Home » , » Peluang Jana Wang Dengan IPanelonline!!

Peluang Jana Wang Dengan IPanelonline!!

IPanelonline
Salam rakan-rakan sekalian..
Sape nak buat duit online sila angkat kedua-dua belah kaki selama 10 saat tanpa duduk atau menampan menggunakan tangan! Huhuhu....

Tengah-tengah aku berblogwalking, aku terjumpa satu entry ni di blog Sissyira yang menceritakan tentang program jana wang online IPanelonline.. Disebabkan aku ni addict la juga tentang duit ni, aku pon try la lawat laman web IPanelonline ni... Merayap-rayap jap dalam laman web tu, rupa-rupanya program jana wang ni adalah program survey. Program Survey k, bukan "Paid Per Survey" Kenapa aku cakap bukan Paid Per Survey sebab survey yang dilakukan tidak terus dibayar sebaliknya diberikan mata atau point. Maksudnya kena kumpul point dululah baru boleh ditukarkan kepada hadiah atau wang tunai. Nilai minima point atau mata yang diperlukan untuk menebus mata ganjaran adalah serendah 520 mata. Bersamaan........... RM5!!
Ayak! penat wei nak kumpul 520... dapat RM5 jer.. Huhuhu...

Rayap punya rayap, aku pon try lah join.... Sebab...... Pendaftaran percuma baiii... Kalau dah percuma tu, cuba jer lah kannnn.... Bukan aku kuar duit pon. Huhuhu.... Apabila korang mendaftar, korang akan terus mendapat 50 mata dari pendaftaran korang tu...

Daripada apa yang aku baca didalam laman web tu, ada dua cara untuk mendapat point iaitu
1. Membuat survey
Setiap survey yang dilakukan, korang akan mendapat point. Nilai point adalah bergantung kepada tahap kesukaran satu-satu survey tersebut. Setakat ni yang aku tengok paling tinggi 5 point satu survey. Senang jer survey dia. Objektif.
2. Mencari Referral.
Referral adalah orang yang mendaftar dibawah korang. Setiap seorang berjaya mendaftar dibawah korang, korang akan mendapat 50 mata. So Referral income ni la yang nak buat duit pon kan...

Belajar dari pengalaman.... Aku pon tanyalah pakcik Google pasal IPanelonline ni samada ianya Scam atau pon tidak. Aku tengok IPanelonline ni macam baru lagi di Malaysia ni. Rata-rata ramai yang masih belum tahu akan kewujudan program jana wang ni. Disebabkan masih baru... So tak jumpa lagilah suara-suara sumpah seranah tak dapat cash-out kan. Rata-ratanya dapat cash-out.. Tak tahulah pada masa akan datang pulak.

Waktu aku masuk laman web IPanelonline ni, aku agak pelik dari segi bahasa melayu dia. Rasa-rasa budak darjah 6 lagi bagus tatabahasa dia. Muahahaha... So aku pikir yang memperkenalkan program jana wang ni adalah orang cina Malaysia sebab ada sikit-sikit tulisan cina. Rupa-rupanyaaaa..... Betul la apa yang aku pikir tu.... Orang cina yang buat program ni! Tapi...... Bukan cina Malaysia, cina ori punya ni. Shanghai mariiii
Refer sini. Program ni dah wujud sejak 2004! Dah 7 tahun!! Dan program ni bukan setakat di Malaysia, malah dah masuk beberapa negara-negara lain seperti New Zealand, Australia, Korea Selatan, Vietnam, India, Indonesia dan banyak lagi.

Setakat tu jer la yang aku selidik. Kalau korang nak selidik lagi Lawatlah laman web IPanelonline ni. Kalau rasa nak buat duit, cuba jer lah register. Benda percuma jer pon.... Lagipula rasa peluang tu cerah kot, sebab masih baru dan tak ramai yang tahu pasal IPanelonline ni. Cari referral banyak-banyak. Ajak satu kampung join korang. muahahahahahaha....

-------------------
Promote yer yer jer aku ni kan. Aku tak la addict sangat. Tak la berharap sangat program jana wang macam ni. Sebab macam ada baur-baur Scam kan. Tapi try jer lah. Benda percuma. Untung batu tenggelam..Untung sabut timbul... Huhuhu.. Agak-agak dengar benda ni Scam. Stop jer lah.. huhu



Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

23 comments:

  1. tula...buat duit cara survey ni mcm tak minatla...lagi2 kena cari refferal..

    ReplyDelete
  2. wah...macam2 program skrg nih

    ReplyDelete
  3. macam2 cara leh dpt duit kan... =)

    ReplyDelete
  4. pasal jawab survey ni saya pernah try globaltestmarket.. 1000 points for 50USD.. tp buat suka suki je...

    Entry terbaru padlie: AIR PASANG pagi, SURUT pukul lima

    ReplyDelete
  5. wah!! mende baru nie..tak taw pun..tenkiu ye bgtau sy pasal nie

    ReplyDelete
  6. macam best je bro?
    aku nak join lah.. aku pun tgh mencari lubuk2 duit ni,
    nak start kumpul dari sekarang,

    ReplyDelete
  7. nak joint tapi rasa takut masih menyelubungi diri ..

    tapi klo kena caranya mesti hadil bagus juga ya :)

    p/s:hoo..yang blog nur umarah tu mmg blog anak suri hee..lebih pada dairy dia jer..nnti klu smua muat kat blog cinta dah lain plk jadinya gee..

    thnks sb sudi ke sana ya =)

    ReplyDelete
  8. kalay jadi full time bloger msti blh jana duit dg byk kan..kan..

    ReplyDelete
  9. @faizaku nak kata minat..minat gak..nak kata tak minat, minat gak...huhu..tengoklah macam mana.agak2 susah,aku stop jer..hehehe

    ReplyDelete
  10. @sissyiraSALAM SYIRA.DAH PERNAH CASHOUT TAK?

    ReplyDelete
  11. @Suhami AhmadBetul tu tok. ada yang percuma,ada yang berbayar. ada yang betul ada juga yang menipu.huhu

    ReplyDelete
  12. @padlieGlobaltestmarket dah dicop SCAM kan?

    ReplyDelete
  13. HAHA.. MACAM2 KO MASUK BRO.. DULU AKU VAMTU GAK.. MACAM SIDE INCOME DARI ONLINE AKU LAYAN.. SEKARANG DAH MALAS.. TAPI KO TRY BENDA NI, TRYLAH, MANA TAU LEH KAYA NANTI..

    ReplyDelete
  14. @sahromnasrudinbenda baru tapi konsep lama bro...tapi try jer lah kan...

    ReplyDelete
  15. @Mr. KTry lah bro.tapi jangan harap dapat banyak sangat.benda ni kita anggap income celah gigi dah lah.sebab kalau nak senang tu, bukan senang :) lagipula, reward program ni tak tinggi mana.nak dapat 100 ringgit pon kena kumpul puluh ribu mata.penat gak la :)

    ReplyDelete
  16. @suriooo..yer ker...wah buatkan anak blog.besar nanti mesti boleh jadi blogger terkenal tu.macam mak dia.hehe

    full time blogger sahaja belum cukup untuk menjana wang suri..banyak lagi yang dituntut :)

    ReplyDelete
  17. @Fairus Bin MamatTry boleh bro..tapi kaya tak kot...hehehe

    ReplyDelete
  18. kalau orang yg banyak masa okay la... saya tak cukup masa dah nak buat survey cam ni hehe..

    ReplyDelete
  19. @papabearsama la papabear.tak der la buat sangat survey tu. huhu

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment