Home » , , , , » Fasa-Fasa Kebangkitan Sesebuah Blog

Fasa-Fasa Kebangkitan Sesebuah Blog

Fasa-fasa kebangkitan sesebuah blog......? Aper yang korang faham tentang fasa-fasa kebangkitan sesebuah blog ni? Haaaaa......Aku pon tak paham!!! wakakakaka. Mengong la aku ni :P

Entry yang aku nak buat ni lebih menyentuh kepada mereka yang kurang terrer atau memang tak terrer bab SEO ni. Hanya mengharap kepada blogwalking semata-mata. Tak lain dan tak bukan macam aku gak. hohohoho. Kenapa? Sebab fasa-fasa kebangkitan sesebuah blog ni hanya akan dialami oleh mereka yang kurang terrer jer dengan SEO ni. Mereka yang power SEO ni jarang melalui fasa-fasa ni sebab mereka tidak perlu sangat untuk berblogwalking. Buat blog hari ni, berjuta visitor masuk. Ceruk mana aku pon tak tahu. :P

Seperti manusia juga bermula dari bayi dia tidak tahu melakukan apa-apa. Dalam Satu tempoh tertentu, baby tu akan belajar meniarap. Pas tu duduk. Sehinggalah baby tu tadi boleh berdiri, berjalan dan seterusnya berlari melompat dan juga melakukan aksi gimnastik :P
So maksud nya disini fasa-fasa kebangkitan sesebuah blog ni adalah tahap perkembangan sesebuah blog itu didalam dunia blogging ni. Dari Visitor yang ciput sampai la tak terlayan. Macam baby juga, untuk dia pandai berjalan berlari bagai memakan masa yang panjang didalam proses pembelajaran itu. Begitu juga dengan blog. Satu-satu fasa perlu dilalui dan perlu ditempuh oleh seseorang blogger itu untuk meletakkan blognya didalam keadaan selesa didalam dunia blogging ni. Sekarang dah nampak kan fasa yang aku maksudkan? Sekarang jom kita tengok apakah fasa-fasa yang aku maksudkan.

Fasa 1.
Fasa ni adalah fasa seorang newbie. Fasa ni blog dia memang susah untuk mendapat kunjungan, komen apalah lagi. Waktu ni memang sedih beb.... Gua sudah melalui saat-saat sedih itu. Pada tahap ni semangat memang mudah down. Yer la, entry kita tak der sapa nak baca. Sedih baiiiiiiii...... Pada fasa ini, semangat, fokus, dah kerajinan tu amat diperlukan. Kena rajin blogwalking. Lain la kalau blogger tu memang tak nak blog dia dikenali.

Fasa 2.
Blog mula mendapat kunjungan dan komen-komen dari rakan blog yang lain. Pada fasa ini mereka hanya sekadar pembaca dan pengomen, tetapi bukanlah tahap pembaca/pengomen setia. Pada fasa ini, teramat-amat penting untuk membina perhubungan di antara rakan-rakan blogger tu. Macam mana nak bina perhubungan? TOLONG BALAS KOMEN-KOMEN MEREKA. Jangan fikir diorang baca balik atau tidak komen mereka tadi tu untuk melihat balasan korang. JUST BALAS. Kalau diorang tak tengok tak per lah, tapi kalau tengok komen diorang tak terbalas, 30% keinginan pembaca tu nak datang balik ke blog tu akan drop (Suka suki jer aku letak percent tu. hehe) Mereka mungkin akan beranggapan yang komen diorang seolah-olah tidak disambut. Macam kita datang rumah orang la, apa kita rasa kalau tuan rumah tu tak layan kita? Bukan keperluan, tapi seeloknya balas lah. Dengan balasan komen tu juga, pembaca-pembaca lain akan melihat kreadibiliti kita samada kita mesra pengunjung atau tidak. Tak yah fikir komen kita dibaca atau tidak. Balas saja. k. Bina kreadibiliti ;) Jumlah pengomen mungkin 5 ker 10 orang. Jangan lupa buat kunjungan balas.

Fasa 3.
Blog mula mendapat pembaca/pengomen setia. Perhubungan mula tumbuh. Teruskan perhubungan tu. Setiap kali diorang komen, sila buat kunjungan ke blog mereka dan komen juga entry-entry diorang. Pada fasa ni buat la diorang senang dengan kita. Buat lawak bangang sekali sekala never mind derrrrr...... :P Jumlah pengomen atau pembaca mungkin 10 ke 20 orang dan meningkat sedikit demi sedikit. Pada fasa ini, time management penting apalagi kalau kita tak punya banyak masa untuk blog. Pengomen atau pembaca dah ramai....bila nak baca dan balas komen? Bila nak buat blogwalking? Bila nak buat entry? Blog pon perlu time management dowh... Jangan fikir blog dah ramai pengunjung atau pengomen kita tak perlu buat blogwalking lagi. Ingat yer, blog kita tu bukan mesra SEO. huhu. Tapi lain la kalau entry korang tu best dan gempak. Haaaa.... Ingat senang ker nak bangunkan blog :P 

Fasa 4.
Blog mula dikenali dan kreadibiliti telah terbina. Perlu time management yang lebih jitu gituuuu..... Pada ketika ini pengomen yang kembali melihat samada komen diorang dibalas atau tidak telah dikenalpasti (Untuk mereka yang tak der email gtau komen diorang dibalas la erk macam comment reply notification tuuuu...) Fasa ni pengomen memang ramai der....aku terfikir gak macam mana la nak layan kalau komen dah beratus. Kebanyakkannya aku tengok memang tak terbalas dah blog yang ramai pengomen ni. Hanya balas pada komen-komen tertentu jer. Certain-certain jer. Pada fasa ni, blogwalking hanya dilakukan sekitar blog-blog pengomen tu jer. Nak buat blogwalking blog-blog lain aku rasa tak terbuat dah kot. hahahahaha....

Itulah fasa-fasa kebangkitan seorang blogger MENGIKUT PENDAPAT akuuuu..... Pernah dengar tak nak berjaya dalam satu-satu perkara. Disiplin dan komitmen tu penting? Pergh!! Buat blog pon kena disiplin gak ker? Haaa.... Nak berjaya atau nak buat duit dari blog ni bukan mudah derrr. Kena ada strategi dan menagement. Lain la kalau blogger tu suka suki isi masa lapang jer buat blog tu.... :P
Apa-apa pon banyak perkara yang mempengaruhi kebangkitan blog atau blogger tu sendiri. Contoh, dari segi entry, topik yang dibincangkan, blog yang mesra pelawat dan macam-macam lagi lah.

Panjang dowh entrey aku ni. Dah apa kebenda aku mencarut ni aku pon tak tahu... Otak aku hang. Erk!! Adios!! :P

Jangan sombong der kalau blog dah dikenalii... Ingat balik waktu kita mula-mula dalam dunia blogging ni.

Renung-renungkan dan selamat beramal :P

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

49 comments:

  1. @gabanMorkaProses declining yang macam mana tu?

    ReplyDelete
  2. proses yang sangat fleksibel. tahap nak archieve jadi fames amous tatau la nak kata bila masanya.

    ReplyDelete
  3. declining itu maksudnya,blog itu akan mati...no entry, no traffic,everything's gone

    ReplyDelete
  4. @antudegilyup. memang tak tahu. tapi yang penting buat jer. disiplin n komitmen kena ada.

    ReplyDelete
  5. Ramai yang sampai fasa 1 je.. Jai mula2 dulu pun nak sampai fasa 1 je, pastu nak stop..ha3. Disebabkan dorongan dari aried, jai teruskan dengan selfhosting...

    ReplyDelete
  6. @gabanMorkaooo...memang ada brooo....kalau blog tu lama tak berupdate, blog tu memang senang drop la. walaupon rajin blogwalking sana blogwalking sini.
    no entry. kalau aku tengok blog tu berabad tak berupdate, memang aku tak singgah la.
    kalau tak der traffik pulak. blogger tu duduk diam jer ngadap blog dia. tak buat blogwalking.memang tak visitor la sampai kesudah. mula2 dulu aku tak tahu blogwalking tu apa. blog aku memang 0

    ReplyDelete
  7. @deCrewzko fasa 1 ker jai? kalau aku yer la kottt...fasa ko aku rasa tahan ke 8 dah kot. hahaha...aku lihat dari segi bilangan komen...banyak weiii komen ko dapattt

    ReplyDelete
  8. sudah dan sedang melalui fasa-fasa di atas :D

    ReplyDelete
  9. @adelesama la. saya fasa ke 2 kot. huhu

    ReplyDelete
  10. haha. mmg complete. bab time management tu la yang paling2 penting kalau nak terus maju dalam blog. huhu~

    ReplyDelete
  11. salam..
    berlainan orang berlainan
    ragam..begitu juga berlainan
    blogger berlainan cara..pada
    saya setiap blogger adalah
    blogger yang terbaik kerana
    mereka berani menulis

    ReplyDelete
  12. buat apa pun,mesti ada permulaan. blogger pun macam tu gak.kena ada keberanian untuk berlog ni. sebab apa yang kita tulis, bukan semua orang suka n setuju. ada masa kene cemuh tapi kena bijak handle pengomen2. paling penting bersabar. bukan nak nak tunjuk bagus eh,tapi dlm mase 3tahun lebey berblogging ni..kadang2 ape yg aku nampak..blogger ni terlalu ikutkan perasaan bile kene sound dlm blog sendiri. tak boleh kene tegur tu penyakit paling bahaya kot -..-

    ReplyDelete
  13. bilala nak dapat fasa yg best tuuu

    ReplyDelete
  14. bagos r ko amry...siap ada fasa2 lagi ni..
    aku x tau nak cakap fasa ape..hahah fasa 2 kot..
    jarang update bro.. mungkin akan mengalami proses declining bak kata gabanmorca..heheh (mintak jauh-lam ati)hehe

    ReplyDelete
  15. umur aku baru stahun jagung je blogging ni..hehe

    ReplyDelete
  16. salam..suri pun masih bar lagi nie hee...belajar dan terus belajar..rasanya ada org dtg ke blog kita dah kira ok dari sepi tak der pembaca pun bosan gak kan..

    hurm..
    apapun tang nk bls komen tu mmg kena cpr bals klu kta free..klu tak mesti dema akan kecik ati punya..apapun nak balas komen perlukan waktu yg sesui gak..cam org berkerja..berkeluarga mmg tak done nak mmblas kesemua komen..tapi bls komen sedikit demi sedikit tu mmpulah..tapi pastikan smua di tebas kasi terang hiii

    ReplyDelete
  17. hooo lupa.. cahayacinta.com suri puya blog ar..
    loveisshearing.blogspot tu pun blog suri juga hiii..

    takat ni kena pakai blogsot dulu sb wordpress ada mslh hosting provider huuu.. amat sedis skli htiku..

    ReplyDelete
  18. pernah juga mengalamai fasa yang pertama... kadang2 yang wordpress down.. lagilah buat orang morale down...

    ReplyDelete
  19. @gadisBungayUp. Betul GB. Time management tu penting. kalau komen dah banyak, memang kelam kabut juga dibuatnya..kena pula yang tak banyak masa

    ReplyDelete
  20. @zulkbosalam. betul bang zu. sebab tu terang2 saya tulis itu pendapat saya. hehehe....

    ReplyDelete
  21. @lizzSaya pernah kena tegur. pedih gak. anon. tapi benda tu mengajar kita dan membuatkan kita sedar kesilapan kita. sound yang membangun la. sound yang cari gaduh, aku terajang jer orang tu. hehehe
    dalam blog ni pon pernah kena sound. aku publish kan jer.

    ReplyDelete
  22. @Oreopergh...bukan sehari dua nak jadi popular n bukan semudah disangka. huhu

    ReplyDelete
  23. @bukankosongBoleh bro. kena rajin sikit jer and perancangan. hehe...
    macam aku dah bagus jer. chait!!

    ReplyDelete
  24. @MiecyberFasa 1 tapi blog PR2 ok la tu. hehee

    ReplyDelete
  25. @azanako sibuk.memang agak susah juga kan...motif berblog tu main peranan juga..tapi entry2 ko ok jer zana..tak la terlalu personal

    ReplyDelete
  26. @Hasrol Nizamtapi ok la bro. Blog ko nampak 'Pro' :)

    ReplyDelete
  27. @suribaru ker? saya anggap yang pakai hosting sendiri ni dah lama dalam dunia blogging ni :) Hosting selalu buat hal erk? tak tahu sebab guna blogspot jer...

    oooo....tu pelik tu,penulis suri tapi blog lain. keliru hari tu. hehe

    ReplyDelete
  28. @Zikhehehehe...bro blog power...hehehe

    ReplyDelete
  29. blog itu akan bangkit bila pengisiannya semakin hari semakin padat tak mcm blog sy makin lama makin lemau

    ReplyDelete
  30. Hahaha, pandai amry. Berbicara berdasarkan pengalaman le tu... Bagus-bagus, bijak-bijak...hehehe

    ReplyDelete
  31. Follow my blog bro..aku sekarang baru fasa p1.. Follow u already.

    http://hozoo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  32. @syamsulariffPadat tu kurang setuju bro. kalau padat tetapi kurang berisi tak kena juga. Pada pendapat saya la. Tak per satu entry sehari sekali pon, tapi kalau padat dengan info, pasti akan ada yang melawat...

    Salam kenal bro... :)

    ReplyDelete
  33. @Hozookeryok. thanx follow.
    baru berblog ker? Cari idea tuk upkan blog...k :)

    ReplyDelete
  34. ya blog tu mmg sama membagun dg wordpress..buka blogspot tu belajar try & arow jer..tapi dha alang2 ada baik pakai sementara blog cinta pulih hee..

    masih di bwh lagi ni heee..

    ReplyDelete
  35. @suriooo...macam tu...kalau saya tak terlayan kalau ada 2 blog. blog ni pon dah berteraabur. huhu

    ReplyDelete
  36. BRO.. AKU SETUJU 110%.. PANDAILAH KO NI.. KO DAH BUAT KAJIAN ERK.. MEMANG TAK DINAFIKAN APA YANG KO TULIS ITU ADALAH BENAR, TIADA YANG BENAR MELAINKAN YANG BENAR2 SAHAJA.. :)

    ReplyDelete
  37. @Fairus Bin MamatAku bukan buat kajian la bro...tapi apa yang aku dah lalui sebelum ni. cuma fasa aku tak samapai fasa 4 tu jer lagi.. hehehe..fasa 4 tu berdasarkan dari logik akal aku jer..hehehe

    Ko guna cara diatas kan? blog ko pon makin ok. dulu mula2 aku datang blog ko, pengomen masih tak ramai, sekarang ok. :)

    ReplyDelete
  38. Bagus entry ni.. Aku masih kat Fasa 1 lg.. Usaha x3

    ReplyDelete
  39. @padlieUsaha bro. nanti mesti blog ko boleh naik punya. usaha+rajin.

    salam kenal bro.thanx singgah. blog ko kemas derrrr

    ReplyDelete
  40. Time management untuk mengurus blog memang penting terutama yang bukan fulltime blogger

    ReplyDelete
  41. Salam Kenal;
    Banyak dan jauuuh lagi yang abg perlu pelajari dan lalui nampaknya...

    Bahana kenal dunia IT di waktu lewat usia.

    Semua pakai trial and error. Yang banyaknya error manjang...hehehe...

    ReplyDelete
  42. @akubiomedYup. Betul tu bro. kepada yang newbie tu, jangan fikir berblog ni mudah k. ada maksud yang tersirat disebalik kata-kata mudah tu :)

    ReplyDelete
  43. @Abang Zulsalam bang zul. salam kenal juga....tak per bang zul. kita sama belajar. saya pon banyak yang tak tahu lagi. apa yang penting hasrat kita tercapai didalam dunia blog ni :)

    ReplyDelete
  44. naik turun blog banyak bergantung kepada usaha kita sendiri... :P

    ReplyDelete
  45. @papabearBetul tu papabear. kalau malas2 tak dapek la den nak nolong. hahahaha

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment