Home » » Keputusan Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, N5|BN Menang

Keputusan Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, N5|BN Menang


Tepat jam 10pm 30 Jan 2011, terjawablah sudah keputusan Pilihan Raya Dun Tenang N5, Johor dengan kemenangan berpihak kepada BN dengan mendapat undi 6699 undi manakala PAS mendapat 2992 undi.

Calon BN, Mohamad Azahar Ibrahim menang majoriti 3707 undi, meningkat berbanding pada tahun 2008 sebanyak 2492 undi. Mohamad Azahar juga meraih 115 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dari jumlah keseluruhan 119 kertas undi. 3 kertas undi diperoleh dari calon PAS, Normala Sudirman manakala 1 undi pos ditolak.

Keputusan undi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis.

P/S : Tahniah kepada BN. Jangan sia2 kan amanah dan kepercayaan rakyat yang telah diberikan.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

26 comments:

  1. tahniah kepada yang menang dan berbaktilah untuk rakyat

    ReplyDelete
  2. tahniah kpd pemenang
    eh,tp tmpt tu banjir kan

    ReplyDelete
  3. Harap2 BN dapat majukan Zon Tenang.. Jangan jadi macam2.. Bila time mengundi blh tengok merata2, lepas menang hilang entah kemana.. Harap dapat dengar suara rakyat..

    ReplyDelete
  4. @SharinginfozTahniah. Jangan sia2kan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat

    ReplyDelete
  5. @OreoYup. banjir, banjir teruk gak laaa..tapi pilihan raya tu masih dapat berjalan dengan lancar.Alhamdullillah

    ReplyDelete
  6. @decrewzMacam tu hendaknya.. yang ko cakap tu Jaii aku no komen lah. kita tunggu dan lihat. hehe...

    lama tak nampak ko jai. sibuk ker? ker merajuk ngan aku? hehe

    ReplyDelete
  7. tahniah untuk pemenang. hope dapat buat yg terbaik lah untuk semue

    ReplyDelete
  8. Merajuk? Ha3.. Xdelah.. Minggu lepas, minggu ni, minggu depan, cbuk raya cina.. Kje ngan PLUS tau jelah.. Org sibuk bercuti, Jai sibuk kerja la tengok h/way.. Lagipun minggu ni banyak kluar bawa adik berubat.. Sakit xleh jalan.. Xtaulah apa kesnya.. Bangun tido je terus rebah...

    ReplyDelete
  9. kubu kuat BN tu....tak heran la menang... hihi~

    ReplyDelete
  10. TAHNIAH.. SEMOGA TERUS MAJU JAYA MEMBANGUNKAN TENANG DAN NEGARA..

    ReplyDelete
  11. @deCrewzoooo...ko keje kat plus yer Jai...Erm...kaau keje situ musim raya memang sibuk lah :). Aku antara orang yang bagi sibuk lagi pekerja PLUS. hehe

    ReplyDelete
  12. @gadisBungaItu lah GB...sebab tu Majoriti pon meningkat. Bilangan undi pon jauh beza dari calon PAS.

    ReplyDelete
  13. Dengar assigment pertama selepas menang pilihan raya adalah membantu mangsa banjir di zon Tenang :-)

    ReplyDelete
  14. @akubiomedBanyak juga anggaran kerugian nya tu kalau diihat keadaan banjirnya tu. angkah permulaan yang baik

    ReplyDelete
  15. kalau dah menang, biarlah pentadbiran pun memenangi hati rakyat.

    ReplyDelete
  16. kalah menang ..aduhai politik..

    suri mmg tak amik port huuu..just tgok dan dgr kat berita shaja huuu

    jumpa di http://loveisshearing.blogspot.com ya

    ReplyDelete
  17. tahniah BN... buat kerja baik2 eh...

    ReplyDelete
  18. @surihati_kuSaya pon kurang amik port, tapi kena amik port juga sikit2 :) cuma tak la terlalu extreme

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment