Azri, mangsa simbah asid |
Tengah-tengah duk study bab SEO, tersiar rancangan Bersamamu di TV3. Seorang pemuda disimbah asid dimuka oleh ahli keluarga sendiri. Mangsa Azri Abdullah, 41. Pernah disiarkan di media-media cetak dan elektronik.
Kesian betul tengok keadaan Azri. Badan serta mukanya rosak akibat disimbah asid dan hampir buta kedua belah mata. Ada kalanya Azri menangis disebabkan tidak dapat menahan rasa sakit yang dialaminya. Apa dosa dia sehingga dia dihukum sebegitu? Yang lebih menyedihkan, dia diperlakukan oleh ahli keluarganya sendiri. Dimana letaknya sifat kemanusian mereka tu? Sedih. Sedangkan binatang pon tahu sayangkan anaknya sendiri, inikan pula kita manusia.
Mujur penderitaan Azri mendapat perhatian dari orang ramai dan juga pihak-pihak tertentu antaranya Pertubuhan Keselematan Sosial, Perkeso, UMNO, MCA, dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meringankan penderitaan Azri yang memerlukan kos rawatan hampir RM40,000. Tabung khas juga telah diadakan bagi mendapatkan dana dari orang ramai.
Dalam pada itu, syabas dan tahniah kepada rakan-rakan Azri yang banyak membantu Azri Md Dori Osman 34, Shahrel Mohd. Ali 28 dan Shahrul Kamil Jamaluddin 41 didalam meneruskan kehidupannya.
Sekiranya anda bersimpati terhadap Azri dan ingin meringankan beban beliau, bolehlah menghulurkan bantuan anda ke akaun RHB 10702800602905 atau menghubungi rakan Azri, Shahrul Kamel di talian 012-5572130. Semoga bantuan anda dapat meringankan penderitaan Azri.
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
sumpah aku nangis time tgk dia kt bersamamu . sedih weh ,huu~
ReplyDelete@dyattseganas2 ko, nangis jugak erk tengok bersamamu tu.
ReplyDelete