Home » , , , , » Kenapa Blog Korang Tak Der Pelawat?

Kenapa Blog Korang Tak Der Pelawat?

Hahaha....tajuk macam ye je blog ni ramai pelawat :P wakaka... Tajuk main peranan dud. Tajuk kalau gempak sure orang akan tertanya-tanya apakah isi kandungan artikel tu. Sama la macam Adwords. Psikologi penting. Hehehe. Sebenarnya artikel ni tak der nak tembak blog siapa-siapa pun. Cuma dari pendapat, pandangan dan pemerhatian saya je la kot :P Tajuk artikel ni mungkin lebih sesuai "Kenapa Blog Saya Tak Ramai Pelawat?" :)

Dari pemerhatian saya la. Blog yang mempunyai ramai visitor atau pelawat ni mempunyai ciri-ciri dibawah.
1. SEO mantap.
2. Artikel yang menarik + bernas + logik
3. Berkonsepkan tutorial
4. Rajin Update blog atau artikel
5. Mempunyai hubungan "Siratulrahim" antara penulis dengan pembaca
6. Penulis tu encem/cun :P

1. SEO mantap.
Yang ni tak dapat disangkal lagi lah. Kalau satu-satu blog atau web tu mempunyai SEO yang mantap lagi power dan mesra SEO, sah-sah ramai pelawat. Walaupun web atau blog tu baru berusia setahun jagung atau hanya ada beberapa artikel yang pendek-pendek lagi ringkas tapi dek kerana berada pada page pertama enjin carian, InsyaAllah pelawat mencurah-curah.

2. Artikel yang menarik + bernas + logik
Ciri yang kedua ni pula walaupun SEO pada web atau satu-satu blog tu kurang memberansangkan, tapi dek kerana artikel dia menarik + bernas + logik, tak mustahil blog tersebut mempunyai pelawatnya yang tersendiri. Maksud pelawat tersendiri tu macam peminat la, contoh satu-satu blog tu bertemakan perniagaan dan artikelnya sememangnya mantap (mungkin dia usahawan yang berjaya yang teringin nak berblog), tak mustahil blog dia ramai pelawat. Tak kisah la tema apa pon, artikel menarik InsyaAllah ada pelawat. Tapi kena kerja keras sikit la promote blog tu. kan kan kan? :P

3. Berkonsepkan tutorial
Ciri ni leh tahan gak kalau nak dilihat pelawatnya. Sebab di Malaysia ni berapa ramai yang baru nak berjinak-jinak dengan blog dan perlu belajar? Tapi yang tak bestnya dengan blog yang bertutorial ni, kadang-kadang penulis copy paste je dari blog-blog orang lain tentang tutorial tu. Sebab nak dapatkan pelawat. Banyak sangat dah blog-blog tutorial ni :P. Tapi yang betul-betul pandai HTML/CSS tu memang respek la. Terang-terang tutorial tu dari idea dia. Ciri ni lebih kurang sama macam usahawan diatas tadi. Nak buat tutorial gak lah, agak-agak ok tak.. hahaha :P (gurau jer)

4. Rajin update Blog atau artikel
Yang ni salah satu ciri penting gak tuk mengekalkan pelawat. Blog yang rajin update pelawat tak kan bosan. Apa lagi kalau artikel blog tu mendidik ker, beri motivasi ke. Kalau sebulan sekali baru update, aduh, saya sendiri pun kalau follow blog tu tapi lama tak berupdate, tak der artikel baru, rasa malas nak masuk dah :P
(Ciri ni saya maksudkan lebih kepada pelawat setia, tapi kalau SEO mantap, tak berupdate pun rasa-rasa tetap ada pelawat...Hmmm...)

5. Mempunyai hubungan "Siratulrahim" antara penulis dengan pembaca
Apa yang dimaksudkan dengan "Siratulrahim" ni? Ciri ni lebih kepada blog yang mempunyai host sendiri, bukan yang percuma macam blog saya ni. hehe... Maksud saya "Siratulrahim" ni pembaca dapat mengikuti perkembangan satu-satu blog tu. Macam Feedburner dimana artikel terbaru akan dipos terus ke e-mail pembaca. So, walaupun pelawat tu sibuk tak sempat nak singgah ke blog, dia masih dapat mengikuti perkembangan blog tersebut. Jadi tak hilang pelawat (Yang ni siapa-siapa pun boleh buat walaupun guna blogspot atau wordpress, tapi syarat artikel kena menarik dan mempunyai pelawatnya tersendiri). Lagi satu, komen. Saya ada mengikuti beberapa blog yang mempunyai hosting tersendiri. Yang menariknya apabila komen saya dibalas, satu email akan sampai kepada saya memberitahu komen saya telah dibalas, kalau komen dibalas seronok, rasa macam kehadiran kita sebagai pelawat disambut dan komen kita dibaca. So kalau korang guna hosting sendiri, teramat rugi tak guna kelebihan ni :) (Bila la nak guna Hosting sendiri ni :P)

