Kerajaan Umum Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta RM900


Sumber Kerajaan Umum Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta RM900 - Harian Online 30 April 2012
--------------------------------------
Satu pengumuman yang aku rasa sedikit sebanyak dapat melonjakkan rasa kegembiraan pekerja-pekerja sektor swasta macam aku. Macam aku gaji memanglah dah melebihi kadar gaji minimum yang ditetapkan, tapi percaya atau tidak, ada sesetengah pengusaha (aku fokus kat pengusaha kilang) yang memberikan gaji kepada pekerja mereka (operator) tak sampai RM500 sebulan. Tolak itu tolak ini apa yang tinggal? Duit makan pun dah tak cukup.
Admin
12:36 AM
New Google SEO
Bandung, Indonesia

Sumber Kerajaan Umum Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta RM900 - Harian Online 30 April 2012
--------------------------------------
Satu pengumuman yang aku rasa sedikit sebanyak dapat melonjakkan rasa kegembiraan pekerja-pekerja sektor swasta macam aku. Macam aku gaji memanglah dah melebihi kadar gaji minimum yang ditetapkan, tapi percaya atau tidak, ada sesetengah pengusaha (aku fokus kat pengusaha kilang) yang memberikan gaji kepada pekerja mereka (operator) tak sampai RM500 sebulan. Tolak itu tolak ini apa yang tinggal? Duit makan pun dah tak cukup.
Inilah antara punca aku tak berminat pasal politik!!
Kalau dulu aku tak dapat meneruskan pelajaran aku ke Matrikulasi........
Kalau dulu impian aku terkandas di tengah jalan.....
Kalau dulu aku terpaksa bersedih atas peluang yang terpaksa aku lepaskan begitu sahaja..........
Kalau dulu aku terpaksa meneruskan kehidupan aku sebagai seorang yang bukan diri aku....
Kini.......
Kekecewaan itu tertebus....
Tahniah kepada adik aku.... Farhana kerana telah berjaya membuat hati mak dan ayah gembira dan bangga....
Tunjukkan pada "dia" kalau kita boleh berjaya walaupun susah.....
Sebab kesenangan itu tak kan datang bergolek....
Kejayaan itu tidak memandang siapa kita, tetapi memandang pada usaha.....
Hari ini mungkin kita susah....
Tetapi tanpa kesusahan hari ini, selamanya kita tak akan menempa kesenangan......
Moga adik aku, Farhana akan terus berjaya didalam pelajaran seterusnya kehidupan....
Semoga impian tercapai.
Jangan pernah lupa jasa mak dan ayah yang bersusah payah mencari sesuap nasi untuk kita anak-anaknya...
----------------------------------------
Tahniah kepada adik aku Farhana kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi Gopeng.
Tahniah juga kepada adik aku, Amirol Azahar kerana berjaya menamatkan pelajaran di Matrikulasi pada 26 April tadi.
Semoga kalian berjaya didalam hidup, mencapai cita-cita yang dingini dan menjadi orang yang berguna.
Admin
12:47 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaEntry santai.....entry ni entry mencarut, tak ada apa-apa input. Saja nak menambah koleksi entry :P
Ramai diantara kita mempunyai tabiat yang susah tuk dibuang sejak kecil. Ada tabiat buruk, ada tabiat baik dan tabiat pelik. Ada tabiat orang tu, kaau tidur hisap ibu jari, ada yang tidur tertonggeng, ada yang tidur sambil seluk seluar sambil... ops!! 18SG sikit..hehe... Banyak lagi kot tabiat. So entry ni aku nak cerita pasal tabiat pelik aku sejak kecil. Hehe.. Tabiat yang mula-mula buat aku layan.. pas tu buat aku stress......
Tabiat pelik aku ni........ tangan aku ni pantang kalau tak ada kerja, dia akan merayap kat rambut aku dan menggulung rambut sampat kusut!! Rambut aku ni kategori panjang la, tak ada la panjang sampai ke bahu cam perempuan, tapi panjang la. So waktu aku menggulung rambut tu, aku sendiri tak tahu nikmat apa, tangan aku memang akan merayap kat rambut dan gulung rambut tu, walaupun mata dah ngantuk nak tidur, jari jemari ni masih aktif menggulung rambut. Sebab bila jari aku ni dah bertemu dengan rambut, memang susah nak kawal.erk!.. Waktu menggulung tu memang nikmat la pada aku, layannnnn jer waktu menggulung tu, menggulung sampai aku tertidur...... seterusnya perasaan stress akan menjelma bila aku nak bangun pagi pergi kerja.....waaaa....... nak leraikan rambut aku yang kusut tu, mau 5 ke 10 minit baru nak terlerai, kadang sampai 15 minit. Tu kalau terlerai lah.... kalau tak....memang aku terpaksa merentap rambut aku sampai tercabut rambut yang kusut tu...... haaaa. apalagi kalau aku terlewat bangun. stressssss.... pelik kan tabiat aku... huhu....
Tak tau cam ner nak buang tabiat ni..... aku jarang berambut pendek sebab aku tak suka rambut pendek.. hee... Mak sedara aku pernah tegur "dari kecik tabiat hang ni hairul main-main rambut kalau baring, sampai ke la ni..."
Apa motif aku cerita ni.....?? tak ada apa motif... tak tau nak tulis apa.. huhu..korang ada tabiat pelik? LOL...
Kenyataan Pihak Proton Berhubung Kes Kemalangan 'Test Drive Unit' Proton Preve
Berhubung kes kemalangan yang membabitkan Proton Preve pertama di Lebuhraya DUKE baru-baru ini, pihak Proton tampil dengan kenyataan mereka untuk mengelakkan sebarang spekulasi terhadap produk terbaru mereka, Proton Preve.
We would like to address concerns regarding picture of a damaged Proton Preve circulating on the web.
At around 4.45pm yesterday, one of our sales advisors was involved in an accident while driving from Jalan Sentul toward Jalan Pahang in KL, when the Proton Preve that he was driving hit a divider and landed awkwardly causing the lower arm was break.
While we're happy to report that our sales advisors is unhurt, our test drive unit, however, was damaged as a result of the accident. So remember to buckle up and drife safe because accidents can happen to anyone and to any car. - Proton
Macam yang aku cakap la sebelum ni. Kunci kepada keselamatan dijalan raya adalah memandu dengan berhati-hati dan patuhi peraturan di jalan raya. Bak kata pihak Proton, kemalangan boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan tidak kira kenderaan apa yang dipandu.
Pada yang menyalahkan Proton...... Fikir balik, bukankah lebih baik negara kita ni mampu menghasilkan kenderaan sendiri daripada langsung tak ada. Daripada langsung mengharapkan kereta import. Sekurang-kurangnya ada juga yang boleh dibanggakan di negara kita ni daripada langsung tak ada kan?!
Admin
6:17 PM
New Google SEO
Bandung, Indonesia




