Nuzul Al-Quran |
SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN
Assalamualaikum rakan-rakan sekalian.... Hari ni selesai sudah kita mengerjakan ibadah puasa yang ke 17 iaitu 17 Ramadhan......
17 Ramadhan merupakan tarikh dimana berlakunya peristiwa Nuzul Al-Quran, iaitu pada malam jumaat di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.
Nuzul Al-Quran merupakan satu peristiwa Agung didalam sejarah umat manusia dimana Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan.
Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. (Surah Al-Baqarah, ayat 185)
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada nabi S.A.W.
Sebagai umat islam, kita hendakah beriman dan mempercayai segala isi kandungan Al-Quran. Malah beriman dengan Al-Quran merupakan salah satu rukun iman.
Sebagai umat islam, kita hendakah beriman dan mempercayai segala isi kandungan Al-Quran. Malah beriman dengan Al-Quran merupakan salah satu rukun iman.
Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Manakala Al-Quran pula bermaksud bacaan atau himpunan yang mana isi kandungannya meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, mualamat dan munakahat dan sebagainya. Al-Quran diturunkan secara berperingkat kepada nabi Muhamad selama kira-kira 23 tahun (13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah) mengikut peristiwa semasa yang berlaku.
Dan orang-orang yang kafir berkata : Mengapa tidak diturunkan kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus?) Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya dan Kami nyatakan bacaannya kepada mu dengan teratur satu persatu. (Al-Furqan : 32)
ANTARA KEHEBATAN AL-QURAN
1. Allah berfirman yang bermaksud. "Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun denan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka saling bantu membantu sesama sendiri. (Al-Israa' : Ayat 88)
2. Orang yang membaca, melihat dan menghafaz sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
3. Al-Quran merupakan sumber hidayah bagi kebahagian hidup manusia di dunia dan di akhirat.
4. Tidak sesiapa pun dikalangan umat manusia atau jin yang mampu mecipta ayat setanding Al-Quran. Firman Allah "Dan jika kamu merasa ragu-ragu denan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surahyang seumpamanya,ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yangbenar. (Al-Baqarah : Ayat 23)
5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi S.A.W
6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia Al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bermakna sifat kehebatan, keagungan dan kesaktian Al-Quran secara tersendiri dengan pengertian dan pemahaman yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.
7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. "Inilah kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunuk kepada orang yang bertaqwa" (Surah Al-Baqarah : Ayat 22)
8. Mendapat gajaran dan pahala kepada sesiapa yang membaca Al-Quran. " Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya"
"Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah ( Al-Quran) dan Sunnahku (Al-Hadis)
Peringatan untuk penulis dan sesiapa sahaja yang melawat Amry's Blog
Selamat menyambut Nuzul Al-Quran
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
:-)
ReplyDeletealhamdulillah
thanks 4 sharing
ReplyDeletejom baca al-quran selalu..
ReplyDeletebacalah sural al-hasyr ayat 21..kita akan tahu kenapa mukjizat ini diturunkan kpd manusia...
ReplyDeleteTERIMA KASIH DENGAN PERKONGSIAN ILMU NI BRO..
ReplyDeleteHans,SharingInfo,Faiz : Selamat Nuzul Quran... :)
ReplyDelete@sahromnasrudinBro Shahrom ni Ilmu mesti tinggi ni....Terima kasih bro..
ReplyDelete@fairusSama-sama bro..sma-sma kita belajar dan mendalam kan pengetahuan kita
ReplyDelete