Home » » Pemandu-pemandu, Sila ambil perhatian

Pemandu-pemandu, Sila ambil perhatian

Potong Q?
Semalam last day kerja shift malam setelah 4 malam terpaksa tidur sebelah mesin. Aisyeh!! Selama 4 malam berturut-turut tu lah hujan asyik mencurah sewaktu nak pergi kerja. Ish... Naik kereta tak apa lagi, menunggang yang masalahnya. Nak buat camner, nak save bajet :p

Jarak tempat kerja dari rumah lebih kurang 70KM yang merentasi 2 sempadan iaitu Penang dan juga Perak. Kemudahan lebuhraya digunakan sebaik-baiknya untuk kelancaran perjalanan. Tetapi apa yang telah membantutkan kelancaran tersebut adalah.......pemandu-pemandu Malaysia yang sangat "bertimbang rasa".

Semalam, sememangnya hujan agak lebat dan ditambah pula ada kerja-kerja membaik pulih jalan yang telah mengakibatkan jalan bertambah sesak. Dan disebabkan ketidaksabaran pemandu-pemandu ini, mereka telah menggunakan lorong motosikal  sebagai alternatif mereka untuk keluar dari kesesakan tersebut (bahasa famous dia -Potong Q). Bukan sahaja pemandu kereta, pemandu bas turut melakukan perbuatan yang sama. Saya sebagai penunggang motosikal agak marah juga dengan sikap tidak bertimbang rasa mereka ni. Tak terfikir ke perbuatan mereka tu akan membahayakan penunggang-penunggang motosikal lain yang turut menggunakan lebuhraya tersebut. Kesian la sikit kat kami yang kecil ni, dah la basah kuyup kena hujan, sukar pula untuk dilihat dalam keadaan hujan tu.... Kalau apa-apa jadi.....Siapa nak jawab?

So, artikel ni dituju khas untuk pemandu-pemandu Lebuhraya Utara Selatan Jawi-Juru dan untuk semua pemandu-pemandu di Malaysia amnya. Sila lah bertimbang rasa sewaktu memandu terutama pada hari hujan. Ye.

P/S: Nasihat untuk penunggang mtosikal juga, berhati-hati menunggang. Jangan merempit.
Kemalangan membabitkan penunggang motosikal.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Itulah, susah juga kalau berhadapan dengan pemandu yang tidak bertimbangrasa ini. Ingat lagi masa jammed dekat highway seremban masa cuti Tahun Baru Cina, banyakkkkk pemandu kereta yang guna lorong motorsikal sampai akhirnya petugas highway dengan polis trafik cuma tengok shj diorang lalu. Dah tidak kuasa hendak tahan...

    ReplyDelete
  2. @Pemerhati DuniaYang susahnya siapa PD, kami penunggang ni haaa....kadang geram betul ngan diorang tu...suka-suka hati jer potong-potong Q ni..
    Bhaya.

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment