Home » , » Padlie - You Are The Best!!!

Padlie - You Are The Best!!!


Huh..tengah-tengah aku berblogwalking di rumah, aktiviti aku terhenti. Aku stop aktiviti aku untuk berblogwalking untuk membuat entry ni. Entry khas untuk rakan blog aku. Padlie. Entry ni adalah entry aku yang kedua yang aku buat melibatkan rakan blog aku. Sebelum ni aku buat entry tentang semangat rakan aku juga didaam dunia blogging ni. "On The Cyber Cafe" Amry's Blog - BUKAN SEKADAR BLOG. Aku ingin merealisasikan tagline aku. Aku berblog bukan sekadar menulis, bukan sekadar memberi pandangan pendapat, atau suka-suki menulis untuk mencari sedikit $$$. Aku ingin pergi lebih jauh dengan blog aku ni. Aku ingin mewujudkan satu perhubungan diantara aku dan rakan-rakan blogger yang lain. Biarpon hanya melalui dunia maya.

Padlie... Aku lupa bila aku kenal si Padlie ni dalam dunia maya ni, tapi dia terlebih dahulu berkunjung ke blog aku dan hubungan aku dengan si padlie berterusan dengan saling membalas kunjungan dan meninggalkan komen.  Perkenalan aku masih baru dengan Padlie. Aku masih tak dapat berkenal rapat dengan insan bernama Padlie ni. Tapi yang aku pasti....Dia adalah seorang yang sangat TABAH dan KUAT. Dan sedikit nakal :) Aku rasa aku tak nak cerita kat sini tentang Padlie. Lebih molek korang sendiri melawat blog dia. Ok. :) (Mungkin ada antara pembaca blog ni pernah melawat blog Padlie, dan ada yang tidak pernah. So, ini adalah salah satu cara untuk aku mengeratkan hubungan diantara kita para blogger dengan mengarah korang pergi sendiri ke blog tu. Boleh? :) )

Dalam pada aku berblogwalking di blog si Padlie ni, aku baca entry pendek dia bertajuk "Bila Padlie Kusyuk MenGoogle" Pada mulanya aku ingat ianya hanyalah entry santai bersahaja. Tetapi telahan aku melesat. Di dalam entry tu ada disertakan link download majalah. Majalah berunsur artis gamaknya. Aku tak minat sangat pasal artis. So aku tak naklah download. Terbaca pula pada komen yang diberikan. Rupa2nya ada kisah Padlie di dalam majalah tu. Apalagi lajulah aku mendownload.... Dan kisah si Padlie ni dalam majalah tu.....sungguh membuat aku KAGUM pada rakan aku ni!

Walau serba kekurangan dengan faktor fizikal, tetapi dia seorang yang sangat KUAT, TABAH dan CEKAL! Aku betul2 kagum dengan semangat yang ada pada Padlie. Aku walaupon dilahirkan dalam keadaan yang sempurna hingga kini, tidak mampu menyaingi kehebatan dan kecekalan Padlie yang serba kekurangan tu. Dalam keadaan dirinya yang sukar itu, dia tidak menjadikan kekurangannya itu sebagai batu penghalang untuk dia berjaya! Malah dia mungkin tidak menganggap lansung dirinya seorang insan yang lemah! Ya. Dia seorang  insan yang BERJAYA!

*** Jangan menjadikan kekurangan didalam diri seseorang itu sebagai batu ukur kejayaan dirinya.
*** Jangan sesekali menghina mereka yang lemah. Kerana disebalik kelemahannya itu, terselit kekuatan yang     mungkin tidak ada pada diri kita yang sempurna ini.
*** Jangan jadikan kekurangan diri sebagai batu penghalang didalam menempuh kejayaan.
Mungkin korang masih blur2 tentang si Padlie ni dan kenapa aku begitu memuji dia dan apa yang sebenarnya berlaku kepada si Padlie ni. Korang boleh lah melawat ke blog si Padlie ni sekarang. Jangan lupa download dan kenali siapa si Padlie ni. Ok??

Padlie - You Are The Best!!!

P/S : Padlie..Umur awak berapa tahun yer?? Kalau lebih tua nak panggil "abang Padlie" hehe

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

40 comments:

  1. tula..malu lihat org xsempurna tapi mempunyai semangat yg lebih tinggi dari kita...

    ReplyDelete
  2. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!Hm...itulah pasal bro..

    ReplyDelete
  3. salam

    aku menulis kerana kepuasan...

    ReplyDelete
  4. Terbaik....nampaknya dah berjaya misi utk mengeratkan silaturrahim...

    Terus aku terjah blog padlie ni..

    Moga terus kekal aktif menyumbang manfaat...

    ReplyDelete
  5. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!salam syira.setiap orang ada tujuan dia yang tersendiri didalam berblog. kan? :)

    ReplyDelete
  6. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!Thank you bro :)

    ReplyDelete
  7. dah donlod dan baca kisah padlie.. kagum dengan semangat yang depa ada. kita ni pulak slalu komplen xcukup yg ni xcukup tu, jarang nk bersyukur kan. one good example utk motivate kita :)

    Latest Post :
    Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Amry..
    Tinggi sangat pujian awak.. malu plak huhu
    Saya ni biasa2 je...

    Saya pangkat Abang rasanya. Tahun 82.. Tp leh panggil padlie je.. ;)

    ReplyDelete
  9. Dah terjah bro.. Siap dolod lagi..he3
    Cite dia yang pasal Afiq tu ke?

    ReplyDelete
  10. hebat la si padlie..pangkata dik dgn sy..su panggil dim padlie je la..bole kot heheheee

    ReplyDelete
  11. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!Betul tu...kuat kan semangat kawan kkita ni..kalau aku tak tahulaa

    ReplyDelete
  12. bro ko ni baguslah bro, friendly..
    org mcm ko ni senang buat kawan,
    pandai hargai setiap member2 ko,

    ReplyDelete
  13. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!sama-sama padlie :)
    awak luar biasa padlie :) awak seorang yang sangat kuat. bukan semua orang boleh bertahan macam padlie. kalau saya tak tahu la..mau terperuk jer kat bilik..Hmm

    ReplyDelete
  14. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!terima kasih jai.
    bukan afiq ler jai.tapi syarizal. cerita 2 :)

    ReplyDelete
  15. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!Kena tanya tuan badan bro din.hehe..terima kasih kerana support :)

    ReplyDelete
  16. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!tak la friendly sangat bro.kat luar aku agak pendiam.tapi kalau member2 rapat aku,aku memang selalu buat lawak sengal ngan diorang.hehe

    ReplyDelete
  17. SETIAP MANUSIA ADA KELEBIHAN DAN KEKURANGANNYA.. KITA YANG SEMPURNA INI HENDAKLAH SENTIASA BERSYUKUR KEPADANYA.. SYUKUR YA ALLAH..

    ReplyDelete
  18. nanti ai jenguk.

    kemain semangat kamu berblog sekarang. bagus..bagus!

    ReplyDelete
  19. usaha yang bgus..aku pon leh kenal ngn abg padlie nih..hehehe

    ReplyDelete
  20. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!betul!!hehe

    ReplyDelete
  21. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!betu tu bro...janganla duk merungut sana merungut sini

    ReplyDelete
  22. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!hehe...tq tq...malu ii..waaakakaka

    ReplyDelete
  23. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!sila la kenal2 bro.hehe

    ReplyDelete
  24. apa yang saya tahu saya nak kongsi pd semua..apa y tak tahu harap org lain shere pada sy juga heeee

    ReplyDelete
  25. Owh, nape jai tengok muka afiq tu sama macam Padlie je..he3

    ReplyDelete
  26. jadikan kekurangan untuk terus maju

    ReplyDelete
  27. owh mcm tu pulak?
    diam2, tpi kat dlam blog len lak, haha

    ReplyDelete
  28. hurmm.. semangat sy xstinggi die..

    ReplyDelete
  29. mama dah pernah pegi blog padlie sblm ni & dah pun baca artikel tu. mmg kagum sgt sgt dgn ketabahan dia. He's a role model.

    ReplyDelete
  30. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!ya betul betul...saya pon sama macam tu.hehe

    ReplyDelete
  31. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!sama ker?tak la Jaii..hehe

    ReplyDelete
  32. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!tapi tak semua dapat jadikan kekurangan tu untuk terus dia maju..kena ada semangat yang kuat maca padlie ni.

    ReplyDelete
  33. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!itu lah pasal bro.hehe

    ReplyDelete
  34. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!sama la kite cik rimau oiii

    ReplyDelete
  35. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!ye.ada nampak mama komen sebelum saya komen..memang padlie ni seorang yang tabah kan mama...tak semua orang sekuat dia termasuk kita yang sempurna ni

    ReplyDelete
  36. kita ni pulak kadang kadang yang serba normal serba ada tak reti nak bersyukur.. haish..

    ReplyDelete
  37. eratkan hubungan diantara satu sama lain.. cayalah bro... terjah2...

    ReplyDelete
  38. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!ITULAH PASAL BRO..TERMASUKLAH AKU NI HAA

    ReplyDelete
  39. @Spam Detected! Link aktif otomatis terhapus!!!terjah.jangan tak terjah.bro padlie ni pon ok tau.kita terjah,insyaallah dia terjah balik :)

    ReplyDelete

Blog Archive

Thanks For Your Comment

M: Thanks for info...fairus: Kalau Ketua Polis dah beritahu begitu. Kita terima ...fairus: Kisah sebenarnya, budak tu memang mencuri bro.. fairus: Well said #sayaZahrafairus: Ape cerita kes diorang sekarang? dah senyap je..Powered by Sneeit