Sendayu Tinggi Mohon Maaf
Berikutan penemuan bahan racun berbahaya, Sibutramine didalam sejenis produk minuman pelangsing badan terkenal. Pihak Sendayu Tinggi telah tampil memohon maaf terhadap pengguna minuman pelangsing badan keluaran mereka.
Pengarah Urusan Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim menyatakan syarikat mereka tidak terlibat didalam pembuatan produk minuman plangsing badan tersebut. Ia adalah kesilapan pembekal yang merupakan pakar pemakanan yang dilantik pihak Sendayu Tinggi.
Berikutan insiden penemuan bahan racun berbahaya didalam minuman pelangsing badan keluaran syarikat Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim menyatakan bahawa penjualan produk minuman pelangsing badan tersebut akan dibekukan sehingga siasatan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi selesai dijalankan.
Disamping itu, Rozita Ibrahim memberi jaminan bahawa produk Sendayu Tinggi yang lainnya yang berada dipasaran selamat digunakan
Sumber : Utusan Online 17 Apr 2012
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
Kesian Rozita...
ReplyDeleteHARAP MEREKA LEBIH BERHATI2 DI MASA AKAN DATANG.. KADANGKALA, ORANG TIDAK SUKA KITA BERJAYA.. MUNGKIN ADA UNSUR KHIANAT.. MANALAH TAU..
ReplyDeletesebab tu pihak berkuasa kena slalu check..
ReplyDeleteape yg jd mungkin peringatan drpd ALLAH s.w.t...siapa tahu?????
ReplyDeleteKEMISKINAN PALING MISKIN ADALAH BODOH
ReplyDeleteKEKAYAAN PALING KAYA ADALAH AKAL
KUBURUKAN PALING BURUK ADALAH TERPESONA PADA DIRI SENDIRI
bila kaye saja tapi research dan ilmu kurang utk run company maka jadi camni laa. internet ade buat laa research keatas ramuan product tu dulu. kan benda tu ada kertas kerja spatutnye dibentang dan dikaji dulu.