Home » , , , » Mudah Tak Beerti Senang......

Mudah Tak Beerti Senang......

INI BUKAN IKLAN MUDAH.MY YER
Assalamualaikum rakan-rakan sekalian. Moga sihat hendaknya dan gembira disamping orang tersayang? Bagaimana hari-hari korang? Semoga senyuman sentiasa terukir dibibir.

Aku tak pasti entry ni aku dah pernah publish atau belum sebelum ni. Malas nak godek-godek blog ni..hehe.... Idea untuk aku buat entry ni lahir setelah aku terbaca 2 entry dari blog ni dan juga blog ni... Lama dah.. Cuma tak terbuat-buat. huhu

P/S : Asal tak dapat update dari blog ko bro Nizam??? Ayayayayayaiiiii....Last entry yang aku dapat "Anggaplah diri ini kerugian apabila anda tidak melakukan sebarang perbuatan yang baik" Sebulan yang lepas. Aku dah follow lain :P

"Mudah...." Sapa orang melayu yang tak pernah sebut perkataan tu, meh aku nak karate leher dia. Muahaha..
Mudah membawa maksud "satu-satu perkara atau perlakuan yang tidak sukar" Perkataan lain bagi "Mudah" adalah "Senang". Betul tak?

Mudah sinonim dengan senang. Tapi sesuatu yang MUDAH tak semestinya SENANG. Paham tak ayat aku ni?? Aku ni pakar dalam memutar belitkan sesuatu fakta. hahahahaha

Pernah tak terbaca ayat macam ni? "Hanya Online 2-3 jam sehari dari rumah, anda mampu jana ribuan ringgit ke dalam poket anda" (Sebelum korang nak menyampah dengan ayat tu, bagi aku menyampah dulu boleh :P ) Ayat diatas contoh saja k dan aku bukan nak cerita pasal MLM pon. Bila seseorang yang baru nak mengenal dunia ni sikit, bila dia terbaca ayat tu, pasti dalam hati dia cakap. "Wah senangnye nak kaya..." Kan?? Ayat pukau dia "2-3 jam sehari". Tanpa seseorang tu sedar, 2-3 jam yang dia anggap mudah tu sebenarnya........... SUSAH! Seseorang tu yang baru baca ayat tu akan anggap mudah hanya bila dia baca tanpa menyelami maksud sebenar "2-3 jam" tu. Bila dia dah cuba untuk lakukan kerja-kerja 2-3 jam tu untuk kaya, dia akan berasa susah dan akan sedar kesusahan tu (Ayat racun ni... :P )

Mudah ni pada aku hanya pada zahirnya sahaja lah..... "Saya tak pernah bawa kereta. Tapi senang je kan nak bawa kereta saya tengok. Start enjin, masuk gear, tekan minyak" Yer lah senang... Ko cuba bawa tengok, masuk longkang ke tak?? Hehehe.. Maksud aku kat sini, Mudah yang disetkan didalam minda tak bermaksud senang apabila dipraktikkan. MUDAH tu hanya akan menjadi SENANG apabila disertai dengan percubaan dan perlakuan. Setuju tak? Bila dah cuba, bila dah buat... yang dianggap SUSAH pon boleh jadi SENANG.

Minda seseorang yang terlalu banyak dirembes dengan bahan kimia yang dikenali sebagai "MUDAH", apabila dia menemui sedikit kesukaran, seseorang tu akan cepat mengalah. Percaya tak? So, jangan terlalu percaya dengan perkataan "MUDAH" dan jangan teralu confident yang korang akan berjaya dengan mudah sebelum melakukan sesuatu perkara tu. Kurangkan sikit confident level tu sebab minda dapat bersedia apabila menemui kesukaran :)

P/S : Dulu waktu dalam pertandingan Te Kwon Do, Disebabkan terlalu yakin dengan performance aku, terlalu yakin dengan kehebatan aku. Aku kalah dalam pusingan pertama. Jangan terlalu yakin k. :P

P/S/S : Sebelum nak jadi kaya.....nak jadi jutawan ker apa ker..... Jangan nak berangan jer. Usaha! Baru dipermudah jalan tu. Hehehe

P/S/S : Hoyeh!! Aku dah berjaya buat korang semua pening-pening lalat dengan entry aku ni...muahahahaha....Maafkan saya...Tumpang lalu...Nak g kedai jap. Beli panadol....... :P

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

17 comments:

  1. org slalu kata kat aku, "hang senang la tupai, dok rumah ja goyang kaki". Cheh!

    Ingat MUDAH ke nak goyang kaki kat umah? Kih3. *Cerita takde kaitan dgn entri*

    Bg aku, yang slalu kedengaran mudah cam cth hg bagi (Hanya Online 2-3 jam sehari dari rumah, anda mampu jana ribuan ringgit ke dalam poket anda) tu ada mcm "Gaji RM95000 sebulan hanya dgn online di rumah", kita kena consider sama : LOGIK KE TAK?

    Nak dapat pulangan besar, komitmen pun kenalah besar. :)

    ReplyDelete
  2. SEBENARNYA IA TAK MUDAH, NAMPAK SAJA MUDAH. TAPI KALAU TAK BERUSAHA, MANAKAN DAPAT SAGUNYA...

    ReplyDelete
  3. banyaknya pssss....hahaha!!!

    nice entry aynyway. buat org berfikir. :)

    ReplyDelete
  4. @Tupai KaranRM95OOO sebulan??hahahahaha...aku tahu biz apa yang hang maksudkan....aku nak gelak lagi..muahahahahahahahahaha...Bingai

    ReplyDelete
  5. kalau di seberang.. mudah=easy, senang=happy hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Usaha dan doa adalah penting....

    ReplyDelete
  7. @papabearhahahahahahahaha...bikin pusing! heeeeeeee

    ReplyDelete
  8. @Miecyberbetul tu bro...
    D = Doa
    U = Usaha
    I = Istikhamah
    T = Tawakkal

    ReplyDelete
  9. mana ada keje senang dalam dunia ni....

    ReplyDelete
  10. MUDAH untuk ditaip, disebut atau dibaca. Bila dibuat baru tau tak mudah untuk mudah.. Eh, silap.. Tak senang untuk senang..

    Mengenali komputer [Siri 1]

    ReplyDelete
  11. banyak yang tersirat dari tersurat.... hehehe tahniah bro

    ReplyDelete
  12. kesimpulannya, bukan susah nak jadi susah...bukan senang nak jadi senang....amacam ado kono mengona tak? bley??

    ReplyDelete

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment