Home » » Keadaan Kuswadinata Kini Kritikal

Keadaan Kuswadinata Kini Kritikal

Pelakon Veteran Kuswadinata Kini Kritikal

Pelakon Veteren Kuswadinata

Tentu ramai yang kenal dengan pelakon veteran bernama Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 74 tahun. Pelakon satu era dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Kalau dulu sewaktu era kegemilangan Kuswadinata di atas pentas, pelbagai watak yang dipegang. Kini beliau hanya mampu terbaring lemah di Hospital Ampang sejak 7 Oktober lalu ekoran penyakit pendarahan pada usus kecil dan kanser kalenjar yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu.

Menurut anak bongsu Kuswadinata, Rizal 23 tahun, keadaan bapanya bertambah kritikal dan lemah apabila pendarahan pada ususnya merebak dan jantungnya boleh berhenti pada bila-bila masa.

Doktor juga telah memaklumkan bahawa Kuswadinata tiada harapan untuk hidup lagi walaupun dari segi luaran Kuswadinata kelihatan sihat.

Keadaan Kuswadinata Kritikal

Selain pendarahan usus, Kuswadinata juga menghidapi penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga menyukarkan beliau membuang air kecil. Menurut isteri Kuswadinata, Kamariah Mohd Said, 57, Kuswadinata telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Sepetember lalu akibat kompilasi penyakit yang sama.

Menurut isterinya lagi, penyakit suaminya mungkin berpunca daripada kanser usus yang dihidapi pada 2008 dan pernah menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur.

Datuk Freddie Fernandez, selaku presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang hadir melawat Kuswadinata bersama pihak media telah menghulurkan sumbangan bagi mengurangkan beban yang ditanggung keluarga pelakon veteran tersebut.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment