Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian...... Kita dah pun memasuki 10 hari terakhir didalam bulan Ramadhan. Bagaimana puasa-puasa korang? Harap rekod masih bersiha la yer. hehe........ Dah lama rasanya tak buat entry sengal-sengal... hhohohho...
Ok. entry kali ni bukan entry sengal.
Bapa Bayi Kembar Tiga Mohon Bantuan
Kisah sepasang suami isteri ni pernah masuk berita TV3 baru-baru ni. Aku sempat tengok sekilas. Kisah pasangan suami isteri ni juga dah pun mendapat liputan media cetak dengan tersiarnya kisah diorang dalam Utusan Malaysia 17 Ogos baru-baru ni.
Bapa Kembar Tiga Mohon Bantuan - Utusan Malaysia |
Walaupun aku belum berkeluarga.... dan sah-sah la aku belum ada anak kan. Tapi aku tahu susahnya untuk menyara seorang bayi terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan. Sebab aku ada kawan yang susah macam ni, tapi bukan anak kembar la. Walaupun bukan kembar tapi cukup perit aku tengok dia nak besarkan anak dia yang seorang tu. Ini kan pula 3. Korang yang dah berkeluarga aku rasa lagi sedia maklum la kan. Bukan sikit duit wooo.... Pampers jer dah berapa ringgit, susu lagi.... Dengan pendapatan RM400, sememangnya tak cukup.
Ketepikan alasan dibawah :
** "Ala...suami dia kuat, bini dia boleh kerja. Boleh tampung la"
** "Itu la... &^$$&* sangat. Kan dah dapat kembar"
** "Janganla nak meminta sangat. Usaha sendiri la"
** " Ala, pihak berwajib ada"
JANGAN BILA KES ORANG ISLAM KITA ATAU PASANGAN NI PERGI KE GEREJA MINTA BANTUAN SEBAB TAK DAPAT BANTUAN DARI KITA SAUDARA ISLAM DIA, BARU KITA NAK MENYALAK HINA-HINA DIORANG, SALAHKAN DIORANG. TEPUK DADA TANYA SELERA. BAK KATA NABIL RJ... LU FIKIR SENDIRI
Tak payah banyak... Macam kata mama kembar tiga ni yang juga ibu kepada kembar tiga. RM5 seorang, kalau 300 orang tak RM1.5K. Tak luak kot RM5 tu..
Sumbangan boleh diberikan menerusi akaun Bank Islam En. Mansor Bin Ibrahim : 02-048-02-051121-2
yang beralamat : Jalan Telekom, Kubang Rusa, Kampung Lalang, Mukim Siong 09100 Baling Kedah
Phone no : 013-4214573
Kita semua sibuk buat persiapan raya, sebaliknya bagi pasangan keluarga ini. So, sempena bulan mulia ni, jom kita ringankan beban keluarga ni yang hanya 1 dari mereka yang memerlukan bantuan.
---------------------------
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
Insya Allah sumbangan dari saya akan menyusul...
ReplyDeletelaa...orang baling..aku orang baling gak.tp jauh gak tu ngn area kampung lalang tu..kecian diorang
ReplyDeletekesiannya diorang
ReplyDeletemoga ramai yang membantu
mulianya hati ko..marilah kita panjang-panjangkan akan mesej nie
ReplyDeletememang ramai orang yang kurang berkemampuan dekat malaysia ni
ReplyDeleteMOGA ADA INSAN YANG MEMBANTU... INSYAALLAH...
ReplyDeletebila ada kes mcm ni..ke mana lah zakat rakyat Malaysia hulurkan selama ni? masa ni lah zakat diperlukan..hmm
ReplyDeleteinsyaAllah...terima kasih amry brkongsi...
ReplyDeletehttp://wanwidget.com/
ReplyDeletezakat oh zakat, dimanakan kau zakat, mainkan perananmu