Aku,Hidup Ku Dan....Dunia Blog |
Apa yang saya maksudkan dengan artikel saya ni? Masa.
Pada mereka yang baru mengenal dunia blog atau sekadar suka-suka berblog. Blog hanyalah menghadap komputer dan menulis apa-apa yang dia suka. Sebaliknya kepada mereka yang serious atau menggunakan blog sebagai satu alternatif untuk mencapai apa yang mereka inginkan, ianya lebih daripada itu. Bukan sekadar menulis artikel.
Terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan untuk berjaya didalam dunia blog. Kepada yang baru mengenal blog, mungkin mereka perlu belajar bagaimana untuk membina blog, seterusnya bagaimana untuk menghasilkan artikel yang baik, bagaimana untuk menjadikan blog mereka mesra pelawat, bagaimana untuk mendapatkan pelawat, bagaimana memperkenalkan blog mereka kepada bloger-bloger yang lain, bagaimana untuk menyenaraikan blog didalam enjin carian, bagaimana untuk membentuk kreadibiliti diri didalam dunia blog dan banyak lagi yang perlu diambil kira. Kesemua ini memerlukan kita memperuntukkan masa didalam dunia blog ini dan ianya memerlukan perancangan masa yang baik.
Seperti saya sendiri, di dalam seminggu, saya perlu membahagikan masa 24 jam saya untuk bekerja, keluarga, aktiviti sosial dan blog. 14 jam sudah termaktub didalam kerja. 6 jam untuk merehatkan badan (tidur). 4 jam yang berbaki itulah yang saya gunakan untuk blog saya. 4 jam itulah saya gunakan untuk mencari dan membuat artikel, belajar mengenainya, melawat blog-blog rakan disamping mencari input untuk blog saya dan belajar mengenai SEO. Rasanya tidak cukup 4 jam yang diperuntukkan. Kadang-kadang terbabas juga.
Sebelum saya menulis artikel ni, saya baru mendapat idea berhubung perancangan masa saya ni. Dalam tempoh 4 hari saya bekerja yang telah memakan waktu 14 jam dan hanya tinggal 4 jam untuk saya dan dunia blog. Idea saya, dalam tempoh saya bekerja 14 jam tu, saya akan mencari idea untuk blog saya. Jadi 4 jam itu tidak akan terbazir lagi dengan pencarian idea. Jika berkesempatan didalam 4 jam itu, saya akan melawat blog-blog rakan untuk memperkenalkan lagi blog saya ni dan mendapatkan pelawat. Pada hari bercuti, saya akan memperkemaskan blog dan belajar teknik-teknik SEO. Itulah perancangan saya. Perancangan anda?
P/S: Belum kahwin, dah kawin kena bahagi masa untuk anak bini pula...hohoho
Thanks for reading & sharing Amry's Blog
semua orang ada masa yang sama 24 jam..jadi masing2 kena pandailah susun atur yang mana keutamaan yang mana keinginan
ReplyDeleteBetul tu kak jie. :)
ReplyDeleteSalah satu daripada penggerak utama dalam bina blog adalah minat. Kalau tidak ada minat, blog pun tidak berjalan...Hehehe..
ReplyDelete@Pemerhati DuniaBetul PD. saya sokong... Minat tu penting :) kalau tak ada minat agak susah untuk bertahan
ReplyDelete