Iklan Lucah Nuffnang

Iklan Lucah Nuffnang Di Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Moga sihat hendaknya disamping orang tersayang. Entry ke-3 untuk bulan Mac.. Dah boleh dikira berapa entry sebulan. Apakah tandanya? huhu....

Idea entry ni tetiba masuk dalam kepala otak aku sewaktu singgah di blog rakan blog aku.
Bertajuk cara mendapatkan Buffered Earning (BE) yang banyak dari Nuffnang. Dah habis baca entry kawan tu, scroll balik kat atas, terkejut dengan satu iklan ni......

Iklan blog lucah

Agak terkujat dengan kehadiran iklan tersebut. Mana tak nya, blog kawan ni blog baik-baik, mana ada cerita lucah. Pembuka kata pun cukup sopan dan baik.

Bukan nak tuju kepada blog kawan aku tu. Ternyata blog dia sangat baik lah.. Tapi dengan adanya iklan Nuffnang yang agak berbaur lucah macam diatas, sedikit sebanyak merosakkan imej blog. Sungguh tidak sopan la iklan tu kan pada pandangan kita orang islam. Ditulisnya pula "Try Me For Free". Apa maksud nya tu? Saja nak tau isi kandungan iklan, aku pun klik, keluar web macam web dating-dating kot. Aku pun tak tahu lah. Screenshot di bawah

Iklan lucah Nuffnang

Aku rasa kawan aku tu dah setting iklan Nuffnang dia supaya tidak ada iklan-iklan berunsur lucah atau minuman keras yang dipamerkan di blog. Mungkin kesilapan dari pihak Nuffnang.

Yang pasti Iklan lucah macam ni sedikit sebanyak akan mencemarkan kreadibiliti pemilik blog terutama kepada mereka yang baru singgah di blog tersebut. Harap-harap kat blog aku ni tak ada la iklan macam tu. Haish!

---------------------------------------------------------

Cara setting iklan Nuffnang :
1. Log In akaun Nuffnang
2. Manage My Blog
3. Klik Update Servey
4. Setting jenis jenis iklan yang korang rasa sesuai dengan blog.

Tips : Kekerapan mengupdate survey juga boleh membantu dengan menambahkan lagi potensi kehadiran iklan BE Nuffnang di blog.

Kalau keluar iklan macam ni boleh hantar 'ticket' kat pihak Nuffnang beritahu mereka pasal iklan ni. Diorang akan check balik

P/s : Blog ni pun sekarang agak banyak dapat BE. Ada betul juga tips kawan aku tu. Nak banyak iklan BE, malas-malas kan diri untuk update blog. hahahaha...Gurau

5 comments:

  1. KALAU KAU TAK BERITAHU, AKU SENDIRI PON TAK TAHU.. AKU TAK PERNAH UBAH APE2 SETTING.. CAMNE LEH JADI CAMNI? ADUHAI..

    ReplyDelete
  2. @fairusKesilapan yang tak disengajakan oleh nuffnang kot

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah...mari kita cek selalu...
    Jangan menjatuhkan maruah dan kesucian blog2 kita ...
    Terima kasih atas pendedahan ini...kalu ternampak ada iklan ni kat blog bunda bagitahu ye...
    Suke tau perguna aset wanita untuk lakukan bisnes dorang...apalah motif sebenarnyer nuffnag ni...

    ReplyDelete
  4. @BUNDAma kasih bunda singgah blog ni...
    rasanya ini kesilapan yang tak disengajakan mungkin.. kesilapan teknikal :)

    ReplyDelete
  5. salam. huhuhu tak penah dapat g iklan macam tu..nasib baik la..

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks