Tabiat Pelik Seorang Aku

Entry santai.....entry ni entry mencarut, tak ada apa-apa input. Saja nak menambah koleksi entry :P
Ramai diantara kita mempunyai tabiat yang susah tuk dibuang sejak kecil. Ada tabiat buruk, ada tabiat baik dan tabiat pelik. Ada tabiat orang tu, kaau tidur hisap ibu jari, ada yang tidur tertonggeng, ada yang tidur sambil seluk seluar sambil... ops!! 18SG sikit..hehe... Banyak lagi kot tabiat. So entry ni aku nak cerita pasal tabiat pelik aku sejak kecil. Hehe.. Tabiat yang mula-mula buat aku layan.. pas tu buat aku stress......
Tabiat pelik aku ni........ tangan aku ni pantang kalau tak ada kerja, dia akan merayap kat rambut aku dan menggulung rambut sampat kusut!! Rambut aku ni kategori panjang la, tak ada la panjang sampai ke bahu cam perempuan, tapi panjang la. So waktu aku menggulung rambut tu, aku sendiri tak tahu nikmat apa, tangan aku memang akan merayap kat rambut dan gulung rambut tu, walaupun mata dah ngantuk nak tidur, jari jemari ni masih aktif menggulung rambut. Sebab bila jari aku ni dah bertemu dengan rambut, memang susah nak kawal.erk!.. Waktu menggulung tu memang nikmat la pada aku, layannnnn jer waktu menggulung tu,  menggulung sampai aku tertidur...... seterusnya perasaan stress akan menjelma bila aku nak bangun pagi pergi kerja.....waaaa....... nak leraikan rambut aku yang kusut tu, mau 5 ke 10 minit baru nak terlerai, kadang sampai 15 minit. Tu kalau terlerai lah.... kalau tak....memang aku terpaksa merentap rambut aku sampai tercabut rambut yang kusut tu...... haaaa. apalagi kalau aku terlewat bangun. stressssss.... pelik kan tabiat aku... huhu....
Tak tau cam ner nak buang tabiat ni..... aku jarang berambut pendek sebab aku tak suka rambut pendek.. hee... Mak sedara aku pernah tegur "dari kecik tabiat hang ni hairul main-main rambut kalau baring, sampai ke la ni..."
Apa motif aku cerita ni.....?? tak ada apa motif... tak tau nak tulis apa.. huhu..korang ada tabiat pelik? LOL...


4 comments:

  1. AKU TAKDE TABIAH YANG PELIK2.. BIASA2 SAJA..

    ReplyDelete
  2. @fairusTak semua ada tabiat pelik ni..:P

    ReplyDelete
  3. @hazzim™malu-malu unta la plak tak nak cerita..hehehe..gurau jo...den tak suruh cito punn

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks