Home » » Drama Yang Benar2 Mencuri Hati Aku

Drama Yang Benar2 Mencuri Hati Aku

Winter Sonata - Korean Drama


AMARAN KERAS : ENTRY INI UNTUK MEREKA YANG JIWANG-JIWANG.....SAHAJA!! :P

Salam rakan-rakan sekalian.....Moga sihat hendaknya disamping orang tersayang........

Kalau dibuat survey la kan tentang penerimaan drama-drama berunsur percintaan ni terhadap kaum lelaki, rasanya ramai yang tidak suka menonton drama-drama bergenre percintaan ni, kononnya malas berjiwang karat, malas nak feeling-feeling. Biasalah kan lelaki ni terkenal dengan sikap cool diorang, kang tengok citer sedih-sedih, nangis tak ke kantoi. Berbeza dengan kaum wanita yang memang semulajadinya hati naluri diorang penuh dengan perasaan cinta. Hati diorang lembut, so mudah tersentuh. Kan kan kan? Kalau tengok citer sedih kena sediakan kotak tisu 10 kotak dulu, kalau tak banjir. Hehe

So bercakap tentang drama cinta ni, ada satu drama ni memang cukup aku suka dan memberi kesan kat aku juga. Drama ni aku tengok waktu aku berumur 17 tahun. Habis SPM. Sekarang umur aku dah 26 tahun. Dah 9 tahun, tapi tetap berbekas kat jiwa aku drama tu. Disebabkan waktu tu aku kerja part time kat kedai makan, so kadang aku terlepas satu-satu episod dia.... Banyak yang terlepas dari dapat ditonton. Kadang-kadang tu aku lari kejap balik rumah semata-mata nak tengok drama tu. Jarak kedai makan tu dengan  rumah aku dekat jer. Minat tahap gaban punya. Pernah sekali tu aku terjumpa DVD dia full episode, lama dah. Bapak mahal RM100 wooo.... Seb baik aku tak beli sebab sekarang aku boleh tengok secara online, baru tahu jer pon. Huhu... Orang lain dah tahu lama dah. :P

Drama apa yang aku gila sangat ni......Drama itu adalah drama..................Winter Sonata.....hahahaha...... Kemaruk drama korea juga aku ni. Huhu... Sekarang ni tiap-tiap hari kalau ada masa aku layan jap drama tu. Kenapa aku gila Winter Sonata??? Sebab gaya hero dia. Ada macam gaya aku sikit. Perasan!! Kah kah kah... Aku seorang pendiam dan agak suka sendiri. Sapa pernah tengok drama tu tahu lah maksud aku ni pelakon yang aku maksudkan..Hohohoho.. Sila muntah hijau. Gaya jer la, rupa bagai langit dan bumi. Muahahaha

Winter Sonata ni memang best la. Aku rasa ramai peminat drama tengok citer ni. Ada satu blog tu aku jumpa dia senaraikan korean drama yang dia minat.. Ada lima drama termasuk Winter Sonata ni. Kira aku ni ok lagi la kan. 1 drama jer yang aku gila. 

Winter Sonata ni mengisahkan kisah cinta antara Kang Joon-Sang dengan Yujin dimana si Yujin ni tidak dapat melupakan kekasih dia si Joon Sang ni walaupon Joon Sang dah mati (tak mati sebenarnya).

Ada satu lagi citer yang aku tak leh nak lupa gak dan bagi effect kat aku, tapi ni bukan drama la, tapi movie. Hindustan mari.... Mohabbatein.... Pst. Movie ni buat aku menangis weh. Tak der la menangis sampai banjir, tapi menitik juga la air mata aku ni.  Terharu betul tengok kisah cinta Shah Rukh Khan dengan Aishwarya Rai ni. Memang cinta akhir hayat la :P

Aku lelaki, tapi kenapa aku suka citer-citer cinta??? Sebab aku nak menyelami perasaan cinta.... walaupon menerusi drama/movie... Ewahh... 

Aku suka ayat ni....."Cinta Itu Ketawa Dan Air Mata"

Galak la plak entry aku kali ni
--------------------

Tuk kekasih den...Reza.... I Love U So Much!!

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

28 comments:

  1. waktu form 3 xsilap citer hindustan mmg top btol..Mohabbatein aku ada xsilap

    ReplyDelete
  2. betul ke ni bro Amry?? cam tak caya je hehehe

    ReplyDelete
  3. Sekarang citer korean mmg tengah top...

    ReplyDelete
  4. GB tg winter sonata 3 kali. nuff said.

    loved it and still loving it.

    *dpt bf mcm joon sang mesti best kan? hahaha!!!

    ReplyDelete
  5. tengokla citer cita dan cinta di tv9

    ReplyDelete
  6. Korea dan Jepun memang pegang carta sekarang...

    ReplyDelete
  7. Aku x minat drama korean. Cuma minat lagu jiwang dia... tu je.. haha.. bleh ke bt camtu?

    ReplyDelete
  8. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!form 3??hm..dulu hindustan layan bro..sekarang ni macam kureng sikit la...hero2 dia pon tak sempoi..hmm

    ReplyDelete
  9. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!btol la bro..aku la amryy..hehee

    ReplyDelete
  10. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!yer ker Jai??tak kot...citer korean dah lama tak tayang kat tv..dulu yer...sekarang bukan musim dia dah kot..

    ReplyDelete
  11. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!3 kali GB???pergh..memang rajin ngadap komp/tv...saya nak tengok habis full episode pon jenuh...dulu sebab tengok sangkut2.sekarang 1 episode pon tak kan terlepas..hehe

    ReplyDelete
  12. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!citer apa tu bro?

    ReplyDelete
  13. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!tak penah pulak tengok drama jepun.hehe...

    ReplyDelete
  14. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!hm...lagu diorang layan gak bro...aku suka gak lagu diorang walaupon ada lagu dari drama tu aku tak tengok..macam secret garden..layannn

    ReplyDelete
  15. Memang menjadi kegilaan dahulu. Kita dibuaikan keasyikan cinta.

    ReplyDelete
  16. wei... lu jiwang ni bro... :)

    ReplyDelete
  17. haha. sekali sekala lu jiwang...heheh

    ReplyDelete
  18. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!semua orang akan merasai perasaan cinta.... :)

    ReplyDelete
  19. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!hehehe....yer kot bro....gagagaga

    ReplyDelete
  20. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!apa yang terbaiknya derrr??hee

    ReplyDelete
  21. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!ops!!hehehesekali sekala derr

    ReplyDelete
  22. sy pun suka sgt drama ni!!! ini adalah drama korea pertama yg sy tgok..mmg superb,the best! mmg meleleh air mata..sy tgok cite ni msa umur sy 15..hehe

    skrg cite korea dah semakin hampeh..tak suka dah drama korea skrg..

    ReplyDelete
  23. xpe la galak skali skala..haha

    setuju dgn ungkapan tu..tiada air mta dan ketawa, bukanlah cinta..uhu

    ReplyDelete
  24. dulu masa zaman kegemilangan hindustan meletop, atok hantu cite hindustan tau!

    ReplyDelete
  25. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!rasanya winter sonata satu2 nya drama korea yang saya tengok dan minat. tangkap feeling habis. hehe...sekarang dah bukan musim dia dah.....kalau yer pon musim dia, tak ada masa nak tengok...

    ReplyDelete
  26. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!yer ker tok??? naynyi sikit lagu hindustan tok...boleh??hehe
    saya dulu ada kawan minat hindustan...sampai boleh nyanyi...huhu

    ReplyDelete
  27. mohabbatein memang best pon.. hak3.. winter sonata pon best.. xsilap cik rimau, mase tu cik rimau kat hostel.. curi2 nak tgok tv.. semata2 sebab cite ni.. huhu.. citer my girl pon best jugak.. try la layan.. best.. lawak ade, sedih ada, happy ade.. mcm2 la.. hehe

    ReplyDelete

Thanks For Your Comment

M: Thanks for info...fairus: Kalau Ketua Polis dah beritahu begitu. Kita terima ...fairus: Kisah sebenarnya, budak tu memang mencuri bro.. fairus: Well said #sayaZahrafairus: Ape cerita kes diorang sekarang? dah senyap je..Powered by Sneeit