6. Penulis tu encem/cun :P
Yang ni....... Kalau penulis tu hemsem/cun ada ramai pelawat ker? Ish susah nak cakap juga ni. hehe.... Tapi cuba saya ubah hensem/cun kepada famous/tak famous si penulis blog tu :P. Ciri ni ciput je menyumbang kepada kehadiran pelawat sebenarnya kalau penulis tu hensem/cun. Tapi kalau Famous atau berpengaruh......macam blog ni, anwaribrahimblog.com sah ada pelawat. hm...(Tak der unsur politik kat sini erk... :p ) Caranya kalau korang rasa korang hensem/cun. Buka FB. Letak gambar korang yang hensem/cun tu besar-besar. cari member ramai-ramai (kalau hensem/cun, tak yah add, orang yang request. hehehe) pas tu gtau diorang korang ada buat blog. Sah-sah berduyun.... :P mana tahu boleh jadi teman sehidup semati yang bermula dari pengikut blog....muahahaha...

P/s: Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor yang menyumbang pelawat ke blog ni. Yang saya tulis sekadar dalam kotak fikiran saya jer dan sekadar ingin berkongsi apa yang saya tahu.... Peaceeee... Nak study SEO

Thanks for reading & sharing Amry's Blog

Previous
« Prev Post

8 comments:

  1. salam...Nak tanya seo tu apa ye??? Al-maklum ler baru setahun jagung dalam blogging ni...Banyak yang tak tau dari yang tau.. Blog Kita ada ciput jer pelawatnya... Tapi nak mengomen cam payah gitu....uhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. @UmmiLindasalam Ummil.SEO tu Search Engine Optimization. Dia macam kita optimize atau setupkan blog kita supaya tersenarai didalam enjin carian. Enjen carian tu macam google. g kat google, pas tu taip a apa2 yang kita nak, kemudian keluar segala yang berkaitan dengan apa yang kita nak cari atau taip tu. Nak cakap pasal SEO ni..banyak benda kena tahu, saya sendiri bukan seorang yang arif didalam SEO ni.banyak perkara kena tahu dan ianya bukan lah perkara yang boleh dikuasai dalam sehari dua.

    cakap pasal blog pula.....sebeum nak buat bisnes melalui blog, terlebih dahulu kena bangunkan blog tu dahulu. maksudnya perkenalkan dahulu blog tu kepada orang ramai.pada pandangan saya kalau nak buat bisness melalui blog, kurang sesuai. bukan kurang sesuai tapi agak makan masa. better gunakan Landing Page. dan untuk mendapatkan pelawat pula....jika kurang mahir SEO, better guna servis adwords. pengiklanan berbayar. sebab dari situ pelawat telah tersedia ada. cuma makan modal sikit lah.

    Boleh saya tahu cik Ummil ni dah berapa lama buat biz ni?

    ReplyDelete
  3. Tutorial yang mantob...gitu, syok baca entry ni, rasa-rasa mcm boleh buat, tapi bila nak tulis "keras gedegang..." bahasa kaku dan beku...

    Mcm mana nak guna ayat yang "bersahaja" je....

    ReplyDelete
  4. @mussmantap ker?tak der lah. biasa-biasa jer... :) hanya berdasarkan pandangan saya jer. ketiadaan idea ni dihadapi oleh ramai blogger. saya sendiri kadang pening nak cari idea. setengah blogger kata, tulis jer apa yang terlintas di akal fikiran tu dan olah la ayat supaya ianya menjadi menarik.

    nak buat ayat bersahaja...? tulis macam kita sedang bercakap dengan orang. buat ayat mengong2 sikit, buat kelakar sikit.....yang penting kasi ada feel waktu menulis tu. feel ceria. bila kita ceria, kita mampu buat ayat yang ceria dan jadilah ayat bersahaja ala-ala mengong sikit :)
    feel sewaktu menulis tu penting

    ReplyDelete
  5. dah lama you tulis article ni...i baru baca. just nak mention bab tagging...antara tags yang popular i tengok, foto gadis bogel dan macam2 yang tak senonoh. yang tu mesti dapat hits tinggi...lepas ni amry mesti dapat banyak komen sebab i tulis perkataan foto gadis bogel...ahakksss.tak suka jenis tagging macam tu.

    ReplyDelete
  6. @Jom belajar!saya pon tak suka JB, tu nak dapat publisiti murahan bak kata wartawan Melodi. hehehe..tapi kalau entry tu entry berinfo, accept la kan :)

    ReplyDelete
  7. Bab update entry itu yang saya lemah semangat sikit. Masa tidak cukup rasanya dan kadang-kadang pandai bosan pula. Jahat, kan.

    ReplyDelete
  8. @Pemerhati DuniaJahat apanya PD. perkara biasa la tu.. Semua blogger akan melalui perasaan tu :) Air pon ada pasang surut kan.... :)

    ReplyDelete

Blog Archive

CERITA JIRAN SEBELAH..

Thanks For Your Comment