Diskaun 50% Harga Tiket KTMB Komuter Mulai 1 Nov 2012
Mulai 1 Nov 2012, mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3000 akan mendapat 50% diskaun dengan pembelian tiket KTMB Komuter selama setahun iaitu dari 1 Nov 2012 hingga 31 Oktober 2013.
Susulan dengan pengumuman pemberian diskaun 50% dengan pembelian tiket KTMB Komuter tersebut, kad komuter 1Malaysia akan diperkenalkan sebagai kad identifikasi dan akan diberikan kepada mereka yang layak.
Mereka yang layak mendapat diskaun tiket KTMB komuter ini boleh membeli tiket dengan potongan harga 50% di semua stesen KTM komuter dengan menunjukkan kad komuter 1Malaysia beserta kad pengenalan masing-masing.
Setiap mereka yang layak hanya boleh memiliki 1 sahaja kad komuter 1Malaysia tersebut dimana pengeluaran kad tersebut melibatkan caj sebanyak RM1 dan jika berlaku kehilangan, mereka akan dikenakan denda sebanyak RM5.
Permohonan 50% diskaun tiket KTMB Komuter
Borang permohonan diskaun tiket KTMB Komuter boleh dibuat di semua stesen komuter dan juga laman web KTM di http://ktmb.com.my mulai sekarang.
Bagi tujuan pendaftaran dan pengeluaran kad komuter 1malaysia pula, sebanyak 20 kaunter khas akan dibuka di tujuh stesen utama iaitu stesen KL Sentral, Kepong Sentral, Tanjung Malim, Subang Jaya, Sentul, Bangi dan Sungai Gadut.
Kaunter pendaftaran akan dibuka mulai 22 Oktober 2012 yang akan beroperasi selama sebulan dari jam 11 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali cuti umum.
Sumber Diskaun 50% Tiket KTMB Komuter - SinarHarian
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
ERM.. BAGUSLAH.. DAPAT RINGANKAN SEDIKIT BEBAS BAGI MEREKA YANG MEMANG SELALU NAIK KOMUTER. SATU LAGI, IA MENGGALAKAN ORANG RAMAI MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM. KALAU DAH RAMAI GUNA PENGANGKUTAN AWAM, MAKANYA KURANGLAH NANTI KESESAKKAN LALU LINTAS.
ReplyDelete