3 Maut Gara Gara 6 Buah MyVi Berlumba

3 Maut | 6 Buah MyVi Berlumba Di Lebuh Raya DUKE


3 maut gara gara 6 buah myvi berlumba di lebuhraya duke

3 maut termasuk seorang bayi berusia 7 bulan gara-gara 6 buah kereta Myvi berlumba di Lebuh Raya Duke.

Mangsa adalah Fairus Nizam Husain, 35 tahun, Nova Safitri Azhari, 27 tahun yang merupakan ibu serta bapa kepada bayi Nur Firuza Annisa, 7 bulan. Kesemua mangsa adalah pemandu dan penumpang SUV Pajero Sport yang terlibat dalam kemalangan di lebuh raya Duke gara-gara 6 buah MyVi dipercayai daripada kelab Familia Myvi Club (FMC) yang berlumba sesama mereka.

gambar mangsa kemalangan di lebuhraya duke 6 buah myvi
Gambar mangsa kemalangan disebabkan 6 buah Myvi berlumba di lebuh raya Duke Fairus, Nova dan bayi mereka yang berusia 7 bulan, Nur Firuza Annisa

Menurut saksi yang melihat kemalangan tersebut berlaku, pajero yang dipandu Fairus berada di lorong tengah jalan sebelum tergesel oleh sebuah Myvi dari sebelah kanan menyebabkan pajero yang dipandu terbabas ke sebelah kiri lalu dilanggar oleh Myvi lain dari sebelah kiri dan mengakibatkan pajero tersebut berpusing beberapa kali sehingga ketiga tiga mangsa tercampak keluar di atas jalan.

Pemandu Myvi yang berada di sebelah kiri hanya mengalami luka di mulut manakala pemandu Myvi dari arah kiri tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Kemalangan pajero dan Myvi yang berlaku di lebuh raya Duke tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957

Bayi yang berusia 7 bulan terbabit merupakan anak ketiga kepada pasangan Fairus dan Nova yang mana anak sulung dan kedua pasangan tersebut berada di rumah ibu bapa Fairus ketika kemalangan berlaku.

-----------------------------------------------------------------

Kes ni menjadi panas dan viral di media-media sosial yang mengakibatkan orang ramai menjadi marah dengan kejadian yang berlaku. Mana taknya... 3 orang yang tak bersalah termasuk bayi berusia 7 bulan yang tak tahu apa-apa maut didalam kemalangan tersebut disebabkan kebodohan pemandu pemandu Myvi tersebut.

Jalan raya bukan tempat nak berlumba. Nak berlumba pergilah dekat litar. Berlumba lah puas puas.. bawalah selaju mana pun sampai nak terbang sekalipun tak ada sapa nak marah. Ini berlumba di atas jalan raya. Kalau mati eksiden sendiri tak apa, ni melibatkan nyawa orang awam yang tak pasal pasal terlibat sekali gus menjadikan 2 orang lagi anak pasangan tersebut menjadi anak yatim piatu.
Tak ke bodoh namanya.

Kalau dah rasa kereta tu laju sangat, masuk trak, pergi berlumba dengan ferrari ke lamboghini ker, baru betul. Ni kat atas jalan raya juga nak tunjuk hebat. Dah jadi macam ni, semua kecut. Budus!!

Kesian dekat mangsa.. kesian dekat bayi yang tak tahu apa-apa tu. Kesian dekat 2 orang lagi anak mangsa yang tak pasal-pasal jadi yatim piatu. Champion la sangat kan.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat. kepada 6 pemandu Myvi tu, lebih baik serah diri kat polis. Jangan nak menambahkan lagi kebodohan otak tu. Terutama 2 orang pemandu Myvi yang mengakibatkan kemalangan tu. Patutnya 2 pemandu tu yang 'jalan'.

**Gambar dan video kemalangan di lebuh raya Duke** 
**Pengakuan wakil Familia Myvi Club berikutan kemalangan di lebuh raya Duke** 
**Ahli kumpulan Myvi yang terlibat dalam kemalangan cuba menutup kes menggunakan "orang dalam"**
**Rakaman CCTV di Lebuh Raya Duke Membuktikan kumpulan Myvi terbabit berlumba** 

0 comments:

Post a Comment

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks