Budak Menghidap Penyakit Kulit Misteri

Budak 11 Tahun Menghidap Penyakit Kulit Misteri Seakan Kulit Pokok

Orang Pokok Indonesia, Dede

Pernah dengar kisah 'orang pokok', Dede dari Indonesia satu ketika dahulu yang pernah masuk majalah Mastika juga tersiar dalam rancangan 'My Shocking Story' di  Astro Discovery Channel pada November 2007 yang lalu?

Dede yang dikatakan mengalami penyakit kulit misteri sehingga kulitnya ditumbuhi ketuat yang seakan hidup dan berterusan tumbuh di kulit Dede walaupun telah menjalani beberapa pembedahan bagi membuang ketuat tersebut.

Budak 11 Tahun Menghidap Penyakit Kulit Misteri

Nasib yang hampir sama dialami oleh adik Nurirmayati Semaun 11 tahun dari Kampung Kedondong, Pasir Mas Kelantan. Adik Nurirmayanti yang juga menghidap masalah Sindrom Down terpaksa berhenti sekolah akibat dari penyakit kulit yang dialami dan kini dijaga oleh ibunya Rohimah Salleh, 51 tahun.

Keadaan adik Nurirmayanti semakin hari semakin teruk akibat kulitnya mengelupas dan ditumbuhi keruping, malah kakinya seperti berakar.

 Masalah adik Nurirmayanti amat dibimbangi bapanya, Semaun Ismail, 59 yahun yang hanya bekerja sebagai tukang kebun dengan gaji tetap RM500 sebulan dan terpaksa memperuntukkan RM200 untuk ubat-ubat-ubatan adik Nurirmayanti.

Sumber - HMetro

0 comments:

Post a Comment

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks