Home » , » Keterbatasan Waktu Yang Mencengkam.

Keterbatasan Waktu Yang Mencengkam.

Besar sungguh cabaran dalam dunia internet ni. Mungkin cabaran ini tidak dirasai kepada mereka yang hanya sekadar surf di internet sahaja. Tetapi bagi mereka yang mempunyai motif tertentu pasti faham akan maksud saya.

Ya. Bagi mereka yang menceburkan diri di dalam perniagaan internet ini perlu banyak ilmu, perlu tahu selok belok perniagaan ini. Seperti orang seperti saya, cabaran ini dirasakan amat besar kerana kekurangan ilmu. Ilmu apa yang dimaksudkan? SEO (Search Engine Optimization). Bagi mereka yang menceburkan diri didalam perniagaan internet ni, perkataan tersebut boleh dianggap seperti isi dengan kuku, perkataan yang sering terngiang-ngiang di telinga. Perkataan yang bukan sekadar untuk dibaca tetapi dikuasai.

Semenjak saya menceburkan diri di dalam dunia internet ini, masih terlalu sedikit ilmu yang saya dapat, walaupon hampir keseluruhan waktu saya hanya berada dihadapan PC.
Saya bukan lah seorang "full time" didalam dunia internet ini seperti IM IM diluar sana, dan disebabkan itulah keterbatasan waktu itu sentiasa mengasak saya. Mana tidaknya, 14 jam saya telah diperuntukkan untuk kerja. 6 Jam untuk merehatkan badan. Jadi saya hanya ada 4 jam untuk melakukan aktiviti saya ini sedangkan tuntutan perkara yang perlu dilakukan@dipelajari terlalu banyak. Kadang stress juga, rasa macam dah tak berdunia. Berbaloi ke semua ni? Itu bukan lah persoalan sekarang.

"Daripada memikirkan perkara yang belum tahu hujung pangkal, adalah lebih baik untuk kita terus melakukan perkara yang difikirkan betul"

p/s : Sedang mencari tutorial-tutorial tentang teknik SEO.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment