Home » , , » Pengasas D'Herbs Disamun Pembantu Rumah

Pengasas D'Herbs Disamun Pembantu Rumah

Rumah Pengasas D'Herbs Disamun Pembantu Rumah

Pengasas D'Herbs, datuk Aliff terlajak laris

Tentu ramai yang kenal dengan pengasas kosmetik dan kecantikan D'Herbs Healthy, yang terkenal dengan taglilne 'Terlaaaajak laris...', Datuk Aliff Shukri Kamarzaman, 25 tahun

Pada 12 Mei yang lalu, barangan berharga Datuk Aliff telah dilarikan oleh dua orang pembantu rumah Indonesianya di kediaman mereka di Seksyen 10, Kota Damansara. Kerugian mencecah ribuan ringgit apabila pembantu rumah terbabit melarikan wang tunai dan barangan kemas milik isterinya

kediaman pengasas d'herbs disamun pembantu rumah

Kejadian tersebut hanya disedari sewaktu beliau pulang ke rumah untuk makan tengah hari pada jam 12.

Pengasas produk D'Herbs itu tidak menyangka 2 orang pembantunya itu boleh melakukan perkara sedemikian kerana beliau telah memberi sepenuh kepercayaan kepada pembantu rumahnya itu memandangkan beliau sering keluar negara atas urusan perniagaan.

Berhubungan dengan perkara itu, Datuk Aliff telah membuat laporan polis di balai polis Kota Damansara.


---------------------------------------------------------------------------

Inilah masalah pembantu rumah ni. Bila majikan dah baik, diorang berani buat benda macam ni.
Pembantu rumah baik, majikan pula kaki dera. Adus....

Baik macam mana pun, percaya macam mana pun pembantu rumah tu.
Sikap berwaspada tetap kena ada.





Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment