Review Filem Hantu Kapcai

Review Filem Hantu Kapcai

Review Filem Hantu Kapcai
Hahaha.... Ok ok.. Aku gelak sebab aku beranggapan semua orang dah tengok filem Hantu Kapcai yang ditayangkan 27 Sept yang lalu. Aku jer yang baru tengok malam ni... Sungguh aku ketinggalan.. :p

Yang buat filem Hantu Kapcai ni menarik atau yang menjadi daya penarik kepada filem hantu kapcai ni pada aku dua orang pelakon dia la kot iaitu Fizz Fairuz sebagai Ibrahim dan juga Zizan Razak sebagai Ajib .. Memang lawak dua orang ni.. Si Zizan tak yah cerita la memang pelawak pun, Si Fizz Fairuz ni pula watak serius pun boleh, watak kelakar pun boleh, suam suam kuku la.. Bila suam suam kuku jadi la lawak selamber... ;p
Yang si Remy Ishak (Tiger) ni...... Boleh la... Penambah perisa la orang kata untuk menguatkan lagi filem ni.
Yang si Neelofa (Khatijah) ni pula sebagai penghias la kot... watak dia biasa biasa sahaja...watak ringan untuk lebih mencorakkan filem Hantu Kapcai ni.

Itu dari segi barisan pelakon, dari segi jalan cerita.....
Filem Hantu Kapcai ni bergenre komedi seram..... Dari segi komedi memang A, memang menjadi... boleh gelak sorang sorang kalau tengok filem ni. Tabik kat Fizz Fairuz kerana membawa watak yang baik (Muka serius yang lawak) Dari segi seram, tak ada seram pun, tak ada hantu pun. Si Zizan yang dikatakan menjadi hantu tu pun make-up dia tak der la berupa hantu. Macam halimunan jer pun watak dia... orang tak nampak, itu jer. Cuma dari segi logik tu..... Yang ni cam ner nak komen erk... Nak kata logik...tak logik. Nak kata tak logik, logik. Haish.... Yang tak logik tu si Zizan tu dah mati tapi boleh pula si Fizz Fairuz ni nampak dia. Boleh pula melawak.. Hantu lawak betul la Zizan ni.. Bab logik tu pula memang ada roh orang mati yang tak tenteram berlegar-legar di awangan kan. Tak diterima bumi... Macam tu la kot. 

Yang menjadikan filem Hantu Kapcai ni sedikit kontroversi adalah waktu scene kat awangan tu waktu adik Ajib (Zizan) tak sedar tu pas tu jumpa Zizan kat "awangan".... Kat mana tu?? Syurga ker?? Yang ni agak kontroversi sikit, aku google pun ramai cakap pasal ni... Kalau awangan tu ditukar kepada kepulan asap mungkin boleh la penonton terima kan, masuk la akal sikit.. Pandangan aku la.

Dari segi morality, ada la mesej dia dimana filem hantu kapcai ni ajak kita jaga mak bapa kita kan, macam Ajib sewaktu hidup dia, dia bantu mak dia cari duit untuk menyembuhkan penyakit mak dia tu. Yang tak kena tu, cara si Ajib mendapatkan wang tu, filem ni macam menggalakkan rempit pula atau mendapatkan duit dengan berlumba.... Adeh...

Ada pula watak YB.... huhuhu... Sponser pula perlumbaan kat kampung Ajib ni... Penerbit macam ada maksud tersirat jer.....hehehe..

Secara keseluruhan....boleh la sekadar menghiburkan hati filem Hantu Kapcai ni.... Kelakar...kata ngkooooo.....

Tonton filem Hantu Kapcai Online

Sesaper yang belum tengok filem ni (aku jer kot yang belum tengok), rasa nak tengok boleh tengok kat sini :)

1 comments:

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks