Kadar Zakat Fitrah Bagi Seluruh Negeri Malaysia

Assalamualaikum rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung Amry's Blog sekalian. Pada tarikh entry ini dipublish, kita telah pun menyempurnakan hari ke-6 rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.
"(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa diantara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah satu kebaikan bagi dirinya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui." - (Surah Al-Bakarah : 184)
Daripada ayat diatas, dan seperti yang kesemua kita umat islam maklum, kita diwajibkan untuk membayar zakat apabila cukup syarat-syarat nya.



Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

SYARAT-SYARAT MENGELUARKAN ZAKAT

1. Islam
2. Mempunyai sesuatu yakni makanan, harta atau wang yang berlebihan untuk keperluan diri sendiri juga kerpeluan orang dibawah tanggungangnya untuk satu hari siang dan malam hari raya itu.
3. Menemui dua masa iaitu akhir ramadhan dan awal syawal. Orang yang meninggal sebelum terbenam matahari atau anak yang baru lahir selepas matahari terbenam malam satu syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

WAKTU-WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH

1. Waktu wajib - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan hingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu afdhal - Sebelum solat sunat hari raya
3. Waktu sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu makruh - Selepas sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu syawal
5. Waktu haram - Selepas terbenam matahari 1 Syawal

NIAT ZAKAT FITRAH

"Wang sebanyak $___ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala"

Dibawah disenaraikan kadar zakat fitrah bagi setiap negeri untuk tahun 1432 H/2011M
Kadar zakat fitrah 1432H/2011M

9 comments:

  1. jgn lupa bayar tau bro amry
    :-)

    http://hansrollodepelicula.blogspot.com/2011/08/kontroversi-iklan-ramadhan-8tv-dan-tv9.html

    ReplyDelete
  2. Sekarang ini hendak bayar zakat fitrah tidak susah selain masjid ada dibuka kaunter pembayaran di pusat membeli belah memudah umat islam membayarnya

    ReplyDelete
  3. Tahun lepas pembayaran zakat boleh dibuat hanya melalui laman web utama lembaga zakat. Transfer duit zakat melalui bank.

    Kalau ikut pengalaman tahun lepas, nak guna kemudahan online banking, bayaran zakat bakal dikira untuk dua orang sekali. Jadi walaupun nak bayar hanya untuk seorang, kena bayar untuk 2 orang sekali gus

    ReplyDelete
  4. Ko dah ada tanggungan ke nih?

    ReplyDelete
  5. @sabree hussinO..kena bayar sekali 2 orang erk.....Hm....tak pernah bayar melalui online lagi

    ReplyDelete
  6. @JaiTanggungan??anak tu tak der..tapi aku kena tanggung adik aku belajar..huhu..kire tanggungan la tu kan? :P

    ReplyDelete
  7. balik kg nanti baru nak bayar...ehehe

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks