Home » , , » Sindrom Gila Update

Sindrom Gila Update

Salam sahabat-sahabat sekalian. Balik kerja terus on komputer. Buruk tul perangai. huhuhu... Sila jangan ikut. :)

Korang tahu apa itu penyakit "Gila Update"? Haaa...Penyakit ni bukanlah penyakit gila meroyan k. hukhuk....
Sindrom Gila Update atau BUKAN dalam bahasa Sepanyolnya "Craziatoz Updiates Sindromon" merujuk kepada kekerapan seseorang blogger itu mengupdate blog mereka. Kebiasaannya penyakit ni menular kepada mereka-mereka yang baru membuka blog sebab masih banyak idea. Tidak kurang juga kepada mereka yang dah lama berblogging dan sememangnya diorang ni banyak idea. Tak kiralah Idea tu idea yang bernas atau pon idea yang merapu meripan. Kadang tu 3-4 entry sehari. Situasi ni pernah berlaku terhadap diri aku juga k.

Seperti yang kita semua tahu. Kekerapan seseorang blogger itu mengupdate blog menunjukkan seseorang blogger itu seorang yang aktif menulis dan banyak idea. Dari sudut SEO juga ianya memberi kesan yang agak baik terhadap blog tu dari segi Page Rank atau apa sahaja lah penganugerahan dari pakcik Google tu (Aku tak arif dalam SEO, jangan tanya aku)
Dari pemerhatian abang-abang Nuffnang pula, kekerapan mengupdate blog mampu menyumbangkan Buffered Earning kepada blog tersebut.

Namun begitu, disebalik kelebihan mereka yang rajin update blog atau yang banyak idea ni, ada juga keburukannya. Ada Pro dan Contranya. Entry aku ni lebih merujuk kepada blog yang kurang mesra SEO macam blog aku k dan lebih mengharap kepada kunjungan rakan-rakan blog didalam usaha meningkatkan bilangan traffik blog. Sekiranya seseorang blogger tu terlalu kerap mengupdate blog, ianya mungkin akan menimbulkan sedikit kesukaran kepada pembaca-pembaca blog tersebut. Bukan kesukaran untuk membaca entry-entry mereka. tetapi kesukaran untuk mengejar masa didalam membaca kesemua entry-entry terbaru mereka. Jika sehari 1-2 entry mungkin boleh diterima. Tapi jika 3, 4 atau 5 entry sehari bagaimana? Kena pula 1 entry tu panjang berjela, nak habiskan 1 entry memakan masa 10-15 minit. Kemungkinan besar pembaca hanya akan membaca entry yang terpaling-paling terbaru atau terkini ataupon yang mereka rasakan mereka ingin membaca entry tersebut. Lebih memburukkan keadaan, entry-entry tu semua entry merapu meripan. Perlu diingat bahawa sesetengah pembaca perlu merayap bukan 1 2 blog sahaja, mungkin ada yang perlu berbogwalking sehingga 10-20 blog rakan-rakan yang lain. Sekiranya masa yang diperuntukkan untuk membaca entry-entry pada blog tu sahaja memakan masa 30 minit. Rasanya ianya sedikit membebankanlah. Bila dah beban, mungkin hanya 1-2 entry sahaja yang dibaca dan dikomen. Sesetengah pembaca mungkin mereka hanya sekadar ingin meninggalkan jejak atau membuat komen balas daripada blog mereka yang telah dikomen. Ingat perkataan ni..."sekadar". Sekadar bermaksud.."Oklah tu, aku dah buat kunjungan balas, aku dah komen. Kiranya aku dah melawat blog ni. Aku nak melawat blog lain pulak.Bye!". Nampak? Perkara ni mungkin berlaku k walaupon pembaca tu adalah pembaca tegar blog tersebut. Masa amat terhad.

Dalam perkara ni, aku rasa kualiti penulisan tu adalah lebih penting berbanding kuantiti. Tak salah pon sebenarnya kalau nak buat 3-4 entry sehari. Korang punya blog, korang punya pasallah kan. Ok. Tapi kalau semua entry-entry tu cerita pasal kisah peribadi, jatuh cinta, jatuh moto, gaduh ngan pakwe makwe apa segala tak kena juga kan. Aku rasa lebih baik update hanya sekali sehari tetapi kandungannya memberi informasi. Kekerapan sesuatu blog itu diupdate bukan kunci untuk mengekalkan pelawat atau pembaca, tetapi intipati atau input yang bakal diterima oleh pembaca itu sendiri.

