![]() |
| SEO Consultant |
Entry ni bukanlah aku nak cerita tentang apa itu SEO. Aku nak cerita, aku sendiri pon tak khatam bab SEO ni. Senang citer SEO ni adalah singkatan untuk Search Engine Optimization. Ianya adalah teknik-teknik didalam mengoptimalkan web untuk tersenarai didalam enjin carian. Nak bagi lagi 'senang' cerita....bukan 'senang' untuk mengoptimalkan laman web tu supaya sentiasa tersenarai di dalam enjin carian terutama page pertama enjin carian tersebut kerana kedudukannya sentiasa berubah-ubah. Kenapa boleh jadi macam tu... Jangan tanya aku :P
Apa pula SEO Consultant? Consultant bermaksud penasihat. Penasihat SEO ni bermaksud membantu pemilik-pemilik laman web ini untuk menyenaraikan laman web mereka di dalam enjin carian. Nasihat disini bukan macam bagi nasihat la tapi lebih kepada diorang setkan atau optimalkan laman web tersebut untuk disenaraikan didalam enjin carian. Dan sudah tentu ianya bukan percuma. Ada yang mengenakan bayaran bulanan iaitu consultant ni sentiasa memantau perkembangan satu-satu laman web tersebut. Ada pula yang mengenakan hanya sekali bayaran dimana mereka akan berikan tip-tip atau software untuk mengoptimalkan laman web supaya tersenarai didalam enjin carian dan kita lakukan tip-tips itu sendiri. Persoalannya..... Berbaloikah menggunakan servis-servis mereka ini? Berbaloikah melaburkan duit untuk mendapatkan servis-servis dari SEO consultants ini?
Mungkin ada penyedia-penyedia servis ini yang sememangnya mampu membuatkan satu-satu lama web tersebut tersenarai didalam enjin carian tetapi perlu berhati-hati kerana bimbang sekiranya mereka menggunakan teknik yang salah atau 'Black Hat' yang mana satu-satu laman web tersebut mungkin akan di banned oleh Google.
Sekiranya korang pernah terjumpa laman web laman web yang menyediakan servis seperti ini yang menyatakan bahawa mereka mampu menyenaraikan laman web di tangga teratas enjin carian, Kemungkinan ianya hanyalah gimik semata-mata. Mereka mungkin hanya ingin mengaut keuntungan sahaja dengan alasan kita tidak tahu untuk mengoptimalkan laman web tersebut.
Betul SEO ini sukar dan ramai yang tidak tahu teknik-teknik SEO ni termasuklah aku. Tetapi rasanya banyak sumber-sumber yang boleh didapati yang menyediakan tips-tips SEO ini tanpa sebarang bayaran yang mana jika kita mengikut teknik-teknik yang betul, tidak mustahil untuk membuatkan laman web tersebut tersenarai didalam enjin carian. Sanggup tak sanggup jer. Blogger di Malaysia ni pon ramai yang hebat-hebat dan pakar-pakar SEO. Google jer dan pasti akan terjumpa tips-tips yang diorang bagi










