Assalamualaikum rakan-rakan sekalian. Moga berada dalam keadaan sihat.
Sebelum aku menulis entry kali ni, aku nak mintak maaf kat korang semua sebab aku sekarang agak sibuk, blog lama tak terusik, blogwalking apa lagi. Sorry sangat-sangat. Nanti bila aku ada masa, aku akan melawat blog-blog korang.
Aku rasa korang semua tau apa itu kangkung kan? Dan pernah makan kangkung. Daripada aktiviti menggoogle yang aku lakukan. Dibawah aku sertakan sedikit fakta mengenai sayur kangkung ni.
* Berasal dari India. Dan disebarkan ke Malaysia, Birma, Indonesia dan China.
* Berasal dari keluarga sayuran yang mana bahasa saintifiknya Convulvulaceae.
* Antara tanaman yang tumbuh dengan cepat iaitu sekitar 4-6 minggu.
* Terdapat dua jenis kangkung iaitu kangkung darat juga kangkung air.
Khasiat kangkung.
Kangkung dipercayai mampu membuang toksin/racun didalam badan. Caranya adalah dengan mengambil 500g akar kangkung, batang dan daun kangkung, dikisar dengan air dan diminum. Antara lain khasiat kangkung adalah
* Mengurangkan haid - 500g kangkung dikisar dengan air, seterusnya dicampur dengan madu dan diminum. Sekali sehari.
* Sakit kepala - Minum air rebusan kangkung.
* Insomnia - Mengamalkan makan kangkung tumis tanpa batang.
* Kelumumur - Seikat daun kangkung direndam semalaman sehingga air berwarna kebiruan. Cuci rambut menggunakan air rendaman kangkung tadi.
* Digigit lipan - Gilis daun kangkung bersama garam, letakkan ditempat yang digigit dan balut.
* Gusi bengkak - akar kangkung direbus bersama sedikit air dan cuka. Air rebusan dikumur.
Vitamin
* mengandungi vitamin A, B1 dan C selain protein, kalsium, fosforus, besi, karoten, hentriakontan, dan sitosterol.
TETAPI AWAS!!!!!!
SILA BACA EMAIL YANG AKU DAPAT NI YER. KALAU TAK CAYE, SILA CALL NO YANG DIBERIKAN.
BAHANA KANGKUNG |
Aku tak dapat bayang kalau ada *&*^$# dalam perut aku. Sorry geng kalau aku buat korang hilang selera pada kangkung. :(
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
eiii lintah? yekkkks. say no to kangkung.
ReplyDeletesalam ziarah dari gneg blogger :)
wow,,, banyak kelebihan kangkung nikan, tapi mungkin sebab diorang masak kangkung tu tak bersih, biaselah dekat restaurant kan,,, memang basuh pun acuh tak acuh lebih2 lagi kangkung ni ada batang yang berongga.
ReplyDeleteMoga dapat petunjuk
good info bro...mohon copy k
ReplyDeleteAda juga terima e-mail ini beberapa bulan yang lalu
ReplyDeleteLAGI FAKTA PASAL KANGKUNG. MASA ZAMAN KESULTANAN MELAKA DAHULU, SULTAN MELAKA ADA MENGHANTARKAN UTUSAN KE CHINA. PADA MASA DULU, WAJAH MAHARAJA CHINA TIDAK DAPAT DIPANDANG ORANG. KECERDIKAN UTUSAN MELAKA UNTUK MELIHAT WAJAH MAHARAJA CHINA IALAH DENGAN MENGATAKAN ORANG MELAKA MAKAN KANGKUNG TANPA DIPOTONG. OLEH ITU, SEMASA UTUSAN MELAKA HENDAK MAKAN KANGKUNG LALU MENENGADAH KEPALA KE ATAS LALU TERLIHATLAH WAJAH MAHARAJ CHINA.. SEKIAN, TERIMA KASIH.. :)
ReplyDeletekisah nih dah lama pun bro
ReplyDeleteaku no hal lah
aku makan jer
masak sendiri di rumah kalau takut jadi macam kes nih
sebab aku pegang satu jer
ajal maut di tangan Allah
:-)
@nadia fatihahtHANX NADIA KERANA MELAWAT DAN MENINGGALKAN KOMEN.SALAM KENAL :)
ReplyDelete@fiq.tak kira restoran ke apa ker...semua kena cuci betul2 :)
ReplyDelete@Panglima HitamSilakan bro :)
ReplyDelete@akubiomedSebenarnya dah lama email ni masuk inbox saya..cuma tak terbuat2 entry dia.hehe
ReplyDelete@fairusSempoi la bro...aku pon ada dengar gak citer ni..tapi time aku dengar tu,aku buat don't know jer.hehe
ReplyDelete@HansKo memang hans...apa pun ko bedal.kan kan kan..hehe....jangan marah bro..gua gurau jer... peace yo :P
ReplyDeleteamry : hahaha...mana ada marah...okay je..hehehe..tq bro ceriakan aku pagi tadi.. :-)
ReplyDeleteaku tetap suke kangkung. huhuhu~
ReplyDeletekangkung goreng belacan sodap sgt
ReplyDeleteish alamak seramnye,sy suke gile kot kangkung2 nih.huhh thx fr entry yg bguna,keep it up!:D
ReplyDeletelama dah tak makan kangkung..
ReplyDeleteLARI TAJUK : SELAMAT BERPUASA BRO.. POSA JANGAN TAK POSA...
ReplyDeleteaiyarrrkk.. alamak ai.. den da la suke kangkung.. ni yg geli nak mkn kangkung nie.. huk3
ReplyDeleteadoyy ai , mcm tu lah pulak.
ReplyDeleteassalammualaikum,
ReplyDeletesaya percaya ja cerita nie coz, mmg experience dari abg saya sendiri(abg kandung), mereka nak masak kangkung, pas tu jumpa pacat dalam masakn tu, n pacat tu tak mati lagi kot~ waaa..
soo lagi baik kalau nak makan kangkung masak la sendiri, b4 masak check betul2 :)
salam perkenalan :)