Entry ni aku buat bukan sebab aku jeles kepada blog-blog yang rajin update erk sebab sekarang aku agak jarang update. Tetapi sekadar perkongsian pendapat aku jer ler. Apa-apa pon aku tetap respek cara berblogging blogger-blogger lain dan aku pegang kata-kata "blog aku, aku punya pasal!"

Sekarang ni aku manage waktu, hari ni aku buat entry, esok blogwalking. Nak buat dua-dua aktiviti ni. 24 jam pon tak cukup baiii... Aku bukan full time blogger. Ahakz!

P/S : Jangan ada yang terasa tau. Ni pendapat aku jer.
P/S : Nak baca semua entry-entry baru member, tapi masa jeles sangat kat aku. Yai!!

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

38 comments:

  1. Nice article..
    Aku suka cara olahannya.
    Memang sindrom ni ada berlaku pada semua blogger bukan shj pd blogger baru. Pd aku, aku jrg buat entri lebih dari satu pd hari yg sama.. kalau ada, itu tandanya aku tersalah letak tarikh dan waktu (auto publish).. hi hi

    ReplyDelete
  2. Setuju ngan apa yg diperkatakan..

    Selalu buat 1 update sehari..
    kalau lebih, mmg join segmen la tu..

    Entry terbaru padlie: Sains itu mudah?

    ReplyDelete
  3. hehehe sindrom?

    ada penawar tak?

    ReplyDelete
  4. gila update, gila traffic, gila BE, gila SEO, gila PR... dulu dsimple je.. gila je masuk tanjung rambutan... sekarang banyak jenis pulak... doctor pun pening hehe..

    ReplyDelete
  5. sindrom yang takda ubat... huhu

    ReplyDelete
  6. salam..
    ermmm..saya setakat nih
    satu entri je sehari..memadai..
    bab SEO tu mempengaruhi Alexa..
    tidak pada google..kita kena
    sebarkan entri kita sebanyak mungkin
    di laman sosial seluruh dunia..jangan
    peduli orang baca ke tidak..yang nyata
    ada link kita..secara tak langsung mudah
    di access google (cara saya..)

    ReplyDelete
  7. @fikrynrasanya aku pernah buat max 3 entry kot sehari. kisah dolu kala.hehe

    ReplyDelete
  8. @padlieterima kasih padlie atas persetujuan tu :)

    sajer tulis entry ni.apa pon terpulang pada owner tu :)

    ReplyDelete
  9. @Panglima Hitampenawar erk?? penawar diaaa......errr.... penawar dia ubat batuk. hahahaha..lari topik. kekeke

    ReplyDelete
  10. ye ye je bahasa sepanyol dia. hahaha!!!!

    ReplyDelete
  11. @papabearpenyakit ni doktor pon tak tahu nak ubatkan macam mana papabear. huhu

    ReplyDelete
  12. @Ziktak per bro.penyakit ni tak merbahaya.hehe

    ReplyDelete
  13. @zulkbosaya selalu ping kat FB, GOOGLE,innity.tu jer. tak banyak saya ping entry blog.dulu ada gak ping kat Digg.sekarang tak lagi.oo..mempengerahui alexa.maksud tak paham sangat tentang alexa ni.

    thanx bro zul untuk komen. :) sama-sama kita berkongsi pendapat

    ReplyDelete
  14. @gadisBungahehehehehehe....... malu iii..wakaka

    ReplyDelete
  15. Jai sekarang dah merabah.. Kalo dulu sehari sekali, pastu 2 3 hari sekali, sekarang 7 hari sekali..ha3. Sama macam bro jugak la, masa tu jeles kat Jai..hu3

    ReplyDelete
  16. ttp mata tdo ar dulu hee...

    sklu suri sllu buat dua entri..belah patng ..klu tak der buat apa2 mlm tu freee nampak gayannya klu ada idea akan menyusul enrti kedua belah malam hee...

    apapun pastikan semua pkra setel dulu..family..pray baru senag nak beblog semula heee..

    ReplyDelete
  17. btol tu...org selalu bace entry terbaru je...bile update selalu ntah ape2 entry pon keluar nanti..

    ReplyDelete
  18. SAMALAH AKU BRO.. SUKA BUAT ENTRY JUGAK.. KALAU TAKDE IDEA, AKU BLOGWALKING SAJE KAT BLOG MEMBER2..

    ReplyDelete
  19. wa hapdet sehari sekali je..tak larat coz kje opis pun melambak wei huhuhhuhh..
    tapi wa respek org yg leh hapdet sehari smpai 3-4 kali..depa tak makan ke huhuhhuhhh

    ReplyDelete
  20. salam

    heheh...sikit2 sudah,,,,

    ReplyDelete
  21. Saya mengaku pernah terjadi kepada saya semasa mula-mula buka blog sebab itu masih naif lagi. :-)

    ReplyDelete
  22. @decrewzaku pon sekarang dah jarang update.huhuhu

    ReplyDelete
  23. @surikalau banyak masa bolehlah buat entry 2-3 entry. masa tak mengizinkan.24 jam depan komputer tak kena juga.kan :)

    ReplyDelete
  24. @faizaku tengok gak.kadang baca juga la 2 entry yang terbaru kalau banyak sangat yang terbaru. kalau boleh nak baca semua tapi tak sempat..

    kadang aku yang lama tak lawat blo tu. tu yang banyak ketinggalan tu. Hmm

    ReplyDelete
  25. @Fairus Bin Mamataku sekarang jarang update sikit. aduhaiii

    ReplyDelete
  26. @sahromnasrudinsaya pon boleh update 3-4 entry sehari bro.tapi tak tahulah berapa ramai yang masiuk blog saya sebab masa blogwalking dah tak der.hmm

    ReplyDelete
  27. @sissyirasalam syira...
    apa-apa pon terpulang kepada blogger tu sendiri...kan :)

    ReplyDelete
  28. @akubiomedbiasalah bro. mula-mula berblog.saya pon dulu macam tu gak. hehe..belajar dari pembelajaran

    ReplyDelete
  29. betul la tu....penat jugak la nk ligan baca sume entry depa sume tu kan..huhuhu

    ReplyDelete
  30. amry.. aku lak dah kena sindrom malas nk komen camne? haha.. kebelakangan ni byk jadi silent reader ja.. jadi malas nak menaip..

    dulu aku ada polo satu blog ni sehari ada la dia update lebih 4x.. asyik aku baca+komen tp dia langsung tak jengah balik aku (dan rasanya pengkomen2 dia yg len).. so unfair la gitu.. kalau rajin update kena la rajin return org len punya visit kan..

    -aku masih dalam mode malas-

    Latest Post :
    Mesti Baca : Status Updates FB Yang Teringin Kita Jawab

    ReplyDelete
  31. @misreramaaku kalau banyak sangat entry yang tertingga, baca yang terpaling latest jer.hehe

    ReplyDelete
  32. @Tupai Karandia tak paham lagi la tu maksud berblogwalking yang sebenar...aku ada gak komen kat blog2 macam tu..apa aku buat..?

    1. aku tengok,kalau dia lelaki...hensem..dan pengomen dia hanya ramai wanita...dia jenis pilih jantina untuk dia blogwalking :) memang aku tak g dah blog tu. begitu juga kaau blog tu blog perempuan.

    2. kalau 5 6 kali aku jengah,dia tak jengah,aku tak jengah dah.tapi sesekali mungkin aku jengah juga. bersandarkan pada kata-kata...semangat berblogging :)

    ReplyDelete
  33. hahahaha tahu xpe.. tu semngat gler tu,
    aku pernah gak awal2 dlu mcm tu,
    sejak bz ni, kengkadang je lah boley update..
    bgus2.. fakta yg betul

    ReplyDelete
  34. @Mr. Ksama la bro.aku dulu pon macam tu gak.ingat selalu update kire tegar a kan.huhu..tapi dah lama-lama ni,sedar akan fakta ni.huhu..sekarang pon aku jarang sikit dah update.
    thanx bro :)

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment