluk halus atau jin?
Sejauh mana kebenarannya?
Video Rasukan Nyanyian Ulek Mayang
Nyanyian lagu Ulek Mayang ini di katakan berasal dari Terengganu sejak beratus tahun dahulu. Lagu Ulek Mayang ini akan di nyanyikan atau di persembahkan sewaktu menjalankan upacara rawatan tradisional oleh masyarakat melayu terdahulu.
Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang dalam satu kumpulan. Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan semangat roh makhluk halus. Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah. Tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini.
Sejarah Asal Usul Nyanyian Ulek Mayang
Sejarah lagu Ulek Mayang bermula sejak ratusan tahun dahulu. Ianya sebenarnya sebuah mentera yang dinyanyikan untuk menghalau roh jahat. Alkisah, pada zaman dahulu ada sekumpulan nelayan yang keluar ke laut untuk menangkap ikan dengan perahu. Semasa ditengah laut, tiba-tiba datang ribut yang sangat dahsyat menyebabkan semuanya tercapak ke laut. Dipendekkan cerita, oleh kerana penat dan sudah kehabisan tenaga semasa ingin menyelamatkan diri, mereka semuanya pengsan dan dihanyutkan ke pantai.
Akhirnya seorang demi seorang sedarkan diri. Cuma tinggal seorang sahaja yang masih belum terjaga. Dipercayai, rohnya terperangkap di alam Puteri Bunian. Oleh kerana zaman itu kepercayaan terhadap animisme (di mana bomoh digunakan untuk menyembuhkan penyakit seseorang) masih kuat, maka rakan kepada nelayan tersebut memangil bomoh untuk merawatnya.
Semasa dalam mengembalikan semula roh nelayan yang terperangkap, bomoh tersebut dikatakan mengalami pertarungan yang sengit dengan Puteri Bunian. Seorang demi seorang adik-beradik Puteri Bunian datang, sehinggalah yang ke-6. Akhirnya, pertarungan antara bomoh dan Puteri Bunian itu berakhir setelah datang puteri yang ke-7 iaitu kakak sulong daripada Puteri Bunian tersebut. Maka keluarlah dialog yang dimuatkan dalam lirik lagu Ulek Mayang berbunyi, “aku tahu asal usul mu, biarkan yang laut pulang ke laut, yang darat pulang ke darat”.
Tonton Video persembahan tarian Ulek Mayang di bawah dari Split Cust Studios
Ulek Mayang Menjadi Persembahan Tarian Tradisional
Sejajar berjalannya waktu... Perubatan tradisional dengan menyanyikan lagu Ulik Mayang untuk memanggil semangat makhluk halus ini tidak lagi di amalkan kerana mengandungi unsur khurafat.
Ulek Mayang kini hanya dikaitkan sebagai persembahan kesenian tradisional tanpa melibatkan amalan khurafat atau sebarang jampi serapah dan masih aktif berkembang di beberapa lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit.
Walaubagaimanapun, untuk menyanyikan lagu Ulek Mayang ini, para penari di katakan perlu membaca doa dan membangkitkan asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu.
Doa dan ‘bangkitan’ dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.
Di bawah adalah lirik lagu dalam nyanyian Ulek Mayang
Umbut mayang di umbut
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu
Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga
—
Ku tahu asal usul mu
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sembahkan
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
*************************************************
Video Penonton Di Rasuk Sewaktu Persembahan Ulek Mayang
Benarkah nyanyian Ulek Mayang nyanyian memanggil semangat atau roh makhluk halus?
Saksikan video di bawah di bawah di mana dua orang awam di rasuk sewaktu persembahan tarian Ulek Mayang di adakan di KLIA pada tahun 2017.....
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
0 comments:
Post a Comment