Home » , , , » Theme Dan Peranannya....

Theme Dan Peranannya....

Template | Theme | Layout

Theme, template, layout. 3 sebutan yang berbeza tetapi membawa maksud yang sama. Aku rasa tak yah la aku terangkan apa kebenda nya semua tu kan. Sesaper yang ada blog, wajib la tahu benda-benda tu. Ada orang suka sebut theme, ada pula yang suka sebut layout, sesetengahnya pula sebut template. Macam aku, aku suka sebut template lagi la. Yang guna hosting percuma blogspot ni, waktu mendaftar blog tu, pasti akan diberi pilihan terlebih dahulu template mana yang ingin digunakan. Betul? Dan template yang disediakan tu adalah basic template la. Selama pembabitan aku dalam dunia blog ni, banyak kali juga la aku tukar template ni.

Tahu tak template ni sedikit sebanyak memainkan peranannya yang tersendiri didalam pembinaan blog? Dari segi  zahirnya template memang la penting kan sebab template ni umpama buku. Masih ingat waktu sekolah? Ada buku garis melintang untuk menulis perkataan. Ada pula yang kotak untuk membuat kira-kira (matematik), ada pula yang kosong untuk lukisan. haaa... melintang, kosong atau kotak tu boleh la diibaratkan macam layout atau template niii. Buku tu blog la kan... Tanpa template ni, mungkin susah sikit untuk kita menempatkan widget-widget di dalam blog kita tu. Dari segi batin pula (eh ada zahir batin pula erk :P )

Template ni mampu mencerminkan diri/tahap keprofessionalan seseorang blogger itu di dalam dunia blog ni.... Maksud aku, bila kita pergi ke satu-satu blog tu, kita akan membuat anggapan sebegini
* Hmmm...basic template... blogger ni masih baru dalam dunia blog niii
* Basic template? Budak-budak baru nak belajar memblog la niiiii
* Basic? buruk nye blog ni.
* Aduh! Serabutnya blog ni.... Dan banyak lagi tanggapan pandang pertama ni.... Pernah korang berfikiran macam tu? Tak pernah?? Ok... Memang bukan semua menilai dari segi template k.

Dan... Percaya tak anggapan tu akan memberi effect kepada traffik? Why? Dalam kehidupan seharian, jarang kita tengok orang tua melepak ngan budak-budak. Kan. Dalam dunia blog, orang tua tu bolehlah dianggap otai dan budak-budak tu newbie (Ini hanya contoh k dan template adalah salah satu peyumbang traffik atau salah satu cara untuk mengekalkan pelawat blog) So, untuk setaraf dengan otai-otai, kena la bersikap keotaian sikit. Kalau memang nak menjadi blogger sejati la. Dan salah satu cara/faktor yang menunjukkan seseorang tu otai adalah dari segi template. Susahla nak jumpa otaians yang guna basic template ni....

Kesimpulannya...... Nak traffik, nak setaraf dengan para otai.... Berblog la secara otai. Huk huk...
Tak elok kalau kita berlagak macam otai, tapi tak salah kalau kita berkelakuan seperti otai |  Tak elok kalau kita menunjuk-nunjuk akan kepandaian kita, tapi tak salah kalau kita menggunakan kepandaian kita tu.
Ada paham maksud kata-kata aku tu? Huhu..

P/S : Tidak ada niat langsung untuk memperlekeh kepada sesiapa yang menggunakan basic template ok. Ini hanyalah dari mata pandangan dan buah fikiran aku. Kalau suka, ambillah point-point aku. Kalau tak suka, buat jer "dono", jangan benci sudah... We are friendddd :P (Ada jer blogger yang guna basic template ni aku buat member blog aku dan kami menjadi pengomen setia di blog masing-masing :) )
Apa-apa pon, pilihan di tangan masing-masing k. Ini hanya pendapat aku jer.
Ok ok...korang punya blog korang punya suka.... Ok aku terima alasan tu. hehe

------

Next entry InsyaAllah aku akan buat tutorial sikit macam mana nak tukar template dari yang basic kepada non-basic. Pergh. Jangan gelak bai. Aku dulu tak tahu nak tukar template woooo...Guna laaa yang basic... Nak tukar pon cari yang dah ada HTML kod dia. Puas la menggoogle. Nak download sumpah tak tahu.

P/S : Sorry geng. Aku masih tak banyak masa untuk berblogwalking. InsyaAllah nanti aku set time untuk aktiviti berblogwalking ni. Semua blog aku lawat nanti :) Silalah jangan membosankan diri korang dengan blog aku ni erk? Huhu

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

24 comments:

  1. salam..
    saya masih kekalkan template yang saya
    sudah gunakan selama 2 tahun ini..saya
    edit lebih kurang..bukan apa dah selesa
    dengan xtml yang ada dalamnya..

    ReplyDelete
  2. assalam

    secara jujurnya sy sendiri pun belum berpuas hati dgn template y sy pakai skrng,, dah jumpa yang berkenan hanya utk wordpress pula...huhu

    ReplyDelete
  3. kak jie baruuuuuuuuuuuuuuuuuu tukar theme
    balik kepada yg dulu

    ReplyDelete
  4. Jai guna yang basic je.. Sedih tau..ha3.. Pernah Jai godek2, pastu lingkup terus..wakaka.. Last2 x berani nak godek dah, kalo bro rajin nak godek, godek theme blog Jai kasi lagu cam ferari..hu3

    p/s : jai pun jarang blogwalking dah sekarang, byk blogsleeping je..ahaks..

    ReplyDelete
  5. good entry!

    aku pakai yang basic ja. yang basic tu pun dibuang2 lagi banyak elemen sebab taknak nampak serabut. serabut is my worst enemy. heheh~

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. haha. aku cpt bosan bro. Bila dh bosan, aku dgn auto nya & gatal tgnnya akan tukar theme. Itu la aku. Sama jgk la dgn susunan brg/perabot dlm bilik ak. Kurang2 ade 3 kali sbln aku tukar pose nya. Tp awek, x leh la bt camtu.. X elok, diorng manusia..hehe

    ReplyDelete
  8. Walaupun saya bukan otai tapi saya suka makan petai...

    Vaksin HIV berjaya di India

    ReplyDelete
  9. @zulkbosy ikutkan theam kala iju tu sementara shja..dok husyah2 theam yag mana sesui..tapi dah berjangkit sampi setahun lebih guna theam tu huu,,,

    nak godek2 tarak berani karg hancus tgn sndri heee

    ReplyDelete
  10. @zulkboSalam bang Zul. Saya dah berapa kali tukar template. tapi nak tukar tu memang leceh sikit,sebab nak kena susun lain. huhu

    ReplyDelete
  11. @sissyirasalam syira. yer ker? tak tahu pula kalau ada template yang tak sesuai untuk blogspot. hmm

    ReplyDelete
  12. @deCrewzKo basics apa nyer Jai..Ok la tuu template ko..
    Ko nak aku godek template ko? Ko percaya kat aku ker? hehehehe... Kang dari ada blog, langsung tak ada. huhu

    ReplyDelete
  13. @Fir Ikhwan AffandiPergh. rajin ko Fir. Aku suka gak nak ubah-ubah supaya kelihatan lain kan. tak la bosan duj tengok benda dan kedudukan yang sama jer tiap hari. Tapi main ngan malas ni, paham2 jer lah. huhu

    ReplyDelete
  14. @suriWordpress tak tahu macam mana nak edit. sebab tak der hosting sendiri. hehe

    ReplyDelete
  15. Aduh...pap...tertempek dekat batang hidung sendirilah...

    Saya dah pernah try ubah template, tetiba dapat problem, html lintang pukang, sakitnya hendak ubahsuai balik. Itu yang malas hendak ubah lagi.

    Tapi sekali sekala cari juga template yang seo friendly, cuba juga hendak ubah template yang sesuai. taknak beratkan blog.

    ReplyDelete
  16. lebih baik kita bantu blogger lain,
    daripada berlagak seperti otai.

    # # Perhimpunan Haram hindraf !# #

    ReplyDelete
  17. template basic,simple dan ringan lagi senang.. tak leceh orang nak bukak.. hehe.. berblog secara otai ?..peh,hardcore je bunyi..

    ReplyDelete
  18. aku pun suka guna template yg simple jerk...

    ReplyDelete
  19. @Pemerhati DuniaPD baru tukar template kan. cantik template tu. kemas :)

    ReplyDelete
  20. @Ali ridhatema...ada yang ingat taman tema pulak kang. hehe
    aku bukan otai. aku newbie. huhu

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment