Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H


Assalamualaikum rakan-rakan sekalian......Sedar tak sedar kita telah pun berada di penghujung Ramadhan. Terlalu pantas rasanya waktu berlalu. Bagaimana persiapan raya korang? Rumah dah berhias ker? Baju raya berapa pasang? Kuih raya banyak ker tahun ni? Yang dah berkeluarga tu, tahun ni raya dimana?

Semakin hampirnya syawal, semakin meriahlah suasana dirasakan terutama ibu bapa dikampung yang menyambut anak-anak mereka dari kota. Kita juga dapat lihat kalau dikampung hari-hari biasa lengang, kini penuh dengan kenderaan-kenderaan dari kota yang berpusu-pusu pulang. Kemeriahan semakin dirasai apabila ramai yang keluar membeli belah menyiapkan persiapan terakhir menyambut syawal yang bakal tiba.

Dalam kemeriahan kita menyambut syawal yang bakal tiba, janganlah kita lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik yang tidak dapat beraya bersama orang yang tersayang atau mereka yang kurang berkemampuan. Senangkanlah hati mereka agar mereka juga dapat menikmati susasana raya yang hanya setahun sekali ini. Dengan membuat orang lain gembira aku percaya kita akan lebih menikmati kegembiraan itu malah kegembiraan itu sukar digambarkan dengan kata-kata.

Awal Syawal rai kemenangan
Umat Islam saling berkunjungan
Tahmid bertakbir erti ketenangan
Bagi insan penuh kekurangan
Selamat menyambut hari lebaran

Takbir bergema di hening pagi
memohon keampunan ke hadrat Illahi
Kini Syawal menjelma lagi
Ku hulu ucapan salam Aidilfitri

Akhir kata dari aku, selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.
Ada salah silap, terkasar bahasa, harap dimaafkan.
Berhati-hati memandu di jalan raya.

7 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA BRO... MAAF ZAHIR DAN BATIN...

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya aidilfitri
    maaf zahir batin

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya...maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  4. terima kasih sudi singgah.. datang jenguk jengah kat blog ni..

    selamat hari raya aidilfitri.. moga ceria dan gembira di pagi raya..

    ReplyDelete
  5. salam kenal, selamat hari raya aidilfitri dari nurizspace.com

    ReplyDelete

Ping Site

Free Auto Malaysia Backlinks