Home » , » Populariti Najib Menurun Selepas Bersih 3.0

Populariti Najib Menurun Selepas Bersih 3.0

Populariti Najib Menurun Selepas Perhimpunan Bersih 3.0


Menurut kajian Merdeka Center, peratus populariti Najib Razak telah menurun daripada 69% pada Febuari lalu kepada 65% pada bulan Mei lalu. Penurunan ini direkodkan selepas 2 minggu berlakunya isu Bersih 3.0

Kajian ini membabitkan 1,019 responden antara 10 hingga 18 Mei yang mana 2 minggu selepas perhimpunan Bersih 3.0 diadakan pada 28 April lalu.

Berdasarkan kaum, populariti Najib tinggi di kalangan responden melayu iaitu 79%  India 72% dan Cina 37%.

Mengikut kajian Merdeka Center, populariti Najib mengalami peningkatan sebanyak 10% pada Febuari 2012 berbanding sebanyak 59% pada Ogos 2011. Kajian yang dilakukan pada Ogos 2011 yang lalu adalah sebulan selepas berlakunya perhimpunan Bersih 2.0. Kepopularitian Najib yang paling tinggi dicatat adalah pada Mei 2010 iaitu sebanyak 72%. Merdeka Center juga merekodkan kadar populariti Najib 14 bulan selepas menjadi perdana menteri adalah sama dengan kajian yang dilakukan pada Febuari lalu iaitu 69% yang mana mengalami peningkatan yang drastik selepas sebulan kajian dilakukan iaitu kira-kira sebulan selepas Najib menjadi perdana menteri iaitu peningkatan daripada 45% kepada 69% pada Mei 2009


Kajian Merdeka Center juga menunjukkan kepuasan terhadap tampuk pimpinan Najib mendapat peratus yang tinggi dikalangan responden yang berusia 50 tahun keatas iaitu 70% manakala bagi mereka yang berumur 30 tahun kebawah adalah 61%.

Dari segi pendapatan pula, responden yang berpendapatan rendah (isi rumah yang berpendapatan RM1500 sebulan) adalah sangat tinggi iaitu 78% pada Febuari lalu kepada 82% pada Mei lalu tetapi mengalami penurunan daripada isi rumah yang berpendapatan antara RM3000 hingga RM5000

Sumber Populariti Najib Menurun selepas Bersih 3.0 : Sinar Harian 1 Jun 2012

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. HARAP-HARAP POPULARITI AKU TAK MERUDUM.. HAHAHA..

    ReplyDelete
  2. @fairusAku sebenarnya nak tulis cam tu gak dalam entry tu..tapi difikir2 balik aku rasa aku ni ada ke populariti..hahaha

    ReplyDelete
  3. hmm aku pn skrg malas nk tgk tv3 kul 8pm..membongak ajo kojenye! hehe~

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment