Huh..tengah-tengah aku berblogwalking di rumah, aktiviti aku terhenti. Aku stop aktiviti aku untuk berblogwalking untuk membuat entry ni. Entry khas untuk rakan blog aku. Padlie. Entry ni adalah entry aku yang kedua yang aku buat melibatkan rakan blog aku. Sebelum ni aku buat entry tentang semangat rakan aku juga didaam dunia blogging ni. "On The Cyber Cafe" Amry's Blog - BUKAN SEKADAR BLOG. Aku ingin merealisasikan tagline aku. Aku berblog bukan sekadar menulis, bukan sekadar memberi pandangan pendapat, atau suka-suki menulis untuk mencari sedikit $$$. Aku ingin pergi lebih jauh dengan blog aku ni. Aku ingin mewujudkan satu perhubungan diantara aku dan rakan-rakan blogger yang lain. Biarpon hanya melalui dunia maya.
Padlie... Aku lupa bila aku kenal si Padlie ni dalam dunia maya ni, tapi dia terlebih dahulu berkunjung ke blog aku dan hubungan aku dengan si padlie berterusan dengan saling membalas kunjungan dan meninggalkan komen. Perkenalan aku masih baru dengan Padlie. Aku masih tak dapat berkenal rapat dengan insan bernama Padlie ni. Tapi yang aku pasti....Dia adalah seorang yang sangat TABAH dan KUAT. Dan sedikit
Dalam pada aku berblogwalking di blog si Padlie ni, aku baca entry pendek dia bertajuk "Bila Padlie Kusyuk MenGoogle" Pada mulanya aku ingat ianya hanyalah entry santai bersahaja. Tetapi telahan aku melesat. Di dalam entry tu ada disertakan link download majalah. Majalah berunsur artis gamaknya. Aku tak minat sangat pasal artis. So aku tak naklah download. Terbaca pula pada komen yang diberikan. Rupa2nya ada kisah Padlie di dalam majalah tu. Apalagi lajulah aku mendownload.... Dan kisah si Padlie ni dalam majalah tu.....sungguh membuat aku KAGUM pada rakan aku ni!
Walau serba kekurangan dengan faktor fizikal, tetapi dia seorang yang sangat KUAT, TABAH dan CEKAL! Aku betul2 kagum dengan semangat yang ada pada Padlie. Aku walaupon dilahirkan dalam keadaan yang sempurna hingga kini, tidak mampu menyaingi kehebatan dan kecekalan Padlie yang serba kekurangan tu. Dalam keadaan dirinya yang sukar itu, dia tidak menjadikan kekurangannya itu sebagai batu penghalang untuk dia berjaya! Malah dia mungkin tidak menganggap lansung dirinya seorang insan yang lemah! Ya. Dia seorang insan yang BERJAYA!
*** Jangan menjadikan kekurangan didalam diri seseorang itu sebagai batu ukur kejayaan dirinya.Mungkin korang masih blur2 tentang si Padlie ni dan kenapa aku begitu memuji dia dan apa yang sebenarnya berlaku kepada si Padlie ni. Korang boleh lah melawat ke blog si Padlie ni sekarang. Jangan lupa download dan kenali siapa si Padlie ni. Ok??
*** Jangan sesekali menghina mereka yang lemah. Kerana disebalik kelemahannya itu, terselit kekuatan yang mungkin tidak ada pada diri kita yang sempurna ini.
*** Jangan jadikan kekurangan diri sebagai batu penghalang didalam menempuh kejayaan.
Padlie - You Are The Best!!!
P/S : Padlie..Umur awak berapa tahun yer?? Kalau lebih tua nak panggil "abang Padlie" hehe Admin 1:19 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
Salam rakan-rakan sekalian.
Kali ni entry aku biasa yang teramat. Tak ada apa2 yang menarik..
Aku dekat CC, dan entry ni aku buat dalam keadaan yang teramat kelam kabut. Time nak habis. setelah hampir 40 minit aku dalam CC baru idea datang nak buat entry ni.
Kadang-kadang memang aku akan ke CC untuk update blog. Tapi selalunya kalau dekat CC aku blogwalking jer.
Idea ni terbit apabila aku terbaca entry salah seorang sahabat blog aku. Bro Fairus. Kepada bro Fairus.... Entry ni aku buat khas untuk ko. Aku respek ko bro atas semangat ko. Rajin sungguh ko pergi CC semata-mata untuk melihat blog, membalas komen dan berblogwalking...Kalau dah ke CC, paham2 lah, kena lah hulur kan. Memang rasa tak aman kalau update kat CC sebab terassa dikejar masa!!
Ok... Time out!!
P/S : Bro Fairus. Apasal tak boleh komen kat entry ko tu?? Admin 8:21 PM New Google SEO Bandung, Indonesia

Salam sahabat-sahabat sekalian. Balik kerja terus on komputer. Buruk tul perangai. huhuhu... Sila jangan ikut. :)
Korang tahu apa itu penyakit "Gila Update"? Haaa...Penyakit ni bukanlah penyakit gila meroyan k. hukhuk....
Sindrom Gila Update atau BUKAN dalam bahasa Sepanyolnya "Craziatoz Updiates Sindromon" merujuk kepada kekerapan seseorang blogger itu mengupdate blog mereka. Kebiasaannya penyakit ni menular kepada mereka-mereka yang baru membuka blog sebab masih banyak idea. Tidak kurang juga kepada mereka yang dah lama berblogging dan sememangnya diorang ni banyak idea. Tak kiralah Idea tu idea yang bernas atau pon idea yang merapu meripan. Kadang tu 3-4 entry sehari. Situasi ni pernah berlaku terhadap diri aku juga k.
Seperti yang kita semua tahu. Kekerapan seseorang blogger itu mengupdate blog menunjukkan seseorang blogger itu seorang yang aktif menulis dan banyak idea. Dari sudut SEO juga ianya memberi kesan yang agak baik terhadap blog tu dari segi Page Rank atau apa sahaja lah penganugerahan dari pakcik Google tu (Aku tak arif dalam SEO, jangan tanya aku)
Dari pemerhatian abang-abang Nuffnang pula, kekerapan mengupdate blog mampu menyumbangkan Buffered Earning kepada blog tersebut.
Namun begitu, disebalik kelebihan mereka yang rajin update blog atau yang banyak idea ni, ada juga keburukannya. Ada Pro dan Contranya. Entry aku ni lebih merujuk kepada blog yang kurang mesra SEO macam blog aku k dan lebih mengharap kepada kunjungan rakan-rakan blog didalam usaha meningkatkan bilangan traffik blog. Sekiranya seseorang blogger tu terlalu kerap mengupdate blog, ianya mungkin akan menimbulkan sedikit kesukaran kepada pembaca-pembaca blog tersebut. Bukan kesukaran untuk membaca entry-entry mereka. tetapi kesukaran untuk mengejar masa didalam membaca kesemua entry-entry terbaru mereka. Jika sehari 1-2 entry mungkin boleh diterima. Tapi jika 3, 4 atau 5 entry sehari bagaimana? Kena pula 1 entry tu panjang berjela, nak habiskan 1 entry memakan masa 10-15 minit. Kemungkinan besar pembaca hanya akan membaca entry yang terpaling-paling terbaru atau terkini ataupon yang mereka rasakan mereka ingin membaca entry tersebut. Lebih memburukkan keadaan, entry-entry tu semua entry merapu meripan. Perlu diingat bahawa sesetengah pembaca perlu merayap bukan 1 2 blog sahaja, mungkin ada yang perlu berbogwalking sehingga 10-20 blog rakan-rakan yang lain. Sekiranya masa yang diperuntukkan untuk membaca entry-entry pada blog tu sahaja memakan masa 30 minit. Rasanya ianya sedikit membebankanlah. Bila dah beban, mungkin hanya 1-2 entry sahaja yang dibaca dan dikomen. Sesetengah pembaca mungkin mereka hanya sekadar ingin meninggalkan jejak atau membuat komen balas daripada blog mereka yang telah dikomen. Ingat perkataan ni..."sekadar". Sekadar bermaksud.."Oklah tu, aku dah buat kunjungan balas, aku dah komen. Kiranya aku dah melawat blog ni. Aku nak melawat blog lain pulak.Bye!". Nampak? Perkara ni mungkin berlaku k walaupon pembaca tu adalah pembaca tegar blog tersebut. Masa amat terhad.
Dalam perkara ni, aku rasa kualiti penulisan tu adalah lebih penting berbanding kuantiti. Tak salah pon sebenarnya kalau nak buat 3-4 entry sehari. Korang punya blog, korang punya pasallah kan. Ok. Tapi kalau semua entry-entry tu cerita pasal kisah peribadi, jatuh cinta, jatuh moto, gaduh ngan pakwe makwe apa segala tak kena juga kan. Aku rasa lebih baik update hanya sekali sehari tetapi kandungannya memberi informasi. Kekerapan sesuatu blog itu diupdate bukan kunci untuk mengekalkan pelawat atau pembaca, tetapi intipati atau input yang bakal diterima oleh pembaca itu sendiri.
Entry ni aku buat bukan sebab aku jeles kepada blog-blog yang rajin update erk sebab sekarang aku agak jarang update. Tetapi sekadar perkongsian pendapat aku jer ler. Apa-apa pon aku tetap respek cara berblogging blogger-blogger lain dan aku pegang kata-kata "blog aku, aku punya pasal!"
Sekarang ni aku manage waktu, hari ni aku buat entry, esok blogwalking. Nak buat dua-dua aktiviti ni. 24 jam pon tak cukup baiii... Aku bukan full time blogger. Ahakz!
P/S : Jangan ada yang terasa tau. Ni pendapat aku jer.
P/S : Nak baca semua entry-entry baru member, tapi masa jeles sangat kat aku. Yai!! Admin 10:48 AM New Google SEO Bandung, Indonesia

Assalamualaikum semua. Masih ingat pada entry aku bertajuk Theme Dan Peranannya ? Pada entry aku tu aku ada gtahu yang aku akan kasi tuto cara menukar template atau mendownload template yang bukan daripada blogspot basic template. Dah nama pon blogspot kan, so tuto aku ni aku lebih fokus kepada mereka yang menggunakan hosting percuma Blogspot lah yer. Yang berbayar Wordpress tu, aku pon tak tahu sebab aku blogspot jer. hehehe....
Kenapa aku buat tutorial ni? Walaupon tutorial ni mungkin terlalu basic terutama yang menggunakan blogspot tu, tapi mungkin kita terlepas pandang kepada diorang yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog ni. Aku dulu mula-mula nak tukar template tak tahu caranya. Tak tahu nak download file, nak extract file tu dan seterusnya mengupload ke dalam blog aku. Aku cuma mengharap pada template yang telah tersedia ada kod HTMLnya. Tak perlu download apa semua. Tinggal copy paste jer kodnyer tu. Huhuhu...
"Tahunya seseorang tu pada sesuatu perkara, bermula dari ianya tidak tahu dan rasa ingin tahu." :P
PremiumBloggerTemplates adalah salah satu sumber yang aku selalu pergi untuk menukar template aku. Template-template yang ada disana menarik-menarik juga. Terdapat banyak lagi sumber yang boleh diperoleh. Google sahaja.
Langkah-langkah :
1. Pilih template yang berkenan dihati
Tips : Sekiranya satu-satu blog tu ada niche tertentu, eloklah pilih design yang menjurus kepada niche tersebut. Aku tak tahu kenapa tapi aku pernah terbaca ianya sedikit sebanyak dapat membantu SEO. Kalau bukan kerana SEO sekali pon, template yang menjurus kepada niche blog tu mungkin criteria/rekabentuk template dia lebih baik dari template lain kan. Contoh, blog tu tentang Gadget, maka template yang paling sesuai mungkin "Gadget Fan". Kalau boleh pilih yang background dia putih atau cerah. Nampak lebih pro :P
2. Download file template.
Klik button download. Sekiranya ianya tidak didownload secara auto, klik button download pada page yang keluar selepas page yang pertama tadi.
3. Siap di download, buka file tersebut. Klik pada folder file tersebut seterusnya extract file tersebut ke mana-mana location yang diinginkan. Nak senang extract je ke dalam Desktop.
4. Log-in blog, klik "Dashboard", klik "Edit HTML", klik "Download full template". Download full template sebagai back-up. kalau jadi apa-apa pada blog tu selepas template ditukar, template asal boleh guna balik.
5. Klik "Choose File". Cari dimana file tadi di extract. Macam contoh tadi, di desktop. Dari file folder tadi, cari "XML Document". Dah jumpa, upload file XML tadi.

6. Sekiranya keluar "warning box" seperti dibawah. Klik "Keep Widget"
7. Lihat blog bersama template baru tadi, dan godek2lah kedudukan widget didalam ruangan "Page Element".
8. Setkan kembali Meta-Tag blog yang baru daripada blog asal. Tukar template baru. Meta-Tag hilang. Rujuk Template blog yang lama. Copy paste yang patut dari template lama ke template baru. Siap.
P/S : Hati-hati kepada yang belum biasa. Jangan sampai blog jahanam ok. Back-up! Better buat "try n error" pada "blog try n error" terlebih dahulu.
P/S/S : Segala kerosakan blog adalah tanggungjawab sendiri :)
Admin
3:18 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaAssalamualikum semua...
Rasanya korang pasti tahu perumpamaan di atas kan?? Saper tak tahu....??
Maksudnya sesuatu perkara tu yang kita belum pasti akan memberi pulangan kepada kita, tetapi kita terlalu mengharapkan pulangan darinya kerana dikaburi oleh pulangan-pulangan yang lumayan. Sedangkan sesuatu yang telah memberi pulangan kepada kita telah kita lupakan hanya kerana pulangan nya yang kurang lumayan.
Perkara ni seringkali berlaku kepada mereka-mereka yang agak rakus. Contoh terbaik adalah..... aku. huhu....
Masih ingat akan projek aku yang aku ceritakan pada korang? Ya, entry ni masih berkisar tentang projek aku tu :) Setelah puas aku menggoogle, rupa-rupanya bukan lah sesuatu yang mudah untuk mendapatkan hasil daripada projek aku tu. Memerlukan masa dan kesungguhan untuk belajar selok belok pembinaan PHP kod yang sememangnya agak memeningkan kepala.
Kerana terlalu taksub akan "Pendapatan Lumayan Yang Segera". Beranggapan aku akan mendapat pulangannya pada hari "esok", aku langsung melupakan blog aku ni yang TELAH pon memberi kan pulangan kepada aku. Walaupon tidak banyak tetapi ianya telah membuahkan hasil kepada aku. Dan jika aku terus berusaha membangunkan blog aku ni, tak mustahil juga aku akan mendapat pulangan yang tidak kurang lumayan juga, mungkin lebih lumayan dari projek aku tu (tak yah lumayan la, sekurang-kurang merasa hasilnya dah kira ok. kan). Yang penting, usaha yang berterusan dan tidak memikirkan pulangan yang terlalu cepat untuk satu-satu usaha tu.
Kini aku seperti tersedar dari mimpi yang panjang. Mimpi buruk!! Mimpi buruk aku bersama dengan "pembelajaran hidup" yang baru, "Jangan terlalu mengimpikan sesuatu yang belum pasti!! Takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
Yang baik jadikan teladan yang tidak jadikan lah ia sempadan :)
Semangat berblog aku kembali!!! Nantikan entry-entry aku yang lebih hangat selepas ini... Dah lama tak blogwalking. Sorry...
P/S : Masih pening dengan projek aku tu... Benda dah tahu basics, belajar jer lah kan. Tak kan kerana susah sikit, terus tutup buku :P Yang pasti aku tak kan dapat pulangannya "esok"
Meh baca sini juga. Nice entry!!
Admin
11:42 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia