Home » » Khurafat - Tak Takut Pon

Khurafat - Tak Takut Pon


Pertama sekali biar aku ngaku dulu awal2 yang aku dah terlambat buat entry tentang filem Khurafat ni. huhu

Hahahahaha.... Akhirnya tercapai juga hajat aku tuk menonton filem Khurafat arahan Shamsul Yusof. Aku ni jarang dapat menonton, kalau dulu duk kat Penang boleh la juga, panggung wayang dekat jer. Sekarang ni dah duk kat ceruk kampung, susah la sikit. Kerana keinginan aku yang membuak-buak tu yang kononnya seram banget filem Khurafat ni, maka aku pon buat kerja gila-gila sikit. Balik kerja jam 7.30pm. Terus g panggung. Aku bernasib baik la sebab aku sampai 7.40pm. Cerita baru bermula jam 7.15pm. Terlepas sikit jer, takpalah kan. Yang gilanya ingat nak makan dulu sebab perut dah berdendang sayang, tapi sebab cerita dah bermula maka aku tahan jer la lapar tu kejap.. hahaha. Gila tak aku. 8.30pm, cerita tamat, terus rembat gerai makan kegemaran aku yang tak jauh dari panggung tu... Makan-makan, berangan-angan jap. 9.15pm aku gerak. Sampai rumah jam 10.30pm... Ni pon aku mendefinisikan sebagai kerja gila. hohoho...Gila bai balik malam2 naik moto... Hohoho...Kalau dekat tak per lah juga. Ini 70KM. Memang gila....

Berbalik pada cerita Khurafat ni, disebabkan dah agak lama movie ni di panggung, so waktu aku menonton tu memang lengang la. Termasuk aku ada 7 orang jer penonton. Hohoho.... Daripada tontonan aku, Khurafat ni biasa-biasa jer la pada aku. Sekali dua jer la kot aku tersentap. hahahaha... Maksudnya tak la aku takut sangat kan. Kan kan kan. Mungkin disebabkan aku peminat cerita genre seram, jadi aku dah terbiasa dengan cerita-cerita seram ni. Ada yang lagi seram baiiii.... Aku pernah tengok cerita seram Indonesia, Mati Suri. Aku sorang jer dalam panggung waktu tu. huhuhu...Boleh tahan la seram dierr...

Walaupon pertama kali mengarah filem seram ni, tapi aku respek la dengan Syamsul. Sebaris dengan pengarah-pengarah lain yang lebih berpengalaman. Dengan hantu-hantu dia yang nampak agak real... dan kemunculan mereka yang sememangnya boleh buat jantung nak tercabut... Terutama waktu van bawa jenazah dengan waktu dalam bilik mayat. Takut wwwooooo..... 
Dari segi jalan cerita.....nampak macam Syamsul nak bagi cerita tu habis cepat, aku yang tengok ni macam tak puas. Lakonan seniwati Mariani sekadar selitan jer dalam filem ni. Sekadar untuk mengelirukan penonton, sedangkan dia tak ada kene mengena dengan kejadian yang menimpa Johan lakonan Syamsul. "Erk!! Dah habis??" Bisik hati kecil aku. hehehe.. Pendapat aku jerlah....
Tapi aku paling suka part ending dia.. Suka sangat. Kreatif baiiii. Pertama kali aku tengok ending macam tu.

Anyway...Dari keseluruhan aku kasi 4 dari 5 bintang.... hehehehe... Ok tak? 

P/S : Jangan la buat benda-benda Khurafat ni..... Menyesal tak kesudah nanti...... Kalau dah orang tu tak suka, jangan lah dipaksa... 

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

32 comments:

  1. baru tengok cerita tu petang td..agak slow la..awek aku siap tutup muka.aku tak puas hati dengan orang belakang aku,bleh buat skrip sendiri plak.hilang mood aku...

    ReplyDelete
  2. @nasarudinhahaha....kalau ada yang nak mengarah dalam panggung memang hangin der....memang boleh hilangkan mood...ko tak tuang popcorn atas paler dier bro..huhu

    ReplyDelete
  3. setiap kali nk tgk jer mesti full...benci betoi..pasni download je la..huk3

    ReplyDelete
  4. hurmmm,malas nak percaya cerita melayu nih besttt, owg kata best...tp bila aku tgk,hampehhh!!!

    ReplyDelete
  5. seram pe citer nihh.sakit jantung tau.

    ReplyDelete
  6. aku xtgok lagi. x tau nk cakap pe. tggu supplyer bg. kalo x, sampai kesudah x tengok. tengok je citer ape yg ada.haha

    ReplyDelete
  7. salam

    tak takut ke?

    asal ada ayat hantu..memang takut..hahaha

    ReplyDelete
  8. sejak dah ada anak ni susah betul nak tgk wayang... agak2 nak dicomparekan cite ni ngan jgn pandang blakang, mana lagi seram??

    ReplyDelete
  9. tak best ke?tapi kutipan dah sampai 6 juta woooo...tak berpeluang lagi nak tengok..

    ReplyDelete
  10. 4 bintang? wah..boleh tahan.

    entah2 part yg seram giler tu dah kuar masa awal2 kot...hihihiii~

    ReplyDelete
  11. mcm tak best je bunyi ye..hehe

    ReplyDelete
  12. belum kesampaian tuk aku melawat panggung wayang, inikan lagi menonton wayang..Haha..Sabo je la. Dh brp bulan, aku pun x pasti la. Btw, btul ke x seram. Aku duk dgr review dr kwn-kwn aku, sumanya ckp seram?

    P/s: kwn2 yg cite kat aku tu, suma pompuan..Haha (ptot la ckp seram)

    ReplyDelete
  13. aku nak sangat tengok movie ni.tapi tulah. ade yang kate best.ade yang kate nyesal tengok. haiya!!!!

    ReplyDelete
  14. tak tengok lagi... cerita kurafat nie..suka dengar dia punya lagu tema dia jer..hehe

    ReplyDelete
  15. blum tgk lgi la bro..tngu kuar kat tv la..haha:)

    ReplyDelete
  16. @MiecyberApakata abang mie tengok :) Boleh tahan seram jugak la..hehe

    ReplyDelete
  17. @misreramaSekarang dah tak full kot....dah 2 minggu di panggung kan. kaau full gak, amik kerusi duk betul2 depan screen. hehe

    ReplyDelete
  18. @bukankosongBukan semua tak best bro...walaupon kebanyakanyya memang tak best. hehehe...malaysia jarang buat movie yang agak serious, kebanyakannya lawak n hantu

    ReplyDelete
  19. @atiqa arisseram memang la..tapi saya masih boleh tahan lagi hehehehe... pendek kata seram laaaa, sebab saya pon ada part yang terkejut. hohoho....

    ReplyDelete
  20. @azanasaper suppyer tu? ko lebih kurang macam aku jugak la...agak payah nak g menonton wayang... Hmmm

    ReplyDelete
  21. @sissyirasalam syira. gimik jer tu... hehehehehehe. tapi kalau tengok kat umah sorang2.takut juga la. hehehe

    ReplyDelete
  22. @intankuterpilihrasanyaaa Khurafat kot. sebab hantu dia lebih real. hehe

    ReplyDelete
  23. @ShafiqIzwanko tak tengok lagi shafiq....??aku ingat aku jer yang ketinggalaan tengok citer khurafat ni. hehehe

    ReplyDelete
  24. @shamierabukan tak best derr...best jerrr,cuma bagi saya, pada perasaan saya, masih tak berapa seram cerita ni...
    4 dari 5 bintang. kategori best la tu. hehe

    ReplyDelete
  25. @gadisBunga"entah2 part yg seram giler tu dah kuar masa awal2 kot...hihihiii~"

    kurang faham ayat GB yang ni. apa maksud GB erk? hehe...slow la plak otak ni :P

    ReplyDelete
  26. @atiebukan tak best, tapi jalan cerita dier pada saya agak kurang rancak..banyak adegan kejutan jer.pada saya la kan

    ReplyDelete
  27. @Fir Ikhwanseram jugak bro..tapi bagi aku tahap boleh tahan jer la sebab aku ada tengok citer yang lagi seram. hehe...pada aku seram khurafat ni pada cara kemunculan hantu2 dia,G la tengok bro.

    ReplyDelete
  28. @lizzapa kata lizz tengok sendiri....pas tu sendiri nilai. tul tak?pendapat lain2 kan :)

    ReplyDelete
  29. @ziklagu tema dia macam mana erk? tak tahu la plak. masuk time citer dah mula, dah habis terus kuar. huhu

    ReplyDelete
  30. @Zulerrr...nak tunggu kuar tv, tunggu raya jer lah kot. tak raya tahun ni, tahun depan...hehehe

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment