Pengesan Kamera AES | AES Detector
Hah!! Dia mai dah dia mai dah!! Sebelum ni kecoh orang memperkatakan tentang Kamera Automated Enforment System (AES) yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Penguatkuasa Jalan (JPJ) baru-baru ni... Maka ramai lah yang memberi komen tentang Kamera AES ni yang melampau-lampau cekapnya... Ada yang memberi komen positif, ada komen negatif. Ada yang setuju dengan perlaksanaan kamera AES ni ada pula yang sebaliknya.
Jadi kepada sesaper yang tak setuju dengan perlaksanaan kamera AES ni yang sememangnya nak mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan dalam masa yang sama 'mencekik duit poket rakyat'...kot, korang boleh la download satu perisian ni yang mampu mengesan kehadiran 'makhluk asing' bernama kamera AES ni dekat handphone android korang masing-masing yer. Senang jer, pergi dekat 'Play Store' atau Google, taip la 'AES Detector', maka terpacullah applikasi AES Detector ni :) Free jer pun. Applikasi ni dibangunkan oleh Kevin Chua.
Untuk mengaktifkan applikasi AES Detector ni, kena la aktifkan sekali sistem GPS kat phone korang tu. Kalau tak, tak berfungsi la applikasi tersebut. Sekiranya terdapat kamera AES di kawasan pemanduan korang tu, applikasi ni akan memberi amaran dengan mengeluarkan bunyi dan applikasi 'AES Detector' ni mampu mengesan kamera AES ni sejauh 1000 meter dari titik pemanduan korang.
Aku baru jer install AES Detector ni, tak test pun lagi. Kepada yang tinggal dekat dengan area kemunting atau Perak Utara atau sering melalui Lebuh Raya km 205.6 Taiping Utara, berdekatan dengan susur keluar Tol Kemunting, boleh try. Kat situ ada 1 kamera AES..... Sekali macam halilintar da flash dia...... Kawan aku la cakap :)
Lokasi Kamera AES
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
BAGUS JUGAK NI.. MAMPU MEMBERI AMARAN AWAL SEBELUM TERKENA..
ReplyDelete