Eh eh eh...jangan silap. Bukan aku yang kembali ke sekolah...aku dah lama meninggalkan alam persekolahan ni...dah tua ponnnn....hak hak hak.....
Saje jer buat entry suka suki ni. Baru balik dari bawa adik-adik beli alat tulis diorang tu.. Tempat aku ni pekan kecik jer. Tak der Mega Mall yang besau-besau macam kat tempat korang. Kat negeri aku ni esok 3 Jan 2011 akan bermulalah sesi persekolahan setelah bercuti panjang bebudak ni. Walaupun pekan kocik, tapi boleh tahan gak meriahnya aku tengok mak-mak budak, bapak budak beri peralatan sekolah anak-anak diorang. Beli kasut....beli baju....beli alat tulis..... Aku rasa macam aku kembali ke zaman sekolah la plak...huhuhu... Meriah meriah meriah.... Baru supermarket, kalau Shopping Complex lagi lerrrr meriah. kan kan kan.
Rasa-rasanya dalam kesibukan menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Satu benda yang aku pasti bermain di kepala bapa-bapa dan mak mak budak ni. Tau apa dia? Fulusssss...... Biasalah kan. Buka sekolah ni banyak belanja juga. Kalau baru seorang anak yang bersekolah tu aku rasa may be boleh accept lagi. Tapi kalau dah bersusun macam keretapi, mau pening juga kepala dibuatnya. Huhuhu. So pandai-pandai la mengatur duit belanja.
Dalam pada yang sama jangan dilupa kepada mereka yang kurang bernasib baik tu.... Kesian aku tengok segelintir budak-budak yang kurang bernasib baik ni, memulakan sesi persekolahan hanya dengan memakai pakaian yang dah lusuh, pakaian yang dah berapa tahun dah. Pakaian dari generasi abang ke generasi adik. Budak-budak lain memulakan alam persekolahan dengan wajah gembira, tapi setengah daripada mereka sedih sebab tak dapat baju baru.... "Tak pa lah dik. Nanti belajar pandai2. Kerja bagus2". Huh. Jangan dipandang hina mereka ni, sebab ramai diantara mereka yang susah waktu kecil dahulu, tetapi menjadi orang berguna pabila dewasa. Ramai diantara mereka mak ayah buta huruf, hidup miskin, tetapi berjaya menjadi pelajar cemerlang!!!
Akhir kata Selamat Kembali Ke Sekolah abang ucapkan kepada adik-adik. Belajar rajin-rajin. Ewah.
Kepada cikgu-cikgu tu, tempoh "honey moon" korang sudah pon tamatttt.... ngeh negeh ngeh.
P/S :Buat entry macam la aku dah ada anak... wakakakaka Admin 9:36 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
Serba salah aku nak buat entry ni. Tapi entry yang aku buat ni lahir dari dalam jiwa aku. huhu... Sebelum aku meneruskan entry ni, aku nak mintak maaf terlebih dahulu kalau ada yang terasa dengan apa yang bakal aku tulis nanti.
Sebelum aku meneruskan entry ni juga. Aku nak tanya satu soalan. Untuk apa korang buat entry? Untuk dibaca oleh pengunjung blog korang kan? Untuk mendapat komen kan? Apakah perasaan korang kalau 5 entry yang korang buat tu tak pernah ada komen dari mereka-mereka yang selalu menggunakan widget ini yang korang pasang didalam blog korang? Dapat tangkap widget yang aku maksudkan? Kalau dah dapat tangkap bagus.
Sekarang aku mula faham kenapa widget Shoutbox ni dah macam wajib dipasang di kebanyakan blog-blog baru, sebaliknya susah sangat nak jumpa didalam blog-blog orang lama (otai). Entry ni aku buat bukanlah untuk memperleceh mereka-mereka yang suka menyambar widget Shoutbox ni terlebih dahulu kalau melawat blog-blog rakan yang lain, tetapi lebih kepada luahan perasaan aku dan juga pendapat aku la. Kalau sewaktu mula-mula aku buat blog dulu, aku tak terfikir lagi akan kerasionalan memasang widget ini, malah aku suka tengok kalau ada yang enjerit kat Shoutbox aku. Sekarang mungkin kerana aku telah menyelami sedikit dunia blog ni, membuatkan aku berfikir akan perkara ni.
Aku tak pastilah kalau perasaan ni hanya aku yang rasa. Sedih dud entry aku tak dibaca tetapi widget Shoutbox aku disambar. 1 2 entry tak ada komen tak apa lah. Mungkin entry aku sememangnya tak menarik. Tapi kalau 10 entry langsung tak ada komen dari pelawat tu, apa cerita? Yang peliknya, 10 kali pelawat tu datang ke blog aku, 10 kali dia menjerit dalam shoutbox aku suruh aku g tengok entry diorang.... Kalau nak orang baca entry korang, komen entry korang, bacalah juga entry orang lain, komen lah juga entry orang lain. Baru lah fairrrr.... Tak salah nak terjerit terlolong, tapi silalah jaga hati tuan blog juga. Dah melawat, bacalah entry tuan punya blog tu, tinggalkanlah komen. Tak rugi pon. Tak per lah, aku mengganggap pelawat tu masih belum terfikir apa yang aku fikir ni, jadi aku still pergi ke blog pelawat tu dan baca entry baru dia dan beri komen. Tapi harap kalau mereka yang selalu menjerit kat Shoutbox tu, terbaca entry ni, silalah fikir apa yang aku tulis disini. Bukan nak memperleceh, tapi sekadar mengingatkan. Silalah berblog secara professional, walaupon sedikit (Aku tak kata aku professional k) Boleh fikir mei benda tu wajar atau tidak kita buat. Benda simple. Aku rasa kalau semua blogger nak perkenalkan link dengan hanya nak jerit kat Shoutbox, pas ni tak payah buat entry lagi dah. Letak widget shoutbox besar-besar kat tengah-tengah blog. Kita ramai-ramai pakat jerit. Puas hati.
Agak berterabur ayat aku kali ni. Tak tau kenapa...
Sekali lagi aku tegaskan disini. Jangan ada yang terasa dengan entry aku ni. Sekadar mengingatkan sahaja.
Pas ni kalau tetiba Shoutbox aku hilang, paham-paham lah yer...Hmm Admin 12:58 AM New Google SEO Bandung, Indonesia
![]() |
| Faizal Yusuf |
Allahyarham meninggal dunia pada jam 1.45 tengah hari di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), di Jaan Tu Razak akibat serangan jantung. Allahyarham dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul pada jam 9 pagi sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27 tahun yang sedang mengandung 5 bulan. Tiramisu dan Manjalara adalah antara lakonan Allahyarham.
Sememangnya ajal tidak mengenal usia. Takziah aku ucapkan kepada keluarga Allahyarham. Al Fatihah. Admin 10:32 PM New Google SEO Bandung, Indonesia
Kalau tadi aku buat entry tentang azam 2011. Kini aku nak buat entry tentang tahun 2011.....
Aku sambut kat rumah jer, depan komputer. Nak g tempat menyambut tahun baru 2011 ni jauh sangat dari rumah aku. Malas nak keluar.
Jam menunjukkan 12:05 pagi 1 Januari 2011. Apa perasaan korang? Gembira? Teruja? Sedih? Aku....tetiba aku rasa sedih. Tak tahu kenapa. Mungkin kerana aku bakal meninggalkan tahun 2010 yang telah setahun aku lalui. 2010 yang penuh dengan suka dan duka. Walaupon 2011 telah menjelma, tapi aku takkan lupakan tahun 2010. Datang yang baru tak bermakna lupakan yang lama.
Pendek jer entry aku ni. Tak ada apa-apa yang special. Mungkin lebih kepada luahan perasaan yang aku rasa. Selamat tinggal........................2010. I'll miss u
Admin 12:21 AM New Google SEO Bandung, Indonesia
Aku sambut kat rumah jer, depan komputer. Nak g tempat menyambut tahun baru 2011 ni jauh sangat dari rumah aku. Malas nak keluar.
Jam menunjukkan 12:05 pagi 1 Januari 2011. Apa perasaan korang? Gembira? Teruja? Sedih? Aku....tetiba aku rasa sedih. Tak tahu kenapa. Mungkin kerana aku bakal meninggalkan tahun 2010 yang telah setahun aku lalui. 2010 yang penuh dengan suka dan duka. Walaupon 2011 telah menjelma, tapi aku takkan lupakan tahun 2010. Datang yang baru tak bermakna lupakan yang lama.
Pendek jer entry aku ni. Tak ada apa-apa yang special. Mungkin lebih kepada luahan perasaan yang aku rasa. Selamat tinggal........................2010. I'll miss u
Admin 12:21 AM New Google SEO Bandung, Indonesia
Salam semua kepada pembaca-pembaca Amry's Blog.
Hari ni Jumaat, 31 Dis 2010. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi tahun 2010 akan melabuhkan tirainya. Segala kenangan pahit dan manis semuanya akan tersimpan rapi didalam diari 2010 masing-masing. Dan macam biasalah kalau dah tahun baru ni, semua pakat nak buat azam baru. Azam nak kahwin....nak berenti rokok....nak ubah perangai....nak itu nak ini, dan macam-macam azam lagi lah.
Kalau nak cerita kenangan pahit ni, aku bukan lah jenis yang suka meraih simpati atau mewar-warkan kisah sedih aku, tambahan kalau ianya melibatkan peribadi. kan kan kan. Cerita pahit maung biar aku jer yang tahu dan biar ianya tertutup rapat dalam diari aku (tak der diari pon). Bab kenangan manis pula adalah sewaktu aku diterima bekerja di sebuah kilang baru...hahaha...manis ke kenangan ni? Setelah hampir 3 tahun aku bekerja di kilang lama yang sememangnya menambah dosa aku (dosa menyumpah seranah kilang lama aku tu dek kerana management yang kurang baik dan kilang yang agak kedekut..huhu..Demn!!...tak tau bersyukur lansung aku ni)
Kenangan manis sebab aku ni bukan jenis tukar-tukar tempat kerja dan kilang baru tempat aku bekerja ni adalah tempat kerja kedua aku. Sekali dapat tukar tu, teruja la jugak. kan kan kan.
Bab azam tahun baru ni pula, aku berazam nak memperbaiki kehidupan aku ke arah yang lebih baik. Kalau tahun 2010, ekonomi aku agak teruk, tahun 2011 ni aku harap ianya dapat diperbaiki.Biarlah ada sedikit duit simpanan...huhu... Aku juga berharap aku akan menjadi lebih matang didalam menempuh kehidupan ni. Pada tahun 2011 ni juga aku harap aku akan kekal sebagai seorang blogger, sebaris dengan blogger-blogger diluar sana yang telah berjaya. Amry's Blog. Bukan sekadar tempat untuk menulis!! Ewah!!
Itu jer lah kot sedikit sebanyak kenangan aku ditahun 2010 dan azam aku ditahun baru yang akan menjelma nanti. Apa azam korang? Admin 4:34 PM New Google SEO Bandung, Indonesia











