Home » , » Pendedahan Yang Tidak Terdedah

Pendedahan Yang Tidak Terdedah


Assalamualaikum semua... Sungguh lama rasanya blog hamba ini tidak terusik. Sudah bersawang disana sini. Maafkan diri hamba wahai sahabat sekalian. Mak aiii.... Kali ni memang lama aku tak update blog. Dah tak tahu berapa lama dah. Komen-komen korang pon tak aku balas. Teruknya aku. :( Sorry sorry

Korang masih ingat tak pada entry aku yang bertajuk 'Kemana Semangat Berblog Aku'? Dalam entry tu aku ada gtau yang aku ada projek juta juta jutaaaaa kan. Haaaaa..... Entry ni bukan lah tentang projek aku tu telah berjaya. huhu.... Aku masih tak nak beritahu projek apa yang aku tengah buat tu. Tapi aku kasi clue la sikit. Ianya tentang Facebook. Projek ni aku dapat tahu selepas aku terbaca dari satu blog member aku ni. "Projek buat duit  dari Facebook" (Bukan tajuk E-Book yang sebenar). Ini bukan program "Log-in Facebook dapat duit erk".

Dari rasa minat, aku  pon dapatkan la E-Book tu... Aku minat dengan projek tu sebab ianya bukan konsep "Mencari". Tapi "Dicari". Mencari tu MLM la kot. kan kan kan... Mencari pelanggan untuk di dot dot dot :)
Selepas beberapa lama aku dapatkan E-book tu. Rupa-rupanya........... Ianya hanya indah khabar dari rupa. Didalam e-book tu memang dia ada beritahu yang aku boleh buat duit dari Facebook tu. Tapi penerbit sengaja meninggalkan satu point yang teramat penting yang merupakan kunci kepada penghasilan duit tu. Macam beli rumah la... Dalam iklan tulis rumah besar, ada 10 bilik, 3 tingkat apa segala. Tapi bila di beli, kunci rumah tak diberi. Macam mana tu untuk aku masuk kedalam rumah tu dan merasai nikmat berada didalam rumah tu. kan.

Didalam E-Book tu, hanya didedahkan langkah basic didalam penjanaan wang tersebut. Teramat basic. Aku rasa, aku pon boleh terangkan langkah tu dalam entry ni kalau aku nak. Terlalu basic dan ianya boleh didapati dari banyak sumber seperti Google dan Youtube. Harga E-Book tu berharga RM80 dan aku rasa harga tu sangatlah tidak berbaloi dengan apa yang telah didedahkan.

Tapi tak per, setakat ni aku dapat lah juga sedikit sebanyak point yang sepatutnya didedahkan dimana langkah yang sepatutnya dilakukan didalam penjanaan wang tu dan kesemua langkah tu aku dapat dari sumber carian Google sahaja dan aku perlu terus mencari dan belajar. Tidak semudah yang disangka :P

Aku tak nak dedahkan nama E-Book tu untuk menjaga reputasi penulis. Tapi aku rasa korang dapat tahu kalau korang Google :)

Tak salah nak jual produk/E-Book tapi biar betul-betul pendedahan tu didedahkan. Jangan hanya sekadar untuk mengaut untung jer.


Aku pon satu hal. Tak survey dulu. Padan muka aku gak. huhuhuhu....

P/S : Komen-komen berbentuk nasihat "pedih" dialukan untuk aku yang rakus ni. hohohohoho

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

40 comments:

  1. penah beli e boook tapi isi kandungannya hampeh. sebenarnyta author yg mcm ni yg merosakkan reputasi e-books. rasanya sekali beli pastu org takkan beli dah utk 2nd time.

    ha, ini yg pedih:
    aku rasa better belajar dari org berpengalaman daripada just membaca, kalau nak tambah income. better buat part time atau freelance, atau meniaga barang sebenar yg bukan di internet. aku faham skrg ni cost of living mmg mahal gile, tapi aku tak fikir internet adalah cara terbaik. melainkan tuk promosi.

    tu pendapat aku je la...

    ReplyDelete
  2. Ada juga beli e-book tapi setakat ini berbaloi. kalau yang melibatkan perniagaan internet ini, saya lebih suka search dulu dalam google supaya tidak terbeli produk yang tidak berguna.

    ReplyDelete
  3. rasanya sumber free dr internet lg bagus drpd e-book yg mmg hampeh..menipu, untung tak berkat.

    ReplyDelete
  4. aku x pernah beli e-book ni. Malas. hehe. aku suka cari sendiri je. Pasal log in fb dpt duit 2, ak x pernah join. Skang ni tgh test satu prog org panggil prog PTC, "pay to click". Aku ade kwn2 yg dpt income, so aku nak test. Kalo dpt, aku share nnt kat blog ak, supaya org laen leh join jgk. Sbb bnda2 mcm ni, selagi xde bukti bayaran cth nya, payah nak ajak org join...

    ReplyDelete
  5. Tak pernah beli e-book

    kedekut giler..hahaha

    tapi suka mencari ajak pakcik google , kadang makcik yahoo... itu pun tak larat nak baca

    membaca info di internet ni kita tak boleh terus telan, kena tapis - itulah deria ke-6

    ReplyDelete
  6. Jom kita pakat2 reka social network mcm FB. Nanti boleh buat duit banyak... amacam?

    ReplyDelete
  7. hehe facebook saya tak usik sangat

    ReplyDelete
  8. memang menjadi ke login fb segala tu.. cam tak caya.. kalau e-book RM 80,baik gi MPH bookstore beli buku betul2.. hehe

    ReplyDelete
  9. e-book tu cmne?ouh..saya buta it.. :(

    ReplyDelete
  10. tak ape.jadikan kesilapan kau ni sebagai peringatan masa hadapan.hahahaha!!aku pun dah terkena ok. serik. now, tak payah ebook. google, youtube n paling best wat research sendiri.

    ReplyDelete
  11. banyak ebook cuma nak buat duit dari orang2 yg tak tau dah terkena tipu. Bagi saya cara belajar yg paling efective ialah cari kawan or buat kawan dengan orang yg lebih pandai dari kita dan mintak di tunjuk ajar... walaupun kekadang kena bayar tapi biasanya tunjuk ajar secara peribadi lebih berkesan dari ebook yg terlalu general dan based on theory jer...

    ReplyDelete
  12. skrg ni google je dah dpt ape yg dicari.. xpyh bazir duit nak beli e-book ke ape ke.. pdhal mnde yg ade dlm e-book kbykannye sume org dah tau..

    ReplyDelete
  13. memang penah juga beli ebook..ada yang beri manfaat, ada juga hanya ajar benda yang basic je..yang memang kebanyakkan orang da tahu..so kena hati2 la lepas ni sebelum buat keputusan untuk beli sesuatu ebook..

    ReplyDelete
  14. tula psl...ade gak beli byk ebook..tapi hanya indah khabar dari rupa saje..byk benda dlm ebook tu dah mmg kita tahu..

    ReplyDelete
  15. @gadisBungaitu a. susah juga ak cari e-book yang betul2 berkualiti...tajuk n review jer diorang buat gempak. dalam hampeh.

    pedih-pedih. hahaha..tak per..tapi tak der la GB member yang ada bidang khusus. mungkin tak jumpa agi. kadang nak tanya segan..yer a kan, diorang pas ti tahap otai. huhu

    ReplyDelete
  16. @Pemerhati Duniayang melibatkan perniagaan di internet ni banyak merapu :(
    silap saya juga sebab tak search dulu..

    ReplyDelete
  17. @adeleadele macam marah jer? hehehe..pernah terkena juga ker?

    ReplyDelete
  18. Ada jugak beli e-books...ada yang ok, ada yang confusing dan ada yang tak boleh pakai...my advise for you Amry is to be more careful on what you are spending on:D

    Any advice on how a good e-book is rated at?contents, effectiveness...contohnya kalau I buat audio e-book pasal belajar English...I sangat risau orang yang beli tu kalau dia tak practice atau guna and then kata oh this audio e-book doesn't work. So macam mana??Kalau bahasa kan lain...you kena practice atau berguru baru boleh berjaya:(

    ReplyDelete
  19. @Fir Ikhwan AffandiPay to click....??macam adsense jer. kalau ada member yang boleh guide atau tolong kita kerja lebih mudah bro.macam aku ni dah terkena derrr

    ReplyDelete
  20. @Kujietu diaaaa nasihat dari kak jieee....
    memang best lah kak jie

    "membaca info di internet ni kita tak boleh terus telan, kena tapis. itulah deria ke-6" Bombastik!! thanx kak jie :)

    ReplyDelete
  21. @fikrynPerghhh...nak buat social network sendiri...aku bukan orangnya bro....huhu...blog pon terkontang kanting. hehe.

    ReplyDelete
  22. @BeaN MorENosama la bro. kurang usik. setakat ping entry baru jer. haha

    ReplyDelete
  23. rugi jer beli ebook mahal2... itu yang malas nak beli... indah khabar dari rupa... dia punya intro dengan ebook cover jer gempak... huhu

    ReplyDelete
  24. @izwanyusoflogin FB tu aku tak tahu la bro.aku tak pernah join. yang tu terang-terang macam affiliate jer. macam MLM pon ada. huhu..
    itulah bro...kesilapan aku... huhu
    tapi aku rasa dari buku better e-book la plak. banyak sumber. pendapat aku la

    ReplyDelete
  25. @misreramaE-Book tu Electronic Book. hehe. sebab dia buku tapi boleh baca dalam komputer...

    Google E-Book dan klik pada images. kuar la gambar E-Book :)

    ReplyDelete
  26. @lizzitulah...padan muka aku. hahahaha....

    ReplyDelete
  27. @papabearYah!!Terbaik papabear!kena buat baik ngan diorang dulu.amik hati.kan kan kan..hehehe..yang mana pemurah tu memang bagus la. tak kedekut ilmu!macam papabear.Right?

    ReplyDelete
  28. @Cik RimauHmm....pas ni memang bergoogle lah kerja saya. hehe

    ReplyDelete
  29. @Zulpas ni kena survey dulu lah.tak mau hantam keromo jer. Hmmm :(

    ReplyDelete
  30. Memang risiko beli E book nie...

    Saya pun baru beli E book.Tapi okaylah E book tu...

    Tatu

    ReplyDelete
  31. @faizpas ni memang kena tanya pakcik google dululah.macam kata kak jie, kena tapis.macam tapis air teh. ngeee....

    ReplyDelete
  32. @Jom belajar!Thanx JB for ur advice.memang siap saya juga la tak survey dulu ebook tu. huhuhu..

    tapi produk ni memang saya dah usha habis f=dah. memang sekadar basics.saya google baru dapat buahnya cara-cara nak buat. Hmm...

    Thanx again JB :)

    ReplyDelete
  33. @Ziktu lah pasal bro. pas ni memang kena buat survey dulu lah

    ReplyDelete
  34. @Miecyberkebanyakan yang berisiko ni tentang buat duit di internet. kalau berbentuk infromasi tu rasa boleh terima dan kurang penipuan.

    Ebook apa tu bang mie :)

    ReplyDelete
  35. @misreramatak per...sekarang dah tahu kan :)

    ReplyDelete
  36. huhuhu..aried dulu pernah beli ebook harga rm30.. tapi sampah! adui..geram tol... dia ajar cara buat duit cam dia.. jual sampah...

    ReplyDelete
  37. @ariedhehehe..marahnyer cikgu aried yer. hehe..tak per lah 30 jer kan... sama-sama kita belajar dari kesilapan. Rasanya blog aried dah buat lebih dari duit dah. fokus jer kat blog. hehehe

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment