Home » , , » Kenali Bahasa SEO, Meta-Tag. Bahagian 2

Kenali Bahasa SEO, Meta-Tag. Bahagian 2

Meta Tags
Bersambung dari post saya sebelum ini "Kenali Bahasa SEO, Meta-Tag. Bahagian 1". Pada post yang lalu saya ada terangkan apa itu Meta-Tag, pada post kali ini saya akan terangkan jenis Meta-Tag pula.


Dalam sesebuah Web atau Blog, 3 jenis Meta-Tag ini amat penting untuk meletakkan Web atau Blog didalam Search Engine atau Enjin Carian. 3 jenis Meta-Tag itu adalah :
1. Meta Title Tag
2. Meta Description Tag
3. Meta Keywords Tag
Ketiga-tiga Meta-Tag ini akan berada di awal phrase didalam Format HTML.


Meta Title Tag adalah Meta-Tag yang menceritakan apakah Title atau tajuk atau Head didalam sesebuah Web atau Blog itu. Format HTML untuk Meta Title Tag ini adalah
<title>Title/Tajuk/Head Blog</title>
Contoh Meta Title Tag untuk Blog saya adalah
<title>Amry's Blog</title>


Meta Description Tag pula adalah Sinopsis ringkas yang menceritakan tentang sesebuah Web atau Blog itu.
Format HTML untuk Meta Description Tag adalah
<meta content='Description/Sinopsis Blog' name='description'/>
Contoh Meta Description Tag untuk Blog saya adalah 
<meta content='Pendedahan|Perbincangan|Pendapat|Perkongsian' name='description'/>


Diantara ketiga-tiga jenis Meta-Tag ini, Meta Keywords Tag adalah Meta-Tag yang paling penting untuk meletakkan sesebuah Web atau Blog itu didalam enjin carian. Keywords adalah satu perkataan atau frasa yang boleh diletakkan didalam Title atau Description. Tetapi menjadi kewajipan untuk meletakkan Keyword didalam Body Teks Web atau Blog itu. Apabila Keywords yang dicari oleh seseorang itu didalam enjin dan Keywords tersebut ada didalam Web atau Blog anda, maka Web atau Blog tersebut akan tersenarai didalam enjin carian.
Format HTML untuk Keywords adalah
<meta content='Keywords' name='keywords'/>
Contoh Meta Keywords Tag saya
<meta content='Blog,Pendapat,Perkongsian.........' name='keywords'/>


Kenapa ketiga-tiga Meta-Tag ini penting dan perlu ada didalam Web atau Blog?
Didalam enjin carian, format yang ditunjukkan adalah dalam bentuk dibawah
<Title>
<Description/Teks Body>
<URL web/blog>
Apabila Keywords yang dicari terdapat didalam Title atau Description atau didalam Body Teks, maka Web atau Blog tersebut akan tersenarai didalam enjin carian.


Contoh. 
Abu ingin belajar mengenai Blog. Menggunakan Google, Abu menaip perkataan "Blog" didalam kotak search. Sekiranya Blog saya tersenarai didalam enjin carian Google, keputusan tersebut akan jadi seperti ini
Amry's Blog <------Title-Ada Keywords Blog
..meletakkan Web atau Blog didalam Search Engine atau Enjin Carian..<- Body Teks-Ada Keywords Blog
http://amry85.blogspot.com <------ URL Blog

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. saya tak faham... saya dah buat, smua okay, xde error, tapi bile test, google, tak dapat nak search lagi, camana ek =(

    ReplyDelete
  2. google tak indexs blog kita dalam masa terdekat.ia agak memakan masa misswai :)

    ReplyDelete
  3. sangat berminat nak blajar SEO ni..dlm seminggu ni mmg search sal bnda ni je..tq info.

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment