Home » , » Melayu Yang Layu!

Melayu Yang Layu!

Aku rasa sejak 2 menjak ni aku kurang berblogwalking. Hanya pada mereka yang tinggalkan komen di dalam entry aku jer yang aku terjah. Kekangan masa. Aduh. Tak per, nanti aku set time untuk aku berblogwalking. huhu.....

Agak-agak ada yang marah tak ngan tajuk entry aku ni? Kalau ada yang nak marah, boleh, tak ada masalah, tapi sila baca sampai habis entry aku ni dulu. Okayy....

Mengisahkan tentang seorang rakan baik/rakan sekampung aku yang kini membuka gerai makanan. Aku pernah cerita tentang kawan aku ni dalam entry aku yang lepas-lepas. Lama dah. Gerai makanan yang kawan aku buka ni kecil-kecilan jer dan baru jer dibuka. Kawan aku ni memang dari kecil duk bergelumang dengan kedai makan jer... Kalau waktu aku menuntut di Ipoh dulu, dia kerja dengan mak sedara dia... Pas tu, kerja ngan abang dia, sekarang buka gerai sendiri. Banyak juga pengalaman dia ni. Bukan senang beb nak buka bisnes. Dengar macam dia dah berjaya kan. Korang silap!! Ini lah yang aku nak kupas sikit tentang dunia perniagaan di kalangan kita bangsa MELAYU.

Kalau ada dikalangan korang yang ada latar belakang perniagaan ni pasti korang tahu macam mana peritnya untuk membangunkan sesuatu perniagaan bukan. Tidak semudah yang disangka. Tidah semudah seperti yang diungkapkan juga. Tanpa semangat yang kuat, sesuatu perniagaan itu terlalu mudah untuk jatuh di tengah jalan.

Aku rajin juga lepak di kedai kawan aku tu. Sembang-sembang ngan dia. Aku tanya la, macam mana perniagaan. Kawan aku cakap, "Slow la Amry, 2 minggu yang pertama jer ok, pas tu slow". Aku tanya lagi kenapa... kawan aku tu hanya tersenyum. Tanpa menjawab soalan aku tu, dia tanya aku satu soalan. Soalan yang tak ada kena mengena langsung dengan perniagaan. "Lampu kalau tak dihidupkan suis, menyala tak?" Aku jawab tak. Dia tanya lagi "Lampu kalau tak ada satu kabel pon kat rerumah dia, tak ada starter dia, menyala tak?" Aku jawab tak juga. Aku makin pelik. Apa kena mengena dengan lampu lak ni. Kawan aku tu tersenyum jer tengok aku yang dalam keadaan terpinga-pinga... Aku yang tak puas hati aku tanya la, apa kena mengena lampu ngan perniagaan dia. Dia jawab "Ada orang kacau perniagaan aku Amryyyy....." Aku masih tak paham. Dia jawab lagi sebab tengok aku dalam keadaan masih mengong-mengong. "Ada orang kacau perniagaan aku Amryyy...." Ah sudahhhh.... Sapa pulak nak aniaya kawan aku ni? "Selalu kalau ada benda-benda halus ni, salah satu tanda yang dia ada adalah lampu. Dia suka main-main ngan lampu/elektrik untuk bagitahu yang dia ada disitu" Kawan aku terangkan. Tetiba la plak bulu roma aku meremang. Kawan aku bagitahu orang yang aniaya dia buat yang orang lain tak nampak kedai dia.... Pernah sekali aku tolong member aku ni cek lampu dia, memang pelik. Tak ada apa-apa masalah, tapi lampu tak menyala. Tukar ngan lampu lain menyala. Test balik lampu yang tak menyala tadi kat suis lain, menyala. Tak pelik? Rasa makanan pula lari, sukatan yang digunakan semua sama. Rasa macam tak masuk akal kan. Tapi itulah hakikatnya. Sebelum ni pernah juga member aku ni sakit beberapa minggu sebab terkena buatan orang....

Entry aku buat ni, aku baru lepas balik dari kedai member aku tu. Memang lengang kedai dia, sedangkan kedai dia betul-betul di tepi jalan besar.

Aku parking betu2 depan gerai. Jalan besar kan?

Lengang.....


Inilah sikap kita orang melayu. Ya. MELAYU YANG LAYU!! Sedih betul aku. Sedih memikirkan sikap kita orang melayu.... Kalau macam ni sampai bila orang melayu nak maju? Macam mana orang melayu nak berjaya. Sedangkan yang menjatuhkan orang melayu tu adalah bangsanya sendiri??? Kenapa perlu nak aniaya sesama kita. Orang tu pon nak cari rezeki. Rezeki masing-masing. Lain la kalau orang tu kacau perniagaan kita. Contoh main harga. Cuba kalau orang lain buat kat perniagaan kita macam tu?? Aku agak orang yang buat kerja ni buka perniagaan juga, tak jauh dari gerai member aku ni.... Kawan aku tu pon dah cuba tengok kedai dia tu (berubat) Orang yang tengok kedai member aku ni suruh cari tapak lain jer.... Bai. Kawan aku ni nak buka gerai buruk ni pon jenuh bergolok bergadai. Pinjam sana pinjam sini. Nak buka restoran?? Sungguh dia tak mampu... Dia hanya mampu bersabar. Bukan dia tak boleh balas, tapi nak buat apa. Kat 'sana' karang menunggu. Selagi boleh sabar dia sabar. Betul la kata dia tu, tapi aku nasihat pagar la tapak dia tu.

Orang melayu ni kalau boleh dia sorang jer yang nak niaga. Orang lain tak boleh (Bukan semua k). Tapi kalau orang cina, diorang saling bantu membantu.... "oooo...wa talak jual itu balang, lu cuba tanya kedai sebelah tengok. mungkin ala"

Dalam perniagaan, persaingan adalah lumrah, tapi bersaingla secara sihat... Tak usah la main kotor. Rezeki masing-masing ma. Cemburu tak salah, tapi biarlah cemburu yang positif. Ubah sikit mentaliti tu. JANGAN JADI MELAYU YANG LAYU. Jangan marah kalau bangsa lain pandang rendah pada bangsa kita, jangan marah kalau bangsa lain kutuk bangsa kita, jangan marah kalau bangsa lain lain ketawakan bangsa kita, sebab bangsa kita sendiri yang merendahkan dan menjatuhkan martabat kita.

Moga perniagaan member aku ni dapat bertahan lama dan berkembang maju. Keluar dari kesempitan hidup.

Ni la kawan aku. Tak leh amik posing dari depan. Kang aku pula yang masuk dalam kuali tu :P
Hallo geng. huhu.. Dah tak ada orang, tahan la pukat kejap. Part time.... :P
Menjamu selera bersama isteri dan anak. Aku nyibuk amik gambar. huhu
Ni anak dia. Comel woooo..... Umur 2 tahun tapi tak sabar2 nak jadi  geng2 makcik. wakakaka

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

35 comments:

  1. melayu memang macam 2.. tp x semua la..
    lagi rsa seronok kalo bangsa sendiri yang jatuh..jauh kan lah dar i manusia pendengki...

    p/s: comey rr budak kecik ni..grrr

    ReplyDelete
  2. Salam Amry..
    realiti bangsa kita dalam meniaga
    hati busuk..bila untung sikit gaji kuli pun tak bayar..saya dulu ada sekali kerja dengan melayu..tak boleh harap akhirnya..sekarang bertuan cina..kerja ikut prestasi..alhamdulillah,di hargai..

    ReplyDelete
  3. orang Melayu ni mentaliti dia camtu.. Majoritinya.. Bila dengki, bomoh.. Tak pun meniaga benda tu jugak..

    Contoh bila sorang laku, orang lain pakat ikut jual benda sama:
    1. Deretan gerai buah di Merapoh, Pahang
    2. Deretan gerai lemang di Kuala Krai
    3. Deretan gerai ubi, di Machang dan Tanah Merah
    4. Deretan gerai etak di Pasir Mas (Dah kurang psl x laku)
    5. Deretan gerai jagung bakar di jalan PCB

    Camne orang kita nak maju bila sekadar berdengki dan meniru je?

    ReplyDelete
  4. @azanatu la zana. walaupon tak semua, tapi kebanyakan nya macam tu. macam mana melayu nak maju? tak boleh tengok orang maju sikit, mula la busuk hati

    ReplyDelete
  5. @zulkbosalam bang zul...
    itulah masalahnya...rasanya kalau nak kata melayu ni mudah lupa..ada benarnya juga...ingat nak tolong bangsa sendiri, balik2 kita balik yang terkena.

    ReplyDelete
  6. @padlieitulah.sedih mengenang benda ni...
    meniaga benda sama tu rasanya ok jer. pilihan masing2. cuma lain cara jer...contoh saya buka kedai burger, sebelah pon ada buka kedai burger tapi kedai dia lebih laku. mungkin sebab burger dia lebih sedap. itu persaingan sihat. tak boleh nak cakap apa. sama macam dekat bazar makanan. jual makanan semua. tapi jenis main harga tu yang tak kena. lagi best main bomoh2 ni...aduhaiii

    ReplyDelete
  7. alamak..ade jg org cmnie skrg...pelik la..hormatlah hak org lain jg...

    p/s: Terima Kasih kerana sudi memberi komen di blog saya..Sebagai balasan saya membuat kunjungan balas ini ke blog anda..=)

    ****KLIK GAMBAR FOTOGRAFI TERKINI DISINI****

    ReplyDelete
  8. aku tumpang sedih utk kwn ko, hurmmm itula owg Melayu kalau xde PHD tak sahhh, napela takleh bersaing cara sihatttt,mengong!

    ReplyDelete
  9. betul tu Amry. Dulu waktu my mom ada restoran, memang la restoran sebelah buat macam2 hal yg tak patut. pernah bila dah dipulihkan ada customer datang tanya kenapa restoran tutup lama sedangkan tak pernah tutup pun and dorang memang have to lalu my mom's restoran sebalum sampai restoran sebelah... pelik kan... tapi Allah fair. restoran sebelah makin lama makin tak laku... Cakap kat kawan Amry dont give up and cari la yg bijak pandai (bukan yg auta) untuk solve kan masalah dia tu... Ustaz (yg betul2 ustaz) is the best...

    ReplyDelete
  10. sedih la bende macam ni. melayu ni terlalu banyak sifat buruk. (saya pun melayu jugak..)

    jadi jgn pelik la kalau melayu tak akan penah berjaya di bumi sendiri.

    ReplyDelete
  11. salam..nice entri bro.benda macam ni sering berlaku sekarang ni..ada je yang nak didengkikan.come on la..sama2 cari rezeki di bumi tuhan ni..tak payah nak dengki2.sedih juga dengar kisah kawan bro amry tu..

    ReplyDelete
  12. kesian sungguh kawan ko tu.. mcm2 perangai dengki manusia ni kan.. apa yang ko ckp tu mmg dah bnyak berlaku, mesti x blokleh tgk org maju sikit ada sja cara nak menjatuhkan. Aku paling benci org macam ni lah. Adeh.. Org lain dah maju ke depan, kita ni ja dijatuh-jatuh kan.

    ReplyDelete
  13. bab ni mesti perit untuk
    ditelan oleh orang melayu.
    kes HPA tiru KFC holding tu.
    KFC ni orang melayu pegang di malaysia.
    adakah patut nak saman sesama melayu.

    gerai tepi jalan la.daripada Tol Kamunting
    hingga ke Silverstone kamunting.
    semua orang melayu.tetapi dimana orang melayu
    makan dihujung minggu??????

    # # Siswi terlampau Jaja gambar bogel !# #

    ReplyDelete
  14. da byk dgr benda ni jadi.. susah sikap org kita ni kalau rasa terancam skit mesti nk guna cara halus yg xelok, bkn nak bersaing cara sehat. kwn aku dulu camni gak, rajin keja ngan org smpailah dia bukak gerai sendiri. tp sat saja ada pehak yg xnk tgk dia berjaya, last2 kwn aku tutup gerai n mkn gaji kj bwh org blk. puas la hati sapa2 yg dengki tu. xpatut..

    dulu aku ada tulis pasal ni :
    Macamana perniagaan Melayu nak maju
    Bila khianat dengki hati batu
    Yang lama sabotaj yang baru
    Bomoh, santau dia tak malu


    Macamana Perniagaan Melayu Nak Maju

    ReplyDelete
  15. kata x bleh amek gamba dari depan, karang masuk kuali. tapi amek jugak. hahahaha.

    ini la MELAYU kita.

    ReplyDelete
  16. melayu ni ade penyakit dengki yang serius tapi bukan semua melayu lah. selagi ada asas agama, insyaAllah takkan akan buat2 mende2 merepek cam ni. rezeki tu urusan Allah..susahlah org macam ni kan...

    ReplyDelete
  17. ok.. tulisan ko best, aku nak follow...

    aku kurang setuju bab ade komen kat atas yang kita tak boleh meniaga benda yang sama dekat satu2 tempat kepadatan...

    sebab aku tengok trend Cina lain.. kalau kat rawang dengan klang femes dengan Sport rim.. jadi makin ramai bukak sport rim.. bila dah meriah dengan sport rim dan terkenal dengan sport rim kat klang, maka berduyun2 pengguna datang nak cari sport rim kat klang.. sapa bagi service dan harga bagus dia dapat la potongan pie kekayaan tu kan.. yg lain pun dapat la tempias...

    sama gak dengan Kampung Baru dengan nasik lemak, nak makan n.lemak pegi kg baru... nak reper aircond kereta pergi Jln TAR... beli KAIN ela JLn TAR... Bundel cokit...spare part keter sentul, setapak..segambut...

    ReplyDelete
  18. @FaizBenda ni bukan baru bro..dah lama...memang sikap orang melayu kita...sedih tul

    ReplyDelete
  19. @bukankosongItu la bro. aku pon kesian tengok member aku tu..dia bukan ada duit sangat pon. buka gerai tu pon kecil2an jer pinjam barang tuan gerai. kalau tak susah juga la

    ReplyDelete
  20. @papabearthanx papabear. masalah tu berlaku juga pada kawan saya. dia cakap orang tengok kedai dia macam tutup... saya pon pernah sekali nak g kedai dia nampak kedai dia macam tutup jer...

    ReplyDelete
  21. @gadisBungaitu lah GB...macam mana la orang kita nak maju kalau macam ni kan. pantang tengok orang lebih sikit mulalah busuk hati.

    ReplyDelete
  22. @Zulitu lah pasal zul...Aku pon hairan la dengan kita orang melayu...pantang tengok orang lain nak maju sikit.

    ReplyDelete
  23. @HozookeryBukan dijatuh-jatuhkan bro. tapi saling menjatuhkan... :(

    ReplyDelete
  24. @mesticunsaling menjatuhkan..dapat apa ntah...cuba la saling bantu membantu kan. ada gak pekdah........

    sedih tul

    ReplyDelete
  25. @Tupai Karanorang melayu yang tahu terjerit terlolong minta orang melayu dinaiktaraf, tapi kita sendiri juga yang merosakkan taraf tu. hmm.... kenapa lah tak ikut perangai cina?
    Bukan nak sanjung cina. tapi terima kenyataan.

    ReplyDelete
  26. @ShafiqIzwanTime aku amik gambar depan tu aku duk dalam kuali. wakakaka

    ReplyDelete
  27. @lizzOrang macam ni, dalam hati ada tamak. bukan ada taman. melayu yang layu :(

    ReplyDelete
  28. @Zulfikar HazriYup. masalh jual benda sama tak ada masalah sebenarnya. langsung taka ada masalah, tapi persaingan mau sihat. jangan main harga. fight dari segi kualiti produk atau makanan tu. kalau kualiti bagus, servis bagus, letak p lah 10 gerai yang sama...orang akan cari yang bagus.
    kes member saya ni terang2 la saing cara kotor :(
    Thanx follow bro. salam kenal

    ReplyDelete
  29. last month kan..atie adalah tnya kwn atie..chinese..korang berniaga dengki2 tak..die kata..sama je..lagi teruk dr melayu..huhu

    ReplyDelete
  30. mari bersamalah kita selamatkan perniagaan bangsa kita.. sapa lagi kalau bukan kita... masih belum terlambat...

    ReplyDelete
  31. @Zulfikar Hazri

    saya setuju dengan contoh yg diberikan.

    contoh yg saya bg, diorang jual makanan. ada expired. bila ada lebih 20 gerai dalam jarak 200 meter, agak-agak, jualan diorang habis ke setiap hari.. banyak kali jugak bila beli, barang tu berlendir..

    kalau customer bernasib baik, dpt barang ok. kalau tak, nak berenti lagi ke area tu? walhal ada je gerai yg elok dan sedap dari puluhan kedai tu..

    ps: hanya pengalaman sendiri

    ReplyDelete
  32. @atieTapi biz diorang ok jer tengok kan....diorang ada pakai bomoh2 apa segala??? Hmmm

    ReplyDelete
  33. @ZikKena sedar sendiri benda ni bro....Sikap kita akar tunjangnya

    ReplyDelete
  34. @padlieKes ni saya selalu jumpa kat kedai mamak :P
    Pernah kerja ngan mamak dulu...huhu
    Memang selagi boleh kitar, dikitarnya... Sampai perut pon berputar. haha

    ReplyDelete
  35. Majoriti bangsa Melayu masih kuat berdengki.

    Saya cadangkan Amry minta kawan Amry jumpa mana mana Ustaz yang dapat membantu beliau pulihkan balik keadaan kedai beliau.

    Sihir lawannya Ayat Suci Al Quran...

    Adegan merokok di haramkan di China

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment