Home » , , , » Lakukan Sesuatu Biarlah Atas Dasar Minat Dan Kesungguhan

Lakukan Sesuatu Biarlah Atas Dasar Minat Dan Kesungguhan


Hari berganti Minggu, Minggu berganti Bulan, Bulan berganti Tahun. Hari ni hampir 5 tahun saya memegang jawatan "Makan Gaji" dan hampir 5 tahun juga saya bergelumang dengan Dunia Online ini. Apa yang saya dapat? Dengan jawatan "Makan Gaji" saya mendapat duit poket dan pengalaman. Dalam Dunia Online pula saya mendapat sedikit duit poket dan juga ilmu. Apa beza kedua-dua bidang ini? Satu bidang saya minat dan satu bidang lagi saya tidak minat. Terang-terang "Makan Gaji" saya tak minat :p

Memanglah kalau ditanya kepada sesiapa pon, mereka juga tidak minat untuk "Makan Gaji", kalau boleh nak buka perniagaan sendiri yang 100% keuntungan milik mereka, kalau boleh nak duduk kat rumah goyang kaki, tapi duit masuk dalam akaun. Tetapi atas dasar "Terpaksa", mereka dan saya "Terpaksa" meminati bidang "Makan Gaji" ni.

Apa sebenarnya yang saya ingin sampaikan disini. Percayakah anda jika saya katakan "Sesuatu perkara atau pekerjaan itu jika dilakukan dengan minat dan kesungguhan, ianya akan memberikan suatu kepuasan atau kegembiraan kepada seseorang itu dan seterusnya memberikan hasil kerja yang baik"? Inilah apa yang saya lalui. (Jangan membuat apa-apa andaian terlebih dahulu, teruskan pembacaan anda)


Minat.... memanglah kerja merupakan punca pendapatan kepada kita semua. Tetapi biarlah kerja yang dilakukan itu disertai dengan minat yang seterusnya menyumbang kepada kesungguhan dan memberikan hasil yang baik. Apa yang saya alami dengan memegang jawatan "Makan Gaji" adalah..... saya melakukan kerja dalam keterpaksaan... tiada minat. Bukan tidak minat untuk "Makan Gaji", tetapi tidak minat kepada bidang tersebut. Hasilnya... saya bukanlah seorang pekerja yang baik di institusi saya dan seringkali memberi masalah kepada Team Work saya. Mengapa saya tidak dapat memupuk rasa minat tersebut setelah hampir 5 tahun memegang jawatan"Makan Gaji". Mungkin kita semua pernah mendengar ungkapan ini "Minat tidak boleh dipaksa".

Skop pekerjaan saya adalah didalam bidang teknikal atau lebih tepat saya adalah seorang Juruteknik disebuah kilang yang memerlukan kemahiran membaiki mesin.
Jika tidak minat mengapa memilih pekerjaan ini? Kerana saya hanya ada kelulusan didalam bidang ini.
Mengapa memilih bidang ini? DIPAKSA. Ya, saya dipaksa!!
Sewaktu di Sekolah Menengah, saya adalah pelajar jurusan perakuanan dan sewaktu SPM saya mendapat keputusan yang agak baik sehingga ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Atas alasan peribadi, saya terpaksa menolak tawaran tersebut kerana DIPAKSA untuk mengambil jurusan teknikal. Kerana DIPAKSA, saya langsung tidak dapat menerima jurusan tersebut.
Hasilnya..... Saya bukanlah seorang pekerja yang baik di institusi saya dan selama 5 tahun saya langsung tidak tahu berkenaan teknikal!! Seorang pelajar jurusan perakaunan, yang bermain dengan buku, tiba-tiba terpaksa mengadap mesin!! Bagimana jika anda berada ditempat saya?

Bagaimana pula dengan pekerjaan yang saya minat iaitu Dunia Online dan juga Perniagaan Online? Syukur Alhamdulillah, saya telah menemui satu bidang yang saya minat dan serasi dengan jiwa saya. Sekarang mari kita lihat apa yang saya capai dengan melakukan pekerjaan yang saya minat. Selama hampir 5 tahun dalam Dunia Online dan Perniagaan Online.
Dari tidak tahu bagaimana untuk membina blog, saya sudah tahu bagaimana untuk membina blog walaupun tidak sebagus mereka diluar sana.
Dari tidak tahu membina web, saya sudah tahu caranya.
Dari tidak tahu membina Email Marketing yang merupakan senjata dalam Perniagaan Online, sekarang saya sudah tahu.
Dari tidak tahu membina Ebook, sekarang saya sudah tahu.
Dari tidak tahu menjalankan perniagaan di dalam internet, kini saya sudah tahu.

Sekarang anda lihat, dengan melakukan sesuatu pekerjaan itu atas dasar minat dan kesungguhan, inilah hasilnya dan kesemua ini saya peroleh tanpa sebarang gulungan Ijajah dan bantuan sesiapa. Berbeza dengan pencapaian saya didalam bidang yang lagi satu dengan tempoh yang sama. Kuncinya.... Minat dan Kesungguhan. Oleh itu, nasihat saya lakukanlah sesuatu itu atas dasar minat dan kesungguhan untuk berjaya.

P/S : Artikel ini ditulis bukanlah atas tujuan untuk memuji diri sendiri atau memperagakan apa yang telah saya kecapi kerana tiada apa yang boleh saya banggakan dengan diri saya. Hanya sekadar perkongsian. Yang baik jadikan teladan, yang mana tidak jadikanlah sempadan.

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. hahahahaha...macam kelakor gitu bila citer pasal 'makan gaji'...huhuhuhuhu..kita pun tak suka dikontrol dan dimaki sesuka ati..lagi2 kat kilang yang super dia mcm tooot... Kita setuju dengan tajuk ni... Walaupun kekadang apa yang kita buat tu lambat berhasil,tapi kerana minat tetap juga diteruskan...huhuhuhu... wah mesti amry da hebat dalam perniagaan online ni ye...boleh la tunjuk ajar sesikit...heheheehhehehe...

    ReplyDelete
  2. salam ummil.first time yer ke sini? saya tak la arif sangat dalam perniagaan online ni. banyak kali juga terbabas :)
    cuma nak beritahu, perniagaan online ni bukan semudah yang disangka..... :)

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment