Info saya dapat menerusi email saya. Blog seorang ibu tunggal yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan kita semua. Seorang ibu tunggal yang memerlukan kos rawatan yang tinggi akibat penyakit yang dihidapi. Lebih malang apabila beliau telah ditinggalkan suami. Ikuti kisah beliau dan diharap saudara-saudara dan saudari-saudari dapat membantu ibu tunggal ini. Blog Puan Haryati http://haryanicollection.portalusahawan.com
Secubit Rasa
Simpati juga saya melihat keadaan Puan Haryati ini yang bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Bayangkan jika kita berada ditempat beliau, sanggupkah kita meneruskan hidup? Sukar rasanya. Sedangkan jika kita yang normal ini pon hilang tempat bergantung dah kelam kabut jadinya.
Apa yang membuatkan saya lebih mengagumi Puan Haryati ini adalah ketabahannya. Dalam keadaannya yang serba kekurangan dan daya upaya yang amat terbatas, beliau masih mampu meneruskan kehidupan. Meneruskan kehidupan yang bukan sekadar meminta-minta tetapi adalah dari hasil titik peluhnya sendiri. Disini fikiran saya menjurus kepada mereka yang bergelar "beggar" (Pem***a S*****h). Memanglah mudah untuk kita mengkritik mereka (beggar) kerana kita cukup sifat. Dan mereka terpaksa menadah tangan di tepi jalan kerana tiada pilihan. Tetapi sebolehnya elakkan lah carrier sebegitu. Dapatkanlah sesuatu hasil dari titik peluh sendiri.
Ditempat saya sendiri ada seorang pakcik yang buta matanya. Bagaimana dia meneruskan kehidupannya dalam keadaannya yang serba kekurangan itu? Dia tidak meminta sedekah tetapi....menjual tisu di pasar-pasar malam. Bukankah itu lebih mulia dari meminta? Saya juga pernah terserempak dengan mereka yang senasib dengan pakcik itu, juga senasib dengan Puan Haryati. Mereka tidak 100% meminta sebaliknya mendendangkan lagu atau alunan ayat-ayat suci Al-Quran dikhayalak ramai. Sekurang-kurangnya hasil yang mereka dapat itu adalah dari hasil titik peluh mereka.
Ramai lagi mereka-mereka yang kurang bernasib baik diluar sana yang mengikut jejak Puan Haryati dan Pakcik yang buta tadi, cuma kita kurang membuka mata dan memberi perhatian. Apa yang menyedihkan, ada segelintir masyarakat yang menghina mereka yang kurang bernasib baik ni. Sepatutnya kita membantu mereka meringankan beban mereka. Ingat, mereka tidak bernasib baik seperti mana kita yang normal ini.
Disini saya tidak bermaksud memandang hina mereka yang bergelar "beggar" ni, cuma ingin menunjukkan betapa tabahnya mereka yang kurang bernasib baik ini meneruskan kehidupan mereka hasil dari titik peluh mereka sendiri.
Semoga Puan Haryati dan mereka-mereka yang kurang bernasib baik diluar sana tabah meneruskan kehidupan mereka. Akhir kata, sila lah ziarah (blog) Puan Haryati http://haryanicollection.portalusahawan.com dan bantulah seadanya.
Hari ini hari dia, esok lusa siapa tahu hari kita pula.
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
0 comments:
Post a Comment