Bob Kuman Terlantar Sakit

Bob Kuman Terlantar Sakit, Perlukan Bantuan Kewangan

Keadan terkini Bob Kuman pada 15 April 2012
"Saya cuma ada RM36 dalam akaun simpanan" - Bob Kuman (Ekslusif)
Mungkin ada yang mengenali gambar diatas dan mungkin juga tidak. Tetapi bila disebut Bob Kuman pasti ramai yang pernah mendengarnya terutama mereka yang meminati dan sering menonton karya seni tempatan. Mungkin ramai yang mengenalinya kerana bentuk badannya yang gempal dan lakonannya yang mencuit hati. Kini Bob Kuman terlantar sakit, lemah serta tidak dapat bergerak dikediaman beliau di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Pada malam tahun 2011, semasa sesi pengambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak' siri televisyen, Bob terjatuh di Hulu Langat Selagor. Lan Pet Pet dan Wahid Senario antara saksi kejadian. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, Bob terpaksa memandu sendirian ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja.

Keadaan Bob Kuman sewaktu terjatuh di Hulu Langat
Bob dimaklumkan bahawa dia telah berhutang sebanyak RM7000 dengan pihak hospital akibat insiden tersebut yang mana Bob telah dirawat selama 2 minggu dan jumlah tersebut perlu dijelaskan sendiri oleh Bob dan agak terkilan kerana penerbit rancangan 'Jangan Pandang Belakang Congkak' langsung tidak membantu untuk menjelaskan bil hospita tersebut.

Sejak 8 April yang lalu, Bob tidak dapat bergerak aktif dan terpaksa bergantung kepada mesin oksigen untuk membantu pernafasan. Masalah kewangan membantutkan hasrat Bob untuk menyewa tangki oksigen yang memakan belanja yang tinggi.

Dalam keadaan Bob yang sebegitu yang pastinya kehilangan sumber pendapatan didalam dunia lakonan, Bob masih bersyukur kerana perniagaan gerai Bawal Power yang diusahakan bersama rakannya mendapat sambutan. Dari perniagaan itu, ujar Bob sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi.

Perniagaan Gerai Bawal Power Bob Kuman dan rakan
Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementrian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dibawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni dan sedang menunggu keputusan daripada Kementrian terbabit.

Untuk mengetahui perkembangan Bob Kuman, untuk mengetahui perbualan Bob bersama Mazidul Akmal Sidik, untuk menghulurkan bantuan, sila ke blog Saudara Mazidul Akmal Sidik, sumber asal entry ini. Terima kasih.

------------

Update : Bob Kuman Meninggal Dunia


5 comments:

  1. macam ni la org seni, x semua bernasib baik.. semoga bob cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. bob hebat.. kenapa dia tiada duit.. erm.. harap2, ahli2 berkaitan seni boleh bantu dia..

    ReplyDelete
  3. @padlieBetul tu...orang kata jadi orang seni ni belumtentu dapat menjamin masa depan...waktu tengah laku, ok lah..dah lama2....dah tak popular,susah nak cari makan..moga bob cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. @fairusDuit bro....kaau banyak yang masuk,banyak juga yang keluarnya..macam bob mungkin dia terpaksa menaggung kos perubatan dia...bob pun bukan banyak sangat terima tawaran berlakon...dia terkenal pun bukan sebab rupa kan..

    ReplyDelete
  5. Such a sad thing to happen to someone who is talented and he is a local artist. . Why does this happen to our local artist? May god bless his soul.. Rest in peace bob kuman

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks