Sistem Autoresponder Percuma

Apa Fungsi Sistem Autoresponder
Pada yang baru nak berjinak-jinak atau yang baru nak belajar perniagaan internet ni, tentu ada yang kurang pasti apa sebenarnya Sistem Autoresponder ni? Apa sebenarnya fungsi Sistem Autoresponder dan bagaimana sistem ini membantu anda.
Jika anda tahu menggunakan email, anda sudah mempunyai basic atau asas didalam Sistem Autoresponder ini. Terkejut? :) Sistem autoresponder ini sama jer macam dengan email yang kita gunakan tu, bezanya Sistem Autoresponder ni kita boleh set waktu penghantaran email-email tersebut dan ianya akan bekerja secara auto untuk kita. Nama pun autoresponder kan. Jadi jika anda mempunyai web dan mempunyai sistem autoresponder ni didalam web anda, anda tak perlu risau sebab jika prospek anda masuk dalam web anda dan prospek tersebut mengunakan sistem autoresponder yang telah anda setkan, email akan dihantar kepada prospek tersebut secara auto walaupun anda sedang tidur.


Jenis Jenis Sistem Autoresponder
Terdapat banyak sistem autoresponder, ada yang percuma, ada yang berbayar. Ada yang mahal, ada yang murah dan ada pula yang ikut pakej. Tengok screenshot kat bawah

Kebiasaanya, penyedia Sistem Autoresponder ni mengenakan bayaran untuk setiap bulan. Tak kira lah berapa ramai yang 'subcribes', anda tetap perlu bayar servis penyedia Sistem Autoresponder ni setiap bulan.
Tetapi diantara kesemua penyedia Sistem Autoresponder diatas, ada satu penyedia Sistem Autoresponder ni yang hanya mengenakan bayaran sekali sahaja seumur hidup :) Dan yang menarik, ianya dibangunkan oleh orang Malaysia sendiri. Mana pilihan anda? Servis yang mengenakan bayaran per bulan atau sekali seumur hidup dengan pakej yang sama?
Tak perlu bercerita panjang, anda lihat sendiri apa kata mereka yang telah menggunakan Sistem Autoresponder buatan anak tempatan ini..... Zasssssss.....
Lelaki Bergelar Ustaz Miliki 11 Orang Isteri
| Lelaki ini didalam satu majlis nikah bersama salah seorang isteri yang berjaya dipercaya |
Dalam Islam, seorang lelaki hanya boleh memiliki 4 orang isteri sahaja dalam satu satu masa. Lain pula dengan kes yang berlaku di Kuala Lumpur dimana seorang lelaki ini memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri. Bermodalkan 'ayat power', berperawatakan warak dan pakar memalsukan dokumen-dokumen bagi meyakinkan jabatan agama islam.
Menurut kes, lelaki ini mengaku bujang terhadap wanita yang ingin dinikahinya selain meraih simpati kononnya rumahtangganya mengalami masalah. Kadang mengaku telah bercerai. Ada diantara 'isteri-isteri' lelaki ini mengaku ditinggalkan hanya setelah sehari berkahwin.
Salah seorang isteri lelaki ini, Naimah Ismail (bukan nama sebenar) 24 tahun, berkata dia ditinggalkan selepas 4 hari berkahwin dan kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit.
Menggunakan gelaran ustaz, lelaki ini sebelum ini pernah menipu pengujung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah. Selain itu lelaki ini juga pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan kegiatannya untuk seketika selepas wajahnya terpampang di dada akhbar atas pertuduhan jenayah.
Sumber Lelaki Miliki 11 Orang Isteri - HMetro
p/s : Nama lelaki ni........ Ustaz Keparat
Admin
1:07 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaReview Filem Hantu Kapcai

Hahaha.... Ok ok.. Aku gelak sebab aku beranggapan semua orang dah tengok filem Hantu Kapcai yang ditayangkan 27 Sept yang lalu. Aku jer yang baru tengok malam ni... Sungguh aku ketinggalan.. :p
Yang buat filem Hantu Kapcai ni menarik atau yang menjadi daya penarik kepada filem hantu kapcai ni pada aku dua orang pelakon dia la kot iaitu Fizz Fairuz sebagai Ibrahim dan juga Zizan Razak sebagai Ajib .. Memang lawak dua orang ni.. Si Zizan tak yah cerita la memang pelawak pun, Si Fizz Fairuz ni pula watak serius pun boleh, watak kelakar pun boleh, suam suam kuku la.. Bila suam suam kuku jadi la lawak selamber... ;p
Yang si Remy Ishak (Tiger) ni...... Boleh la... Penambah perisa la orang kata untuk menguatkan lagi filem ni.
Yang si Neelofa (Khatijah) ni pula sebagai penghias la kot... watak dia biasa biasa sahaja...watak ringan untuk lebih mencorakkan filem Hantu Kapcai ni.
Itu dari segi barisan pelakon, dari segi jalan cerita.....
Filem Hantu Kapcai ni bergenre komedi seram..... Dari segi komedi memang A, memang menjadi... boleh gelak sorang sorang kalau tengok filem ni. Tabik kat Fizz Fairuz kerana membawa watak yang baik (Muka serius yang lawak) Dari segi seram, tak ada seram pun, tak ada hantu pun. Si Zizan yang dikatakan menjadi hantu tu pun make-up dia tak der la berupa hantu. Macam halimunan jer pun watak dia... orang tak nampak, itu jer. Cuma dari segi logik tu..... Yang ni cam ner nak komen erk... Nak kata logik...tak logik. Nak kata tak logik, logik. Haish.... Yang tak logik tu si Zizan tu dah mati tapi boleh pula si Fizz Fairuz ni nampak dia. Boleh pula melawak.. Hantu lawak betul la Zizan ni.. Bab logik tu pula memang ada roh orang mati yang tak tenteram berlegar-legar di awangan kan. Tak diterima bumi... Macam tu la kot.
Yang menjadikan filem Hantu Kapcai ni sedikit kontroversi adalah waktu scene kat awangan tu waktu adik Ajib (Zizan) tak sedar tu pas tu jumpa Zizan kat "awangan".... Kat mana tu?? Syurga ker?? Yang ni agak kontroversi sikit, aku google pun ramai cakap pasal ni... Kalau awangan tu ditukar kepada kepulan asap mungkin boleh la penonton terima kan, masuk la akal sikit.. Pandangan aku la.
Dari segi morality, ada la mesej dia dimana filem hantu kapcai ni ajak kita jaga mak bapa kita kan, macam Ajib sewaktu hidup dia, dia bantu mak dia cari duit untuk menyembuhkan penyakit mak dia tu. Yang tak kena tu, cara si Ajib mendapatkan wang tu, filem ni macam menggalakkan rempit pula atau mendapatkan duit dengan berlumba.... Adeh...
Ada pula watak YB.... huhuhu... Sponser pula perlumbaan kat kampung Ajib ni... Penerbit macam ada maksud tersirat jer.....hehehe..
Secara keseluruhan....boleh la sekadar menghiburkan hati filem Hantu Kapcai ni.... Kelakar...kata ngkooooo.....
Tonton filem Hantu Kapcai Online
Sesaper yang belum tengok filem ni (aku jer kot yang belum tengok), rasa nak tengok boleh tengok kat sini :)
Diskaun 50% Harga Tiket KTMB Komuter Mulai 1 Nov 2012

Mulai 1 Nov 2012, mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3000 akan mendapat 50% diskaun dengan pembelian tiket KTMB Komuter selama setahun iaitu dari 1 Nov 2012 hingga 31 Oktober 2013.
Susulan dengan pengumuman pemberian diskaun 50% dengan pembelian tiket KTMB Komuter tersebut, kad komuter 1Malaysia akan diperkenalkan sebagai kad identifikasi dan akan diberikan kepada mereka yang layak.
Mereka yang layak mendapat diskaun tiket KTMB komuter ini boleh membeli tiket dengan potongan harga 50% di semua stesen KTM komuter dengan menunjukkan kad komuter 1Malaysia beserta kad pengenalan masing-masing.
Setiap mereka yang layak hanya boleh memiliki 1 sahaja kad komuter 1Malaysia tersebut dimana pengeluaran kad tersebut melibatkan caj sebanyak RM1 dan jika berlaku kehilangan, mereka akan dikenakan denda sebanyak RM5.
Permohonan 50% diskaun tiket KTMB Komuter
Borang permohonan diskaun tiket KTMB Komuter boleh dibuat di semua stesen komuter dan juga laman web KTM di http://ktmb.com.my mulai sekarang.
Bagi tujuan pendaftaran dan pengeluaran kad komuter 1malaysia pula, sebanyak 20 kaunter khas akan dibuka di tujuh stesen utama iaitu stesen KL Sentral, Kepong Sentral, Tanjung Malim, Subang Jaya, Sentul, Bangi dan Sungai Gadut.
Kaunter pendaftaran akan dibuka mulai 22 Oktober 2012 yang akan beroperasi selama sebulan dari jam 11 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali cuti umum.
Sumber Diskaun 50% Tiket KTMB Komuter - SinarHarian
Admin
3:58 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaTips Mencegah Penyakit Kanser

Sekarang ni atau lebih tepat zaman sekarang banyak sangat kita dengar orang kena kanser atau barah, macam-macam kanser, kanser hati, kanser usus, kanser prostat, kanser payudara dan macam-macam kanser lah. Baru-baru ni, masuk berita pelakon veteran Kuswadinata terlantar tenat disebabkan kanser usus yang dihidapi.
Kenapa aku cakap zaman sekarang?? Kalau dulu agak jarang la kita dengar pasal kanser-kanser ni, yang selalu kita dengar, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi, tu pun penghidapnya sememangnya dah berumur. Sesuai lah dengan daya tahan tubuh yang dah lama beroperasi... Yang kanser ni kadang kita dengar orang muda pun dah ada yang kena kanser ni. Kenapa yer? 1 gaya hidup, 1 lagi pemakanan lah kot. Pemakanan sekarang banyak sangat yang dicampur itu la ini la, asid itu la asid ni la, contoh paling senang makanan segera. Sebab tu orang-orang tua pesan jangan selalu sangat makan makanan segera... Ada logik?
Kat bandar-bandar aku tak tahu la macam mana tahap kesihatan orang-orang yang berumur ni, kalau kat kampung aku tengok orang tua yang berumur 70 80 tahun sihat lagi, cergas lagi. Sebabnya faktor pemakanan la kot...
cPetua Pemakanan Mencegah Kanser
Orang kata mencegah lebih baik dari mengubat.
Bila dah kena kanser, jumpalah doktor, bila dah jumpa doktor, telan lah pil-pil apa segala, rawatan-rawatan chemotherapy bagai. Jadi sebelum kena, jom kita cegah kanser dengan pengambilan-pengambilan makanan pencegah kanser dibawah.
Avocado

Khasiat Avocado :-
Kaya dengan gluthatione iaitu antioksidan terbaik bagi melawan radikal bebas dalam badan dengan menghalang usus daripada menyerap sesetengah lemak yangmenjadi punca kanser usus.
Membekalkan pottasium kepada badan
Sebagai sumber Beta Carotene yang baik
Baik untuk merawat Hepatitis bervirus (penyebab kanser hati)
Brokoli

Khasiat Brokoli :-
Mengandungi Indole-3-Carbinol, menukarkan estrogen penggalak kanser kepada estrogen penghalang kanser.
Antioksidan Lutein dan Zeaxanthin yang boleh mengurangkan risiko terkena kanser prostat.
Mengandungi Fitokimia yang boleh mencegah kanser kolon dan kanser rektum.
Lobak Merah

Khasiat Lobak Merah :-
Beta Carotene - Mengurangkan risiko pelbagai kanser seperti kanser payudara, kanser paru-paru, kanser mulut, kanser kerongkong, kanser perut, kanser usus, kanser kolon, kanser pundi dan kanser prostat.
Falcarinol - Membantu mengurangkan kanser.
Cili Merah

Khasiat Cili Merah :-
Mengandungi bahan kimia Capsaicin iaitu bahan yang boleh meneutralkan nitrosamines (bahan penyebab kanser)
Flax

Khasiat Flax :-
Lignin yang bertindak sebagai antioksidan dengan menghalang sel berubah menjadi sel kanser.
Kaya dengan Omega-3 yang membantu mencegah kanser kolon dan sakit jantung.
Bawang Putih

Khasiat Bawang Putih :-
Mengandungi sebatian allium penggalak imun (dialyl sulfides) iaitu meningkatkan sel imun bagi melawan kanser dan menjadi pengurai bahan penyebab kanser dengan cara menghalang karsinogen memasuki sel dan ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan. Mengurangkan risiko kanser perut dan dan kanser kolon.
Limau Bali/Limau Abung

Khasiat Limau Bali :-
Mototerpenes - Menghalang kanser dengan menyingkirkan karsinogen dari badan.
Kaya dengan Vitamin C, Beta Carotene dan Asid Folik
Anggur Merah

Khasiat Anggur Merah :-
Biofalvonoid - antioksidan yang kuat menghalang kanser
Resveratol - Menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan se kanser dan menekan respon imun.
Ellagic Acid - Sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan oleh sel kanser dan menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan dan terbantut.
Sayur-Sayuran Hijau Dan Kuning

Khasiat Sayuran Hijau Dan Kuning :-
Mengurangkan risiko kanser perut
Cendawan/Kulat

Khasiat Cendawan :-
Polysaccharides (lentinan) - Meningkatkan sistem imun badan
Beta Glucan dan Protein (lectin) - Berfungsi menyerang sel kanser dan menghalang pertumbuhan sel kanser.
Thioproline - Meransang pengeluaran interferon dalam badan.
Kekacang

Khasiat Kekacang :-
Mengandungi antioksidan quercetin dan campferol yang berfungsi menekan pertumbuhan sel kanser.
Limau / Lemon

Khasiat Limau/Lemon :-
Mengandungi Limonene yang meransang sel imun pembunuh kanser (lymphocytes) dengan mengurai bahan penyebab kanser.
Betik

Khasiat Betik :-
Sebagai antioksidan yang mampu mengurai penyerapan nitrosamines (penyebab kanser) dari tanah atau makanan diproses
Rasberi

Khasiat Rasberi :-
Mengandungi vitamin, mineral, antioksidan (anthocyanins) yang boleh mencegah kanser
Rumpai Laut

Khasiat Rumpai Laut :-
Mengandungi mineral seperti Pottasium, Kalsium, Magnesium, Iron dan Iodine. Beta Carotene, Protein, Vitamin B12, Klorofil, Chlorophylone (asid lemak yang penting melawan kanser payudara)
Produk Soya (Tofu, Tauhu)

Khasiat Produk Soya :-
Phytoestrogen yang berfungsi mencegah kanser payudara dan prostat serta menghalang perubahan sel kepada sel kanser.
Daun Teh

Khasiat Daun Teh :-
Mengandungi antioksidan polyphenol (catechins) yang menghalang sel kanser merebak.
Mengandungi fitokimia epigallocathecin gallate (EGCG) yang melekat pada protein sel tumor dan seterusnya memperlahankan pertumbuhan tumor.
Tomato

Khasiat Tomato :-
Antioksidan Lycopene yang menyerap molukel oksigen bebas atau radikal bebas yang meransang kanser terutama kanser mulut.
Kaya dengan Vitamin C
Kunyit Hidup

Khasiat Kunyit Hidup :-
Menghalang pengeluaran enzim cyclo-oxygenase 2 yang sering dikaitkan dengan keradangan dan penyebab kanser kolon atau rektum.
Fiber / Serat

Khasiat Fiber :-
Mampu mencegah kanser terutama kanser prostat.
Jus Epal Tak Bertapis

Khasiat Jus Epal Tak Bertapis :-
Berupaya mencegah kanser kolon.
Selain daripada pengambilan makanan-makanan pencegah kanser diatas, gaya hidup sihat perlu juga diamalkan seperti melakukan senaman untuk menguatkan lagi daya tahan tubuh.
Sumber Tips Mencegah Penyakit Kanser - Food To Prevent Cancer
Admin
1:23 PM
New Google SEO
Bandung, IndonesiaMengandungi sebatian allium penggalak imun (dialyl sulfides) iaitu meningkatkan sel imun bagi melawan kanser dan menjadi pengurai bahan penyebab kanser dengan cara menghalang karsinogen memasuki sel dan ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan. Mengurangkan risiko kanser perut dan dan kanser kolon.
Limau Bali/Limau Abung

Khasiat Limau Bali :-
Mototerpenes - Menghalang kanser dengan menyingkirkan karsinogen dari badan.
Kaya dengan Vitamin C, Beta Carotene dan Asid Folik
Anggur Merah

Khasiat Anggur Merah :-
Biofalvonoid - antioksidan yang kuat menghalang kanser
Resveratol - Menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan se kanser dan menekan respon imun.
Ellagic Acid - Sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan oleh sel kanser dan menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan dan terbantut.
Sayur-Sayuran Hijau Dan Kuning

Khasiat Sayuran Hijau Dan Kuning :-
Mengurangkan risiko kanser perut
Cendawan/Kulat

Khasiat Cendawan :-
Polysaccharides (lentinan) - Meningkatkan sistem imun badan
Beta Glucan dan Protein (lectin) - Berfungsi menyerang sel kanser dan menghalang pertumbuhan sel kanser.
Thioproline - Meransang pengeluaran interferon dalam badan.
Kekacang

Khasiat Kekacang :-
Mengandungi antioksidan quercetin dan campferol yang berfungsi menekan pertumbuhan sel kanser.
Limau / Lemon

Khasiat Limau/Lemon :-
Mengandungi Limonene yang meransang sel imun pembunuh kanser (lymphocytes) dengan mengurai bahan penyebab kanser.
Betik

Khasiat Betik :-
Sebagai antioksidan yang mampu mengurai penyerapan nitrosamines (penyebab kanser) dari tanah atau makanan diproses
Rasberi

Khasiat Rasberi :-
Mengandungi vitamin, mineral, antioksidan (anthocyanins) yang boleh mencegah kanser
Rumpai Laut

Khasiat Rumpai Laut :-
Mengandungi mineral seperti Pottasium, Kalsium, Magnesium, Iron dan Iodine. Beta Carotene, Protein, Vitamin B12, Klorofil, Chlorophylone (asid lemak yang penting melawan kanser payudara)
Produk Soya (Tofu, Tauhu)

Khasiat Produk Soya :-
Phytoestrogen yang berfungsi mencegah kanser payudara dan prostat serta menghalang perubahan sel kepada sel kanser.
Daun Teh

Khasiat Daun Teh :-
Mengandungi antioksidan polyphenol (catechins) yang menghalang sel kanser merebak.
Mengandungi fitokimia epigallocathecin gallate (EGCG) yang melekat pada protein sel tumor dan seterusnya memperlahankan pertumbuhan tumor.
Tomato

Khasiat Tomato :-
Antioksidan Lycopene yang menyerap molukel oksigen bebas atau radikal bebas yang meransang kanser terutama kanser mulut.
Kaya dengan Vitamin C
Kunyit Hidup

Khasiat Kunyit Hidup :-
Menghalang pengeluaran enzim cyclo-oxygenase 2 yang sering dikaitkan dengan keradangan dan penyebab kanser kolon atau rektum.
Fiber / Serat

Khasiat Fiber :-
Mampu mencegah kanser terutama kanser prostat.
Jus Epal Tak Bertapis

Khasiat Jus Epal Tak Bertapis :-
Berupaya mencegah kanser kolon.
Selain daripada pengambilan makanan-makanan pencegah kanser diatas, gaya hidup sihat perlu juga diamalkan seperti melakukan senaman untuk menguatkan lagi daya tahan tubuh.
Sumber Tips Mencegah Penyakit Kanser - Food To Prevent Cancer





