Home » , , , » Alexa Rank Penting Ker??

Alexa Rank Penting Ker??

Alexa Rank
Salam rakan-rakan sekalian. Moga sihat dan senantiasa berada dalam keadaan gembira bersama keluarga. Maaf kerana tidak dapat melawat blog korang semua diatas masalah-masalah yang aku hadapi sekarang. Keutamaan hanya diberikan kepada korang yang meninggalkan komen atau melawat blog aku. Jutaan maaf aku mohon.

First sekali jangan cakap aku master ker apa ker atau nak tunjuk pandai ker apa ker bila aku buat entry ni. Entry ni lebih kepada aku nak kongsi jer lah ngan korang apa yang aku dapat kan. Alexa aku drop wehhhh..... Dah lah ciput. Drop pula. Sengalll jer aku rasa. Yang paling aku terasa, dulu waktu aku rajin update blog, alexa rank aku memang cepat jer naik, sekarang makin menurun dan terus menurun. Lagi satu, kesan terhadap....................Nuffnang!! Jangan terkejut. Baca dulu. Ngee...

Apakah Alexa? Apa pula Alexa Rank?
Alexa adalah sebuah laman web yang bertindak mengumpul serta menganalisis data-data sesebuah blog ataupun laman web yang seterusnya memberikan ranking terhadap sesebuah laman web itu. Ranking yang diberikan pula mampu memberikan gambaran kepopularitian terhadap sesebuah blog itu. Semakin rendah ranking yang diberikan semakin popular website atau blog tersebut dan sebaliknya. Terdapat 2 penilaian Alexa Rank iaitu Ranking dari seluruh dunia dan ranking negara (Macam kita ranking Malaysia lah kan)

Bagaimana Alexa Rank dinilai?
Sememangnya Alexa Rank yang diperolehi adalah tidak tepat berbanding Google Page Rank. Ini kerana salah satu cara Alexa Rank dinilai adalah melalui Alexa Toolbar yang dipasang pada browser laman web. Data-data traffik yang melawat satu-satu laman web tersebut adalah berpandukan Alexa Toolbar tersebut. Ianya dikatakan tidak tepat kerana data-data yang terkumpul adalah tidak merangkumi keseluruhan pengguna internet di dunia. Data hanya dikumpul melalui pengguna laman web atau blog yang berdaftar dengan Alexa sahaja.

Semakin ramai pelawat, semakin cepat Alexa rank naik..... Betul ker???
Selain daripada kuantiti pelawat atau pengunjung, kuantiti web yang berdaftar dengan Alexa juga mempengaruhi Alexa Ranking. Google dan yahoo merupakan laman web yang mempunyai ranking alexa yang tinggi yang mana satu ketika dahulu Google menduduki Alexa Rank #1 dan Yahoo pada ranking #2. Kedua-duanya mempunyai Alexa Rank yang tinggi, tetapi setelah Facebook tercipta, Yahoo telah jatuh pada kedudukan #4. Didalam situasi ini dilihat kuantiti pelawat satu-satu laman web itu bukan penentu untuk memastikan Alexa Ranknya terus naik, kuantiti web juga mempengaruhi Alexa Rank. Begitu juga dengan blog atau laman web yang lain, rankingnya mungkin akan terus jatuh saban hari kerana adanya laman-laman web atau blog-blog baru yang dihasilkan dan berdaftar dengan Alexa yang mewujudkan persaingan diantara laman-laman web tersebut. Atau Alexa Ranknya berterusan naik walaupun tidak ramai pelawat kerana banyak laman-laman web atau blog yang tidak terupdate dan seterusnya terkubur. Pada ranking 1,000,000 dan kebawah persaingan mungkin kurang terasa dimana jika diperhatikan ranking akan terus naik sehingga paras dibawah 1,000,000. Tetapi pada ranking mungkin 300,000 persaingan mula terasa dan naik turun ranking mungkin dapat diperhatikan.

Reach View??? Page View???
Bagaimana Alexa mendefinisikan "Reach View". Alexa akan mencatat "Reach View" hanya pada kunjungan pertama kali pelawat atau pengunjung satu-satu laman web tersebut. Pada kunjungan seterusnya ianya tidak dicatat sebagai "Reach  View" lagi. Reach View = Unique visitor. Dalam situasi ini sekiranya pengunjung satu-satu laman web itu adalah orang dari IP yang sama (komputer yang sama), walaupun pengunjung tersebut telah melawat satu-satu laman web atau blog itu, unique visitor tetap dicatat sebagai 1 unique visitor sahaja. Berbeza dengan "Page View", jika terdapat seorang pengunjung laman web (unique visitor) melawat laman web tersebut, ianya dikira 1 unique visitor, tetapi jika pengunjung yang sama klik pada tajuk entry yang lain, Alexa akan menganggap blog tersebut telah dikunjungi oleh 2 unique visitor. Jadi tidak hairanlah jika laman web atau blog yang mempunyai ramai pengunjung tetapi Alexa Ranknya tidak naik sedangkan laman web atau blog yang tidak mempunyai ramai pengunjung, Alexanya terus meningkat. Kuncinya......"Page View".

Apakah kepentingan Alexa Rank ini?
Selain dari memberi imej kepopularitian sesebuah laman web, Alexa Rank ini mempunyai satu lagi kepentingan yang jika disedari, pasti ramai yang berebut-rebut untuk meningkatkan ranking Alexa. Kepentingan tersebut adalah dari segi pengiklanan. Pengiklan mungkin menjadikan Alexa Rank sebagai kayu ukur untuk meletakkan nilai satu-satu iklan didalam laman web atau blog tersebut. Semakin tinggi ranking yang diperoleh semakin tinggi nilai iklan tersebut. Contoh iklan, Pay-Per-Click. Kalau dari sudut Nuffnang pula, mungkin semakin tinggi ranking, semakin banyak BE yang diperoleh. Kot la kan..... :P

Kesimpulannya.... Traffik mempengaruhi Alexa Rank. Bukan Alexa Rank mempengaruhi traffik... Kan kan kan....???

Sumber : Wong168

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

17 comments:

  1. Dah lama perhati rank alexa saya, mmg kurang memuaskan.. heheh..

    ReplyDelete
  2. TAK TAU LA BRO.. PENTING KE TAK. AKU TAK PERNAH ADA BENDA NI..

    ReplyDelete
  3. salam..
    ermmm..penuh tekun saya membacanya..jatuh juga ranking
    alexa saya kebelakangan ini.. trafik naik mencanak dari
    carian enjin tapi ranking alexa jatuh juga..pada pemerhatian saya kekerapan updated blog puncanya..alexa kira kekerapan kita updated blog bukan nya trafik dari carian enjin :(

    ReplyDelete
  4. alexa rank? apebende tu?

    ok la ok...penah dgr, tapi siyes tak penah cek.

    sebab rasa cam tak penting je nak cek2 ranking segala ni. sebab gb berblog sesukahati je.. :D

    ReplyDelete
  5. Masa mula-mula dahulu ada juga perhatikan ranking Alexa tetapi sekarang kurang bagi perhatian

    ReplyDelete
  6. serius aku xphm lgsung psl alexa sume ni..huhuh..mmg mantapla ilmu blogging ko..

    ReplyDelete
  7. aku macam faiz.. tak paham sangat pasal alexa ni..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..

    lama tak kesini..alexa tue hanya menjelaskan tanga blog..rasanya tak penting kot huhuhhh

    ReplyDelete
  9. Salam bro,

    Adakah ranking di alexa ni mempengaruhi sesebuah perniagaan online?

    ReplyDelete
  10. @Miecybertak semua blogger amik berat soal alexa ni...

    ReplyDelete
  11. @faizmantap??hahahaha....mantap tahap budak tadika.aku pon bukan tahu sangat la pasal alexa niii..aku pon kena refer site lain nak tulis entry ni.huhu..alexa aku drop weii

    ReplyDelete
  12. @fairussama la kiter...aku poon tak paham..hehe...

    ReplyDelete
  13. @sahromnasrudinwaalaikummussalam....
    yup...tapi penting kalau ada letak iklan :)

    ReplyDelete
  14. @PakarBuahPinggangsalam bro...
    hm..saya nak jelaskan saya pon bukan pakar sangat....tak penting sangat sebab dia bukan mempengaruhi traffik.kalau buat biz online traffik tu penting.alexa ni dari segi pemahaman saya penting kalau kita letak iklan.sebab pengiklan menilai blog kita dari alexa tu.kalau alexa best, nilai iklan akan tinggi...dari apa yang saya baca n paham la...kalau nak sure kena tanya yang lebih pakar

    ReplyDelete
  15. yup,kalau yang betul fokus pada earning memang penting Alexa rank ni.. but pada yang biasa-biasa mungkin mereka tak pentingkan sangat kan.

    ReplyDelete
  16. @NizamYup..aku pon baru tahu pasal alexa ni bro....hairan sebab rank jatuh..tu yang selidik sikit tu

    ReplyDelete

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment