Home » » Amry's Blog Diserang Virus??!!!

Amry's Blog Diserang Virus??!!!

Adik beradik virus dan juga malware. :P Geli den!!
Salam rakan-rakan sekalian.. Apa macam? Ada baik ka?? Ok. Sebelum aku nak tulis entry aku kali ni.... diminta semua jarakkan diri korang masing-masing sedepa dari komputer. Sebab aku nak menarik nafas lega. Muahahahahahaha!!!! (Macam la tangan aku nak keluar kat monitor korang erk. Huhu... Sebelum tu juga aku nak ucap terima kasih kepada 2 orang rakan blog aku yang bantu aku waktu blog aku diserang VIRUS!! Nak tahu saper baca sampai habis. hehe... Haaaaaa.... Blog aku kena serang virus weiiiii..... kah kah kah. Ayat budak-budak. Virus.... Yang gitu-gitu tuuu. Yang membuatkan blog aku telah dikuarantin selama beberapa jam lamanya. Yang membuatkan kerja-kerja aku yang lain sedikit tergendala.

Ada sesaper sini yang blog dia pernah kena serangan virus atau malware? Aku dulu pernah kena sekali tapi tak la menggelabah macam sekarang ni. Virus yang dulu pon dia hilang sendiri setelah aku sembur ngan Ridsect. Hahaha.

Sesaper yang datang ke blog aku 2 hari lepas, pasti tahu blog aku kena serangan virus bila page ni keluar

Malware Detected By Google
Snapshot tu aku curik dari google. Kalut sangat sampai lupa nak amik snapshot aku sendiri. Pada awal kejadian, (ewah. Ayat skema la plak) aku biar kan jer dulu. Sebab aku dah pernah alami kes macam ni, blog aku pulih sendiri. Tapi masuk hari kedua tak ok gak. Aku gelabah la juga... Malware atau virus yang menyerang blog aku ni adalah datang dari pada widget aku yang aku ambil script dia dari satu blog ni. Blog ker, sebab virus tu datang dari nikbir09.ws. Iaitu widget Top Post aku. So sekarang kalau korang kelik pada button "Top 5" tu memang tak function la.

Godek punya godek, menggunakan Virus Scanner yang aku tumpang dari Google, iaitu dari Unmask Parasites maka aku jumpa la punca yang menyebabkan blog aku dijangkiti virus... (alamak, lupa nak amik snapshot lagi!!) Pst.. Aku guna anti virus free jer. hehe.. 

Aku nak tanya korang la. AntiVirus yang kita install kat komputer kita tu, boleh juga ker dia detect virus yang terdapat pada website??? Kompius aku. Yer la aku ni tak pandai sangat bab-bab komputer ni. hehe..

Ok, punca dah tahu, tiba masa untuk buang virus tu. Ni yang masalah ni. Puas aku cari kat template blog aku, tak jumpa-jumpa. Sampai berjanggut aku cari kat mana virus tu. Disebabkan tak jumpa, aku munggunakan khidmat W3C ni. Jumpa virus tu, tapi tak leh buang la plak..sampai berpinau biji mata aku ni ha.


Dalam pada masa yang sama, aku dah announce problem aku kat FB. hehe.... Waktu ni la, heroin datang. Muahahahaha... Heroin la sebab yang tolong aku ni blogger perempuan. Sekejap jer weh dia detect virus tu. Aku ni berejam. Memang tera la dia. Memang aku suspect lah. Siapa dia. Baca lagi sampai habis. hehe.. Sebab apa aku kata dia tera sebab dia settlekan masalah aku sambil makan Chipsmore jer! Aku sampai tak makan-makan!! Grrr... 

Aku kaburkan nama FB dia sebab dia ni tak suka promotion sangat. Hehe.. Kang aku announce tak pasal2 dia lekuk kepala aku. Tak ke naya. :P
Akhirnya setelah mendapat penerangan dari member aku ni, aku terus buang widget "Top Post" tu dan masalah aku pon settleeeeee.....

Kesimpulannya, kalau blog kena virus, Scan, dapat tau nama nama virus tu, selongkar la blog korang, dah jumpa, say goodbye la. Huhu... Nak lagi detail korang google jer...Ok? Aku dah penat wei menggoogleeee....
Sampai nak muntah hijau aku!! 

Sekali lagi ribuan terima kasih aku ucapkan kepada rakan blog aku tu. Siapa kah dia???? Dia adalah...... Hm... Apakata korang pegi sendiri ke blog beliau... Adaaaa gak menyumbang traffik. Iyer dak? Hehehe.... Ni blog dia... Serious... Member aku ni sempoi!! Member aku ni low profile k. Banyak ilmu tuuuuu...... Member aku yang lagi sorang ni pulak lelaki, dia yang gtau aku blog aku kena virus walaupon aku dah tahu.. Ok la tu kan, aku tau ker tak tau ker belakang kire, janji niat dia baik nak inform kat aku. kan kan kan? Ni blog dia. Girl-girl yang masih single mingle tu boleh la try nasib. Hensem tuuuuu... Muahahahahahahaha...... Cabuttttt!!!!

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

27 comments:

  1. takut btol kalo kena virus ni..

    ReplyDelete
  2. memang kadang-kadang widget ada virus..
    kalau ada link yang ada virus dalam blog kita pun akan effect jugak..blog ku pun penah kena jugak dulu

    ReplyDelete
  3. virus takde keje ni...penat la nak kaunter!

    ReplyDelete
  4. aiseh.. jadi heroin la pulak keke

    hmm len kali kalu blog TIBA-TIBA diserang malware lagi, check satu2 widget (daripada edit design>page element), bkn dari edit html (sebab yg ni cuma design template saja).

    wei apa blanja nk coklat hacks ja.. kedekut! haha

    Pempuan Kalau Bergambar..Heiii

    ReplyDelete
  5. @faizKALAu ko takut aku lagi takuttt...aku anti virus free jerrrr...huhu

    ReplyDelete
  6. @HAZWAN17yup..kalau widget tu kita amik dari blog orang tu, pas tu bnlog orang tu ada virus..berjangkit la sebab kita ada link dengan blog yang ada virus tu...serik kena wehh

    ReplyDelete
  7. @sahromnasrudinya kot bro..sebab pas blog sembuh..tuan blog demam la plakkkkkk...aduhaiiii

    ReplyDelete
  8. @gadisBungakat tempat keje GB tu ada keja kosong tak untuk virus2 ni..???? miahahahahahahahahahahhaha

    ReplyDelete
  9. @Tupai Karanhang nak jadi heroin ap[a?korean??hindustan??hehe..sah hang geli geleman.keke
    aku dah cek widget, tapi tak cek semua....tak perasan perkataan "toppost" tu..hampeh tul..
    ok la tu hacks...dari aku kasi asam masin (bulat2 macam t**k hidung tuuu)hehehe
    jahatya laaa aku kan kan kan

    ReplyDelete
  10. hahahaha! wa xpernah kena lagi laa bro! haha!
    lame tak berblog.. mcm2 blogger kena.. hahaha.. ade kena hack ade kena virus... hehe :P

    ReplyDelete
  11. nasib baik dpt settle problem kan, berambus ko wahai virus hehehe

    ReplyDelete
  12. Buat masa ni aku tak letak plugin
    merapu dalam blog.antivirus komputer
    boleh kesan virus dalam website.cuma
    kena pasti ada fungsi internet security.

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah...tak pernah lagi kena setakat ni...

    ReplyDelete
  14. salam..
    menakutkan lah main
    dengan virus malwares ni kan
    tak habis2 lagi rupanya
    :(

    ReplyDelete
  15. @Burpitu la..ko lama sangat menyepiii....eh.ko menyepi ker atau aku yang tak sedar ko muncul balik.miahaha

    ReplyDelete
  16. @Mama Kembar 3virus tu tak berambus lagi,,berjangkit kat tuan blog la plakkk...aduhaiii

    ReplyDelete
  17. @Ali ridhaoooooo.....macam tu rupanya..baru aku tahu...thanx ali.aku memang tak tahu bab2 komputer ni.hehe

    ReplyDelete
  18. @NizamOk la tu...anti virus ko power la tu broo..hehe

    ReplyDelete
  19. @zulkbosalam bro....memang tak kan habis la virus2 niii..hmm

    ReplyDelete
  20. aku yang lame menyepi.. hahaha.. busy beljar la katekan.. padahal~~ hahaha :) now aku dh mule menulis balik sket2~ :D

    ReplyDelete
  21. hurmm.. kalau blog cik rimau la kne virus, mesti menggelabah macam mane nak buang virus tu.. al maklum la agak slow sikit it nie.. hahahahahaha.. (mintak tlg encik amry jela nampak gayenye.. hik3..)

    ReplyDelete
  22. @Burpsempoi2....sama2 kita meriahkan dunia blog kita.hehehe...semangat kemain aku...walhal aku pon dah lama tak update..muehehehe

    ReplyDelete
  23. @Cik Rimauhuh!!nak mintak tolong den??den pon mintak tolong orang lain settlekan..hehe...kalau den yang nak buang,seminggu tak terbuang2.huhu

    ReplyDelete
  24. Selamat kembali la bro. Penat udah jari aku duk menekan blog ko nak try masuk. Asyik x boleh je. Ni dah ok, bleh la follow balik. Zzzzz... Apa tu ayt yg last. Malu la... (poyo giler!) Pe pe pun, slmt kembali.

    ReplyDelete
  25. THANKS..akhirnya bersih gak virus kat blog aku lepas baca entry ni..risau gak.... :)

    ReplyDelete

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment